Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis

Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis Komuniti Susu Ibu Daerah Setiu
Memperkasakan Penyusuan Susu Ibu di daerah Setiu

Ibu di Setiu, anda tak keseorangan 🤍Kalau anda:✔ Berminat dengan penyusuan susu ibu✔ Sedang menyusu atau pernah menyusu✔...
12/04/2026

Ibu di Setiu, anda tak keseorangan 🤍

Kalau anda:
✔ Berminat dengan penyusuan susu ibu
✔ Sedang menyusu atau pernah menyusu
✔ Perlukan sokongan & tempat bertanya

👉 Jom join Kumpulan Sokongan Penyusuan;
Titisan Kasih Susu Ibu Setiu (TIKSIS)

📲 Scan QR di poster untuk isi form
💬 Percuma & terbuka untuk semua ibu

Warna susu ibu berubah-ubah? 😳Jangan panik dulu, mama! 💛Susu ibu bukan sekadar putih — ia boleh jadi kuning, biru cair, ...
03/04/2026

Warna susu ibu berubah-ubah? 😳
Jangan panik dulu, mama! 💛

Susu ibu bukan sekadar putih — ia boleh jadi kuning, biru cair, kehijauan malah sedikit pink 😲
Dan kebanyakannya adalah NORMAL bergantung pada banyak faktor seperti pemakanan, kekerapan menyusu & keperluan bayi.

Kenali perubahan ini supaya mama lebih yakin dalam perjalanan penyusuan 🤱✨

Surat Cinta untuk ibu² yang sedang berjuang. You are not alone. ❤️🤱
29/03/2026

Surat Cinta untuk ibu² yang sedang berjuang. You are not alone. ❤️🤱

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA ❤️
02/12/2025

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA ❤️

Tahukah anda?🤱Breastfeeding Fun Fact! ✨Benjolan kecil pada ar**la - kelenjar montgomery anda - merembeskan minyak yang b...
21/11/2025

Tahukah anda?
🤱Breastfeeding Fun Fact! ✨

Benjolan kecil pada ar**la - kelenjar montgomery anda - merembeskan minyak yang berbau seperti cecair amniotik (air ketuban).
Patut la baby nakkkk sangat 'melekap' dengan mommy 🥰🥰🥰
Salmi Bt Abdul Ghani
Kaunselor Penyusuan
Pengerusi TIKSIS

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan?1. Rangsangan HormonSemasa hamil: Hormon estrogen & progesteron bantu membesar dan sediaka...
11/11/2025

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan?

1. Rangsangan Hormon
Semasa hamil: Hormon estrogen & progesteron bantu membesar dan sediakan kelenjar payudara.
Selepas bersalin: Hormon prolaktin merangsang penghasilan susu, manakala oksitosin bantu pengaliran susu (let-down reflex).

2. Struktur Payudara
Alveoli: Kantung kecil di dalam payudara, tempat susu dihasilkan.
Sel epitel: Sel khas dalam alveoli yang tukar nutrisi dari darah jadi susu.
Salur susu (ducts): Saluran yang bawa susu ke puting.

3. Proses Penghasilan Susu
Nutrisi dari darah (air, protein, lemak, gula, vitamin, mineral) masuk ke dalam sel alveoli.
Sel alveoli menukarkannya → susu ibu.
Susu disimpan dalam alveoli & dikeluarkan melalui salur susu bila bayi menyusu.

4. Kitaran Rangsangan
Bayi hisap puting → rangsang saraf → otak keluarkan prolaktin & oksitosin → susu dihasilkan & mengalir.
Lebih kerap menyusu → lebih banyak susu terhasil (prinsip supply & demand)

Salmi Bt Abdul Ghani
Kaunselor Penyusuan

Quotes of the day 🥰
17/10/2025

Quotes of the day 🥰

Jaundis Bayi — Normal Tapi Perlu Dipantau”Ramai ibu bapa mula risau apabila melihat kulit bayi bertukar kekuningan selep...
05/10/2025

Jaundis Bayi — Normal Tapi Perlu Dipantau”

Ramai ibu bapa mula risau apabila melihat kulit bayi bertukar kekuningan selepas lahir. “Adakah ini bahaya?” “Perlu ke masuk wad?” — soalan-soalan ini sangat biasa didengar daripada ibu-ibu yang prihatin terhadap kesihatan si kecil mereka.

Sebenarnya, hampir semua bayi baru lahir akan mengalami sedikit jaundis dalam minggu pertama kelahiran. Ini berlaku kerana badan bayi sedang belajar membuang bilirubin, iaitu bahan yang terhasil apabila sel darah merah lama dipecahkan. Hati bayi yang masih belum matang mengambil masa beberapa hari untuk memproses dan menyingkirkan bilirubin melalui najis dan air kencing.

Dengan pemantauan yang betul dan penyusuan yang kerap, tahap bilirubin biasanya akan turun secara semula jadi. Hanya sebahagian kecil bayi memerlukan rawatan lanjut seperti fototerapi (lampu biru).

Yang penting — ibu bapa jangan panik. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari petugas kesihatan. InsyaAllah, dengan pengurusan yang betul, bayi akan pulih sepenuhnya dan membesar sihat ceria. 💛

Untuk info yang lebih jelas, jom kita belajar dari infografik dibawah.

Alhamdulillah, pada 27 September 2025 Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Setiu yang diberi nama 'Titisan Kasih ...
05/10/2025

Alhamdulillah, pada 27 September 2025 Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Setiu yang diberi nama 'Titisan Kasih Susu Ibu Setiu' berpeluang untuk membuka booth pameran di program sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) bersama Kem Klinik Kesihatan Sri Langkap yang diadakan di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.





Liquid gold 🥰
25/09/2025

Liquid gold 🥰

Address

Kampung Kuala Setiu Lama
22100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share