23/07/2022
Wanita Kekal Cantik Di Usia 40-an. Amalkan 11 Tips Ini Sekarang
1.Kekal Aktif & Sihat
Aktiviti-aktiviti asas seperti berjalan serta melakukan pergerakan senaman asas masih lagi berupaya dilakukan jika anda cukup sihat. Apa yang penting, berusahalah untuk menjaga keaktifan demi kesihatan bermula dari sekarang
2. Jaga Kesihatan Mata
Jaga kesihatan mata anda bermula dari sekarang dengan mengamalkan petua penjagaan mata. Antaranya menjaga pemakanan seperti melebihkan makan sayuran dan buah-buahan, tidak merokok, tidur yang secukupnya, memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan sinaran UV serta tidak mengadap skrin komputer atau gajet terlalu lama.
3. Jaga Kesegaran & Kelembapan Kulit
Amalan penjagaan kulit perlu dimulakan dari peringkat awal semasa usia masih muda. Segala nutrien kulit yang dibekalkan untuk kulit menjadi makanan utama pembentukan sel-sel kulit. Kulit yang segar dan lembap diperolehi daripada vitamin yang bersumber dari makanan sihat. Selain itu, ia juga dibantu dari penggunaan produk penjagaan yang betul.
4. Keyakinan Adalah Kunci Kecantikan
Pada usia 40-an, keyakinan diri mengatasi kecantikan luaran yang semakin terbatas disebabkan faktor usia. Namun, semangat dan keyakinan diri sukar dibataskan oleh apa jua faktor kehidupan.
5. Banyakkan Minum Air Putih & Teh Hijau
Air putih dan teh hijau mampu membuang toksin dalam badan. Air putih yang diminum cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari membantu melancarkan peredaran darah serta pengeluaran toksin dari badan.
6. Berpuasa Dari Makanan Manis
Cara mudah untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. Amalkan berpuasa dari pengambilan makanan bergula antara 2 ke 3 hari dalam seminggu mulai sekarang.
7. Kurangkan Angkat Berat
Jaga kaki dan tulang belakang mulai sekarang. Kaki dan tulang belakang penyokong utama keseimbangan tubuh badan. Dengan kaki yang sihat anda boleh berjalan. Dengan tulang belakang yang kuat, ia menyokong berat badan anda untuk melakukan sebarang aktiviti.
8. Jaga Keanjalan Payudara
Perubahan payudara sangat ketara apabila memasuki usia 40-an. Payudara tidak lagi kelihatan tegang malah semakin kendur. Keadaan ini disebabkan lemak telah mengambil alih dan berkumpul pada tisu payudara.
9. Tangani Stres & Depresi
Simptom stres dan depresi² selalu lewat ditangani oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Memandangkan penyakit stres dan depresi berpotensi dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan keturunan, maka wanita yang memasuki usia 40-an perlu sentiasa berjaga-jaga.
10. Berurut Di Pusat Rawatan Spa
Wanita dianggap lebih prihatin terhadap penjagaan diri apabila melakukan rutin kecantikan dan urutan di spa. Kebanyakan rawatan kecantikan boleh dilakukan di rumah melalui pelaburan kosmetik dan produk kecantikan. Namun untuk mendapatkan urutan yang selesa, anda perlu mengunjungi spa terutama apabila usia memasuki 40-an.
11. Perhubungan Seks Secara Teratur & Berterusan
Kita sering mendengar masalah wanita kurang berminat melalukan seks dengan pasangan apabila umur meningkat ke 40-an. Nasihat bagi wanita yang memasuki fasa usia 4 dekad dan sudah berkahwin, teruskan menikmati perhubungan seks secara konsisten dan teratur dengan pasangan. Kajian mendapati wanita yang menikmati perhubungan seks walaupun telah meningkat usia kelihatan lebih muda, ceria, positif dan kurang risiko depresi.