Farmasi AMC Jeli

Farmasi AMC Jeli Selamat Datang ke Farmasi Baru Kami! Dapatkan Produk Kesihatan Terbaik, Nasihat & Promosi Eksklusif.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 200 mg 30’s ialah suplemen probiotik yang mengandungi Lactobacillus Plantarum GKM3– sej...
08/05/2026

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 200 mg 30’s ialah suplemen probiotik yang mengandungi Lactobacillus Plantarum GKM3– sejenis bakteria “baik”untuk usus.

Apa dia buat?
📍 Sokong kesihatan usus & pencernaan– membantu flora usus seimbang.
📍 Bantu buang air lebih teratur & kurangkan kembung/masalah pencernaan.
📍 Sesetengah orang guna untuk bantu kawal berat badan / pengurusan lemak badan (walaupun bukti saintifik untuk itu masih terhad dan hasil boleh beza ikut individu).

👉 Lactobacillus plantarum ialah strain probiotik yang disokong oleh kajian untuk manfaat pada sistem pencernaan, mengurangkan kesakitan abdomen, dan tanda keradangan dalam sistem gastrointestinal.

Cara pengambilan
* 🕐 Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan, lebih senang untuk usus.
* Minum air yang cukup.
* Teruskan konsisten ikut tempoh yang disyorkan pada botol.

❗Perkara penting
* Produk ini bukan untuk ibu mengandung atau menyusu(amaran pada label).
* ⁠Probiotik selalunya selamat untuk kebanyakan orang dewasa,tetapi jika ada keadaan perubatan tertentu (contoh: imun rendah), rujuk doktor lebih awal.
* Kesannya boleh jadi berbeza antara individu bergantung pada flora usus masing-masing.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓!!🕋✨ Di Tanah Suci, cuaca panas dan kering boleh menyebabkan badan cepat hilang air dan tenaga. Jangan lupa ...
08/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓!!

🕋✨ Di Tanah Suci, cuaca panas dan kering boleh menyebabkan badan cepat hilang air dan tenaga. Jangan lupa jaga hidrasi supaya badan kekal cergas sepanjang beribadah 🤍

💧 Minum air dengan kerap
💧 Jangan tunggu haus baru minum
💧 Sentiasa bawa botol air
💧 Ambil ORS jika badan terlalu penat atau banyak berpeluh
ORS membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang agar badan lebih segar dan bertenaga 🌿

Bila badan terjaga, ibadah pun lebih selesa dan lancar insya-Allah ✨
Semoga dipermudahkan setiap urusan dan dikurniakan haji yang mabrur 🤲🤍

Tag and share pada kawan / family anda yang direzekikan untuk buat haji tahun ini😇

𝐊𝐨𝐥𝐞𝐬𝐭𝐞𝐫𝐨𝐥 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥… tapi TG (triglyceride) tinggi?🤔Ini situasi yang sangat biasa — dan ramai tak tahu ia sebenarny...
30/04/2026

𝐊𝐨𝐥𝐞𝐬𝐭𝐞𝐫𝐨𝐥 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥… tapi TG (triglyceride) tinggi?🤔

Ini situasi yang sangat biasa — dan ramai tak tahu ia sebenarnya petanda lebihan gula dalam badan sedang ditukar jadi lemak.

👉 Lama-lama, TG tinggi boleh ganggu salur darah & tingkatkan risiko jantung.

💡 Di sinilah 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐨𝐦𝐞𝐠𝐚-𝟑 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐟𝐢𝐬𝐡 𝐨𝐢𝐥 seperti Nova Fish Oil:
✔ Kurangkan penghasilan TG di hati
✔ Bantu badan guna lemak sebagai tenaga
✔ Turunkan lemak dalam darah
✔ Sokong kesihatan jantung secara menyeluruh

⚠️ Fakta penting:
Kalau masih:
❌ Minum air manis setiap hari
❌ Makan karbo berlebihan
❌ Kerap snacking

👉 TG akan tetap tinggi walaupun ambil supplement

🔥 Tip turunkan TG lebih cepat:
✔ Kurangkan gula (ini paling penting)
✔ Minum air kosong lebih
✔ Tambah aktiviti (jalan laju pun cukup)
✔ Elakkan makan lewat malam

TG tinggi bukan sebab makan lemak…
👉 Tapi sebab lebihan gula yang jadi lemak Fish oil bantu turunkan,tapi perubahan gaya hidup yang bagi hasil sebenar.

𝐍𝐚𝐤 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐦𝐢𝐥 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮? 🤱✨Jangan risau, ada pilihan yang sesuai untuk ibu! 💊POP (Progestin Only Pill) adalah ...
27/04/2026

𝐍𝐚𝐤 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐦𝐢𝐥 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮? 🤱✨

Jangan risau, ada pilihan yang sesuai untuk ibu! 💊

POP (Progestin Only Pill) adalah pil perancang yang hanya mengandungi hormon progestin — tanpa estrogen, dan lebih mesra untuk ibu menyusu.

💗 Contohnya Azalia, pilihan yang:
✔️ Tidak mengurangkan penghasilan susu ibu
✔️ Sesuai untuk ibu yang sedang breastfeeding
✔️ Mudah diambil setiap hari

Namun, setiap tubuh berbeza. Pastikan anda dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor sebelum mula ya! 👩‍⚕️

📍 Singgah ke FARMASI AMC JELI untuk konsultasi lebih lanjut
📲 Atau hubungi kami 𝟎𝟏𝟕-𝟗𝟗𝟒𝟏𝟖𝟓𝟓 untuk maklumat lebih lanjut

Pernah dengar tentang normal saline (air garam)? 🤔𝐈𝐧𝐟𝐮𝐬𝐨𝐥 𝐒𝐨𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐂𝐡𝐥𝐨𝐫𝐢𝐝𝐞 𝟎.𝟗% adalah salah satu solusi yang sering digu...
25/04/2026

Pernah dengar tentang normal saline (air garam)? 🤔

𝐈𝐧𝐟𝐮𝐬𝐨𝐥 𝐒𝐨𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐂𝐡𝐥𝐨𝐫𝐢𝐝𝐞 𝟎.𝟗% adalah salah satu solusi yang sering digunakan untuk membantu masalah pernafasan 💨
✨ Ia berfungsi untuk:
✔️ Melembapkan saluran pernafasan
✔️ Mencairkan kahak yang pekat
✔️ Memudahkan kahak dikeluarkan

Biasanya digunakan bersama nebulizer, di mana cecair ini akan ditukar menjadi wap halus untuk disedut terus ke dalam paru-paru 🫁

Sesuai untuk mereka yang mengalami:
😷 Selsema
😮‍💨 Batuk berkahak
🤧 Saluran pernafasan kering

⚠️ Penting:
Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum penggunaan, terutama untuk kanak-kanak, warga emas atau jika simptom berpanjangan.

💡 Mudah, selamat & berkesan bila digunakan dengan cara yang betul

Kalau anda atau ahli keluarga perlukan, boleh dapatkan di farmasi kami 😊
Kami sedia bantu beri penerangan & cara penggunaan yang betul


𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚!!!📢📢📢MINAT DALAM BIDANG FARMASI???KINI ADA JAWATAN KOSONG PEMBANTU FARMASI DI 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐌𝐂 𝐉𝐄𝐋𝐈!!!Join Far...
08/03/2026

𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚!!!📢📢📢
MINAT DALAM BIDANG FARMASI???
KINI ADA JAWATAN KOSONG PEMBANTU FARMASI DI 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐌𝐂 𝐉𝐄𝐋𝐈!!!
Join Farmasi AMC (Jeli) and grow your career with us!
✅ Position: Pharmacy Assistant
📍 Location: AMC PHARMA JELI
📧 Send your application : farmasiamcjeli@gmail.com
Calon-calon yang menepati ciri-ciri berikut akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Jom sertai kami!

📣𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐌𝐂 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔🌙Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraKepada pelang...
08/03/2026

📣𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐌𝐂 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔🌙

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kepada pelanggan yang dihormati,

Sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi Farmasi AMC Jeli akan berubah seperti berikut :

🗓️Dibuka setiap hari
⏰𝟗 𝐏𝐚𝐠𝐢 - 𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
🌙Rehat / Iftar 👉🏻𝟕:𝟏𝟓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 - 𝟖:𝟏𝟓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami sebagaimana berikut:

👉🏻wasap.my/6017-9941855/FarmasiAMCJeli
See less

𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐔𝐏𝐒𝐈Farmasi AMC Jeli merakamkan rasa dukacita atas tragedi yang menimpa warga UPSI. Salam takziah kepada se...
09/06/2025

𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐔𝐏𝐒𝐈

Farmasi AMC Jeli merakamkan rasa dukacita atas tragedi yang menimpa warga UPSI. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐏𝐒𝐈

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, kami warga Poliklinik Al-Farhain 24 Jam ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas pemergian 15 orang penuntut UPSI dalam satu kemalangan tragis di Gerik, Perak pada 9 Jun 2025.

Kehilangan besar ini pastinya memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa, malah kepada seluruh warga institusi pendidikan tinggi negara.

Kami mendoakan agar roh semua mangsa dikurniakan husnul khatimah, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga dan sahabat yang ditinggalkan diberi kekuatan, ketabahan dan reda menghadapi ujian yang amat berat ini.

Salam takziah dari kami semua di Poliklinik Al-Farhain.




DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
02/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Sembah takzim daripada:
Warga Kerja Farmasi AMC Jeli

27/03/2025

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M 🌙
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk meraih kesihatan tubuh dan jiwa. Nikmati kemeriahan Syawal dengan penuh kesyukuran dan pastikan kesihatan diri serta keluarga terus terjaga.
Sihat Terjaga, Raya Ceria!

Perubahan Waktu Operasi FARMASI AMC JELI Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 🌙🕌Kepada semua pelanggan yang dihargai, maklu...
24/03/2025

Perubahan Waktu Operasi FARMASI AMC JELI Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 🌙🕌

Kepada semua pelanggan yang dihargai, makluman sempena hari raya Aidilfitri,waktu operasi Farmasi AMC Jeli akan bermula 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟲:𝟬𝟬 𝗽𝘁𝗴 - 𝟏𝟏 𝗺𝗹𝗺 pada 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 & 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚.Kami akan 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 seperti 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚.

Terima kasih atas kerjasama anda.✨

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami sebagaimana berikut 👇👇
https://wasap.my/601139102590/FarmasiAMCJeli
📞09 9442962/011-39102590
🔗https://linktr.ee/farmasiamcjeli
🚙 Google Maps :
https://maps.app.goo.gl/LiWRDiREXSSVBdPq9

“Kepuasan Hati Anda Keutamaan Kami”

Address

PT 6647 & 6648 (Tingkat Bawah), Kg Kulim, Kg Bkt Lakota
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:30 - 23:00
Tuesday 09:30 - 23:00
Wednesday 09:30 - 23:00
Thursday 09:30 - 23:00
Friday 09:30 - 23:00
Saturday 09:30 - 23:00
Sunday 09:30 - 23:00

Telephone

+601139102590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi AMC Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi AMC Jeli:

Share