18/06/2022
Sihir (Santau)
Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan.
wasap.my/60195190089/RAWATANBUANGSANTAU
Jenis-jenis Santau:
Santau Makan/Minum - Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin - Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
wasap.my/60195190089/RAWATANBUANGSANTAU
Santau Tuju - Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah - Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk - Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
wasap.my/60195190089/RAWATANBUANGSANTAU
Bahan-bahan Membuat Santau :
Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).
Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
Demam dan selsema.
Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
Sukar tidur malam.
Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
wasap.my/60195190089/RAWATANBUANGSANTAU
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:
Batuk berdarah.
Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
Hilang daya tumpuan dan ingatan.
Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.
Segala pertanyaan boleh Washtpp
wasap.my/60195190089/RAWATANBUANGSANTAU