22/09/2022
5 CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH
#1 Kerap bersenam
Bersenam dengan kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekaan insulin.
Apabila kepekaan insulin meningkat, bermakna sel akan menggunakan gula yang ada di aliran darah anda dengan lebih baik.
Senaman juga membantu otot anda menggunakan gula darah untuk tenaga dan pengecutan otot.
#2 Kawal pengambilan karbohidrat
Tubuh anda memecahkan karbohidrat menjadi gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin akan memindahkan gula ke dalam sel.
Apabila anda mengambil terlalu banyak karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini akan gagal dan kadar glukosa darah meningkat.
Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan.
Beberapa kajian mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu anda merancang makanan dengan tepat, yang dapat mengawal paras gula darah
#3 Tingkatkan pengambilan serat
Serat boleh melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula.
Disebabkan hal ini, serat berperanan meningkatkan kadar gula dalam darah secara beransur-ansur.
Terdapat dua jenis serat iaitu serat tidak larut dan larut.
Walaupun kedua-duanya penting, serat larut secara khusus terbukti dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Makanan yang tinggi serat termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian.
#4 Bacaan gula dalam darah berkurangan jika minum banyak air
Minum air secukupnya dapat membantu menjaga paras gula darah anda dalam had yang sihat.
Selain mencegah dehidrasi, ia juga membantu buah pinggang anda untuk membuang lebih banyak gula dalam darah melalui air kencing.
#5 Ambil makanan rendah indeks glisemik (GI)
Indeks glisemik telah dibangunkan bagi menilai tindak balas gula darah tubuh terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Jumlah dan jenis karbohidrat menentukan bagaimana makanan mempengaruhi tahap gula dalam darah.
Makan makanan yang rendah indeks glisemik telah terbukti dapat mengurangkan paras gula dalam darah untuk jangka panjang pada pesakit diabetes jenis 1 dan 2.