Klinik Kesihatan Kangar, Perlis

Klinik Kesihatan Kangar, Perlis PAGE INI BERTUJUAN UNTUK PROMOSI KESIHATAN DAN MEMBERI INFO TERKINI BERKAITAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KLINIK KESIHATAN KANGAR

Saringan Kesihatan ( 3/2026)(Program MAIPS PEDULI bil 27/2026)Tarikh : 6 April 2026Masa : 2 - 4. 30 pmTempat : Masjid Al...
07/04/2026

Saringan Kesihatan ( 3/2026)
(Program MAIPS PEDULI bil 27/2026)

Tarikh : 6 April 2026
Masa : 2 - 4. 30 pm
Tempat : Masjid Al - Imarah, Abi Batas Paip, Kangar

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA6 APRIL 2026Sempena sambutan ini, Klinik Kesihatan Kangar telah menganjur...
06/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA

6 APRIL 2026

Sempena sambutan ini, Klinik Kesihatan Kangar telah menganjurkan aktiviti Briskwalk di Kg Santan pada 4 April 2026 sebagai usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan KK Kangar.

Aktiviti fizikal sangat penting untuk kesihatan tubuh badan dan minda. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung, di samping meningkatkan kecergasan serta kesejahteraan emosi.

💡 Hakikatnya, aktiviti fizikal tidak semestinya susah atau kompleks.
Berjalan cepat (briskwalk) juga sudah memadai jika dilakukan secara konsisten.

Mulakan dengan langkah kecil, lakukan mengikut kemampuan masing-masing, dan jadikan ia rutin harian. Disarankan sekurang-kurangnya 150–300 minit aktiviti fizikal seminggu untuk kesihatan optimum.

🚶‍♂️ Jom kita bergerak, kekal aktif dan hidup lebih sihat!





SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMANDU SEDUNIA 20261 APRIL 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada sem...
04/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMANDU SEDUNIA 2026

1 APRIL 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemandu yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab.

Peranan anda amat penting dalam memastikan keselamatan, kelancaran serta kesejahteraan masyarakat.

Teruskan memandu dengan berhemah demi keselamatan semua.




📢📢 PENGUMUMAN PENTING
02/04/2026

📢📢 PENGUMUMAN PENTING

02/04/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA 2026 🌈 2 April 2026Hari ini kita bersama-sama meningkatkan kesedaran te...
02/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA 2026 🌈

2 April 2026

Hari ini kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang Autisme serta menyemai nilai empati, penerimaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Tema 2026:
“Autisme dan Kemanusiaan: Setiap Kehidupan Bernilai”

Autisme bukan penghalang untuk menyumbang kepada masyarakat. Setiap individu dalam spektrum Autisme mempunyai keunikan, potensi dan keistimewaan tersendiri yang wajar dihargai.

Warga kerja Klinik Kesihatan Kangar turut bersama-sama menyokong kempen ini sebagai tanda solidariti dan komitmen kami dalam memupuk masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang. 💙

Bersama kita raikan kepelbagaian, sebarkan kefahaman dan hargai setiap kehidupan.







Selamat Menyambut Hari Doktor Sedunia30 Mac 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua doktor atas se...
30/03/2026

Selamat Menyambut Hari Doktor Sedunia

30 Mac 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua doktor atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Peranan anda sebagai tunjang utama dalam sistem penjagaan kesihatan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Semoga terus diberi kekuatan, ketabahan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.



25/03/2026

Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗

⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

23/03/2026

SAMBUTAN HARI TB SEDUNIA
24 Mac 2026

Tema : Yes! We can end TB! Led by countries. Powered by people .

Ramai tidak sedar…
TB boleh “diam” dalam badan tanpa gejala — itulah TB Pendam (Latent).

Namun tanpa rawatan, ia boleh menjadi ancaman sebenar.

Setiap langkah kecil ; saringan, rawatan, kesedaran — membawa kita lebih dekat ke arah dunia tanpa TB.

Ayuh bersama kita lindungi diri, keluarga dan komuniti.

Dengan harapan dan usaha berterusan, kita mampu capai sasaran _End TB_ menjelang 2030.

📣 Jika anda berisiko tinggi dan berminat untuk melakukan saringan untuk TB pendam di KK Kangar, boleh hubungi 04 - 9778333 ( sambungan 141- bilik 17 ) untuk temujanji.

🌟 Hari TB Sedunia disambut setiap tahun pada 24 Mac sempena memperingati penemuan bakteria _Mycobacterium Tuberculosis_ oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882.





HARI PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN (PKSP) 2026 17 Mac 2026Hari Kerja Sosial Perubatan disambut pada hari Selasa minggu ...
20/03/2026

HARI PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN (PKSP) 2026

17 Mac 2026

Hari Kerja Sosial Perubatan disambut pada hari Selasa minggu ketiga pada bulan Mac setiap tahun bagi meraikan dedikasi dan komitmen PKSP yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memberikan sokongan psikososial kepada pesakit dan keluarga.

Tema tahun ini menekankan kepentingan peranan kerja sosial dalam memperkasa kesejahteraan holistik pesakit — bukan sahaja dari aspek kesihatan fizikal, tetapi juga emosi, sosial dan persekitaran.

Sambutan ini bertujuan untuk:
✅ Mengiktiraf sumbangan PKSP dalam sistem kesihatan
✅Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan penting mereka
✅Memperkukuhkan kolaborasi dalam penjagaan pesakit secara menyeluruh

Terima kasih atas segala usaha, empati dan keprihatinan yang dicurahkan tanpa jemu.

Anda adalah suara harapan bagi mereka yang memerlukan. ❤️




SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026.10 MAC 2026'Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan' Terima ...
10/03/2026

SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026.

10 MAC 2026

'Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan'

Terima kasih atas setiap usaha, pengorbanan dan keikhlasan anda dalam merawat serta menjaga pesakit.

Penghargaan khas buat semua Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Kangar.

Jasa anda mungkin tidak selalu terlihat, namun amat besar maknanya buat mereka yang memerlukan.



Address

Jalan Kolam
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:30
Tuesday 08:00 - 21:30
Wednesday 08:00 - 21:30
Thursday 08:00 - 21:30
Friday 08:00 - 21:30
Saturday 08:00 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kangar, Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Kangar, Perlis:

Share