05/10/2025
Jaundis Bayi — Normal Tapi Perlu Dipantau”
Ramai ibu bapa mula risau apabila melihat kulit bayi bertukar kekuningan selepas lahir. “Adakah ini bahaya?” “Perlu ke masuk wad?” — soalan-soalan ini sangat biasa didengar daripada ibu-ibu yang prihatin terhadap kesihatan si kecil mereka.
Sebenarnya, hampir semua bayi baru lahir akan mengalami sedikit jaundis dalam minggu pertama kelahiran. Ini berlaku kerana badan bayi sedang belajar membuang bilirubin, iaitu bahan yang terhasil apabila sel darah merah lama dipecahkan. Hati bayi yang masih belum matang mengambil masa beberapa hari untuk memproses dan menyingkirkan bilirubin melalui najis dan air kencing.
Dengan pemantauan yang betul dan penyusuan yang kerap, tahap bilirubin biasanya akan turun secara semula jadi. Hanya sebahagian kecil bayi memerlukan rawatan lanjut seperti fototerapi (lampu biru).
Yang penting — ibu bapa jangan panik. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari petugas kesihatan. InsyaAllah, dengan pengurusan yang betul, bayi akan pulih sepenuhnya dan membesar sihat ceria. 💛
Untuk info yang lebih jelas, jom kita belajar dari infografik dibawah.