Hospital Tuanku Fauziah

Hospital Tuanku Fauziah sentiasa di hati Hospital Tuanku Fauziah (HTF), telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1909 dan menawarkan perkhidmatan berpakar bagi negeri Perlis.
(1614)

HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang menampung perkhidmatan kesihatan bagi penduduk perlis yang berjumlah seramai 260,000 ribu orang. HTF menawarkan perkhidmatan sekunder dan juga tertiari yang terdiri daripada perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan sokongan
menggunakan teknologi yang canggih dan terbaru. Perkhidmatan yang ditawarkan untuk rawatan pesakit luar terdiri daripada 10

buah klinik pakar iaitu Klinik Surgical Out Patient Department (SOPD),
Klinik Medical Out Patient Department (MOPD), Klinik Ear, Nose and Throat (ENT), Klinik Obstetrics dan Gynaecology (O & G),
Klinik Dermatologi, Klinik Kardiologi, Klinik Ortopedik, Klinik Psikiatrik dan Klinik Oftalmologi. Perlaksanaan temujanji pesakit luar adalah mengikut sistem berkala dan sistem blok. Pada tahun 2012 terdapat seramai hampir 200,000 pesakit luar telah menerima rawatan di klinik-klinik ini.

Berikut adalah jadual Kempen derma darah bergerak untuk minggu ini. Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda ...
18/04/2026

Berikut adalah jadual Kempen derma darah bergerak untuk minggu ini. Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda dengan hadir menderma di lokasi yang tertera di jadual.

Tabung Darah HTF dibuka seperti biasa setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi - 5 petang.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Tabung Darah HTF di talian 04-9738206.


SESI BERTEMU PAKAR PERUBATAN EKSKLUSIF  BERSAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.Jom semua kita ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad, 18...
15/04/2026

SESI BERTEMU PAKAR PERUBATAN EKSKLUSIF BERSAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.

Jom semua kita ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad, 18-19 April 2026. Boleh rujuk info di bawah untuk pelbagai sesi dengan pelbagai pakar yang akan berada di Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Jom semua, kita bertemu pakar, boleh tanya pelbagai soalan dan kemusykilan anda mengenai kesihatan.


15/04/2026
15/04/2026

Book Your Date semua !

Jom mai pakat mai, 18-19 April 2026 kat Dataran Dato' Sheikh Ahmad. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda.

Kita ada :

1. Saringan Kesihatan percuma
2. Jualan Rahmah
3. Perkhidmatan bertemu PAKAR dari Hospital Tuanku Fauziah
4. Langkah Sihat 3 kilometer
5. Pertandingan Woodbal antara Jabatan
6. Pertandingan Boling Padang antara JKN Negeri (Arena Lawnball, Stadium Kangar)

dan banyak lagi aktiviti menarik untuk anda.

Jom semua. Stay tuned dengan FB JKN Perlis untuk hebahan aktiviti dari semasa ke semasa ok.

14/04/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, War...
12/04/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Waris Yang Kedua Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Amat Mulia pada 12 April 2026M bersamaan 23 Syawal 1447H.

Sembah takzim daripada :
Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad, Pengarah & Seluruh Warga Kerja Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Tuanku Fauziah telah menganjurkan Protocol Writing and NMRR Registration Work...
10/04/2026

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Tuanku Fauziah telah menganjurkan Protocol Writing and NMRR Registration Workshop pada 7 dan 8 April 2026 bertempat di Makmal ICT, Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Bengkel ini dianjurkan dengan fokus utama kepada penulisan protokol kajian bagi penyelidikan klinikal dan pendaftaran kajian di sistem National Medical Research Register (NMRR). Pendedahan ini sangat penting kepada petugas-petugas Kesihatan di negeri Perlis yang sedang dalam proses merangka kajian klinikal untuk memahami dengan lebih jelas keperluan bagi penulisan protokol kajian yang baik dan diterima oleh NMRR.

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari kalangan petugas kesihatan daripada HTF, klinik kesihatan dan klinik pergigian sekitar negeri Perlis yang merupakan pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat terlatih dan jurupulih perubatan fisioterapi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang menghadiri bengkel anjuran CRC HTF. Anda selangkah lebih mara dalam menjayakan penyelidikan klinikal.

‘Research that matters to patients’

📢 LAPORAN PROGRAM | KURSUS KERJA SELAMAT DAN SIHAT 2026📍 Dewan CME, Hospital Tuanku Fauziah📅 9 April 2026 (Khamis)Unit K...
10/04/2026

📢 LAPORAN PROGRAM | KURSUS KERJA SELAMAT DAN SIHAT 2026

📍 Dewan CME, Hospital Tuanku Fauziah
📅 9 April 2026 (Khamis)

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Tuanku Fauziah telah berjaya menganjurkan Kursus Kerja Selamat dan Sihat 2026 yang berlangsung dengan jayanya melibatkan peserta daripelbagai kategori perjawatan.

👩‍⚕️👨‍⚕️ Seramai 35 orang peserta daripada pelbagai jabatan, wad dan unit telah menghadiri kursus ini, yang bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

🧠 Pengisian Kursus

Pelbagai topik penting telah dikongsikan oleh penceramah berpengalaman, antaranya:
✅ Pengenalan Budaya Kerja Sihat dan Selamat
✅ Ergonomik di tempat kerja
✅ Pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD)
✅ Pengurusan bahan kimia berbahaya & chemical spillage kit
✅ Pencegahan Tuberkulosis (TB) di tempat kerja
✅ Pemanduan berhemah
✅ Pencapaian indikator prestasi MSQH

Program turut diserikan dengan:
💬 Sesi soal jawab interaktif
💪 Aktiviti kecergasan bagi mempromosikan gaya hidup sihat

🎯
Kursus ini berjaya:
✔️ Meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan
✔️ Memupuk budaya kerja selamat dalam kalangan warga hospital
✔️ Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di tempat kerja

Pihak UKKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

📌 “Budaya Kerja Selamat, Tanggungjawab Bersama”

08/04/2026

Sebagai ahli keluarga dan komuniti yang prihatin, ayuh kita amalkan 4 langkah ini

✅ Sentiasa ingatkan ahli keluarga untuk minum air secara berkala, jangan tunggu dahaga
✅ Pantau golongan berisiko terutamanya bayi, kanak-kanak dan warga emas. Mereka lebih cepat terkesan dengan cuaca panas.
✅ Sebarkan maklumat dan kesedaran berkaitan haba kepada komuniti setempat.
✅ Kenali tanda awal dehidrasi dan strok haba. Segera bertindak jika mengalami gejala.

Sama-sama kita lindungi orang tersayang.

06/04/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➡️ Letih melampau
➡️ Pening
➡️ Dahaga
➡️ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.

Address

Hospital Tuanku Fauziah
Kangar
01000

Telephone

049738000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Fauziah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Fauziah:

Share