Nuri Pharmacy

Nuri Pharmacy For A Better Health

09/03/2023
28/02/2023

๐Ÿ“ขBeware of non-registered with Ministry of Health, Malaysia (KKM) Himalaya items! ๐Ÿ˜ฑ

We have received many complaints saying that there are many unregistered Himalaya products ("NO" MAL number and "NO" KKM Hologram) being marketed online.๐Ÿง

We, Himalaya care for you and make sure you buy ONLY registered products with KKM.๐Ÿ’ฏ
All registered Himalaya products are safe and certified by the Malaysian Ministry of Health (KKM) and we do have a Halal certificate from the Jamiat Ulama Halal Foundation (certified by JAKIM).โœ…

Be a wise consumer! Buy at Himalaya Boutiques, Pharmacies, or Clinics and also at legitimate online stores only ๐Ÿ˜Š

Kebanyakan individu dengan masalah hati tidak menunjukkan gejala yang jelas. Lihatlah kepada perubahan kecil seperti ber...
13/02/2023

Kebanyakan individu dengan masalah hati tidak menunjukkan gejala yang jelas. Lihatlah kepada perubahan kecil seperti berikut:

๐Ÿ‘‰Ketidakselesaan perut (kembung)
๐Ÿ‘‰Nafas berbau
๐Ÿ‘‰Kelesuan berpanjangan
๐Ÿ‘‰Tompok gelap di bahagian mata
๐Ÿ‘‰Masalah kulit

Jika mengalami masalah ini cubalah BiO-LiFE Livasil - ia mengandungi kandungan tertinggi silybin di dalam pasaran disebabkan ekstrak berkepekatan tinggi milk thistle (500mg). Ianya menyahtoksin dan menyokong hati selain juga bertindak sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas.

wa.me//6011155872636

09/02/2023
26/01/2023

โœจElakkan makanan dan minuman ini ketika selesemaโœจ

Rawatan sememangnya diperlukan bagi melegakan selesema.

Namun, pencegahan juga adalah langkah penting agar selesema yang berlaku tidak menjadi lebih teruk.

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dijauhi sewaktu selesema. Antaranya ialah:

โœจProduk tenusu
โœจMinuman bergas tinggi gula
โœจMakanan yang tinggi gula
โœจMinuman beralkohol
โœจMakanan masin
โœจMakanan dan minuman yang dinyatakan ini boleh menyebabkan dehidrasi dan juga keradangan sehingga membuatkan selesema menjadi lebih teruk.

Oleh itu, jauhi makanan-makanan ini sewaktu anda tidak sihat.

Jangan lupa untuk minum banyak air ketika selesema, batuk atau sakit tekak. Selamat mencuba!

22/01/2023
16/01/2023
INFO PEMILIHAN UBAT Pemilihan ubat yang bersesuaian dapat dilaksanakan oleh doktor/ahli farmasi dengan mengetahui dan me...
04/01/2023

INFO PEMILIHAN UBAT

Pemilihan ubat yang bersesuaian dapat dilaksanakan oleh doktor/ahli farmasi dengan mengetahui dan memahami sejarah perubatan anda. Namun, pemilihan kendiri ubat-ubatan seperti ubat tradisional atau alternatif mungkin berisiko menyebabkan kesan mudarat atau keracunan jika dibuat tanpa ilmu dan maklumat yang jelas tentang fakta keselamatannya.

Antara panduan asasnya adalah seperti berikut:
โœบ Mendapatkan nasihat doktor/ahli farmasi tentang kesesuaian produk tradisional/alternatif dengan status kesihatan anda.
โœบ Menyelidik dan mendapatkan maklumat keselamatan setiap bahan ramuan di dalam sesuatu produk daripada sumber rujukan yang dipercayai.
โœบ Menyemak status pendaftaran, pencemaran bahan kawalan serta penarikan status pendaftaran produk di www.npra.gov.my
โœบ Memastikan produk mempunyai pelekat hologram yang asli.
โœบ Berhenti serta merta jika mengalami kesan sampingan dan melaporkan kepada profesional perubatan atau melaporkan sendiri melalui pautan ConSERF di www. npra.gov.my.
โœบ Tidak mudah terpedaya dengan testimoni dan pelbagai promosi iklan yang mengelirukan dan mungkin memberikan maklumat yang salah.
โœบ Pantau kesan sampingan walaupun anda mengambil produk yang dikategorikan sebagai makanan kesihatan atau makanan tambahan kerana terdapat produk seumpamanya yang dicemari bahan terkawal/ racun berjadual. ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ, ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฌ๐Ÿฐ-๐Ÿฒ๐Ÿฑ๐Ÿฏ ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿญ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—น ๐—ฝ๐—ฟ๐—ป๐—น๐—ฎ๐—ฏ@๐˜‚๐˜€๐—บ.๐—บ๐˜† ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐˜.

Tip perjalanan untuk Ibu Hamil..
28/12/2022

Tip perjalanan untuk Ibu Hamil..

22/12/2022
Dapatkan Kit Kecemasan di Farmasi Nuri Kangar Jaya
22/12/2022

Dapatkan Kit Kecemasan di Farmasi Nuri Kangar Jaya

21/12/2022

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya

โšกApa dia kegunaan garam Epsom?

Namanya berasal dari kota Epsom di Surrey, England, ia adalah sejenis garam yang tercipta hasil sebatian magnesium, sulfur serta oksigen sehingga menjadi magnesium sulfat.

Meskipun disebut sebagai โ€˜garamโ€™, namun garam ini bukan garam dapur yang biasa digunakan dalam masakan kerana ia lebih tepat dipraktikkan sebagai ubatan atau rawatan tradisional.

Ia disebut sebagai garam kerana garam ini memiliki struktur kimia magnesium sulfat (MgSO4).

Kegunaan garam Epsom tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu dalam usaha merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan atau penyakit yang berlaku pada tubuh badan kita.

Antara kegunaan garam ini yang paling utama adalah untuk melegakan serta menghilangkan tekanan dan stres dengan cara menjadikan ia sebagai sapuan, rendaman atau minuman.

Dalam erti kata lebih mudah, kegunaannya bukan dalam masakan tetapi ubatan serta rawatan.

Apa p**a kebaikan garam Epsom?
Jangan tidak tahu ya, ada banyak kebaikan garam ini terhadap kesihatan tubuh badan termasuk:

#1. Meningkatkan prestasi atlet

Sebagai ahli sukan atau atlet, anda sudah pasti mahukan prestasi kecergasan atau kekuatan tubuh badan sentiasa berada di tahap yang terbaik, jadi garam ini mungkin boleh bantu.

Menurut kajian terbitan Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan suplemen magnesium sulfat mampu meningkatkan prestasi dan proses pemulihan.

Maka, tidak hairan jika ada individu yang ambil garam ini sebelum atau selepas bermain sukan.

Kebaikan garam Epsom #2. Bagus untuk otot

Dalam usaha untuk tubuh badan anda menjalankan sistem dan fungsi dengan baik, maka ia akan memerlukan magnesium yang cukup kerana ia mungkin tidak dapat berkontraksi atau berelaksasi, sekali gus menjadi punca kekejangan otot.

Penggunaan garam ini sebagai ubat sapuan atau air rendaman pada bahagian otot yang telah kejang itu mungkin akan dapat membantu merawat dan melegakan masalah otot anda.

Kebaikan garam ini #3. Bagus untuk otak

Bukan sahaja pada otot, kekurangan magnesium dalam tubuh badan juga akan beri tekanan pada otak lantas menyebabkan masalah seperti stres. Ini kerana ia penting untuk menghasilkan zat kimia dalam otak yang mengawal emosi anda.

Pengambilan garam ini secara oral atau topikal mungkin akan dapat bantu tubuh badan anda menyerap magnesium dengan lebih banyak lantas membuat mental anda lebih tenang.

#4. Membantu anda tidur lebih lena

Siapa yang sangka jika garam ini juga punya manfaat untuk merawat insomnia, lantas membantu anda tidur lebih lena ekoran ia boleh meningkatkan penghasilan hormon melatonin.

Buat anda yang belum tahu, hormon ini bersama dengan zat kimia dalam otak yang seimbang itu sangat penting untuk anda mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang baik.

Setiap kali anda sukar untuk tidur, cubalah mandi air hangat bersama garam ini agar lebih relaks.

Kebaikan garam Epsom #5. Bagus untuk perut

Tahukah anda bahawa kebanyakan ubat julap itu tinggi dengan magnesium? Ini kerana mineral itu berfungsi dengan cara menarik air ke dalam tinja lantas merawat sembelit.

Disebabkan itu juga, pengambilan garam ini secara oral mungkin boleh membantu merawat sembelit. Namun, jangan lupa dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor, ya!

#6. Merawat rambut dan kulit kepala

Magnesium merupakan salah satu mineral yang paling penting untuk kesihatan mahkota individu kerana ia akan mampu melancarkan lagi sirkulasi darah di dalam kulit kepala.

Tidak hanya itu, mineral ini juga bagus untuk melembapkan kulit kepala sekali gus menjadikan ia tempat yang sesuai untuk rambut itu tumbuh dengan lebih lebat, tebal lagi sihat.

Tidak juga sukar, caranya anda hanya perlu guna garam ini umpama syampu ketika sedang mandi.

#7. Merawat masalah bengkak susu wanita

Wanita yang khas menyusukan bayi mereka dengan susu badan mungkin akan mengalami masalah bengkak susu akibat susu yang tersimpan atau tersekat di dalam puting payudara.

Dipercayai bahawa penyapuan garam ini pada kawasan sekitar puting secara lembut dan kerap dapat membantu wanita meredakan lantas menyelesaikan masalah bengkak susu ini.

Namun itu bukan bermakna anda tidak perlu membuang susu yang tertinggal dalam payudara, ya!

Walau bagaimanapun, kami sarankan sebelum anda amalkan garam ini, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda.

20/12/2022
Sebab-sebab haid tidak teratur..
19/12/2022

Sebab-sebab haid tidak teratur..

Address

NO22 GROUND FLOOR, Jalan KANGAR JAYA 4, KANGAR JAYA
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+601155872636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nuri Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nuri Pharmacy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram