28/01/2026
NIAT DAH MURNI NAK BAYAR HUTANG, TAPI TERSILAP INSTRUMEN? 🛑
Ramai ketua keluarga ambil Takaful ratusan ribu ringgit dengan satu matlamat utama:
"Kalau aku tak ada nanti, duit ni guna untuk setelkan hutang rumah & hutang peribadi. Baki baru bagi anak bini makan."
Niat itu sangat mulia. Tapi, ada satu teknikaliti besar yang ramai terlepas pandang bila buat penamaan secara HIBAH.
⚠️ REALITI HIBAH TAKAFUL
Apabila pampasan Takaful diletakkan atas nama isteri sebagai penerima Hibah, duit itu secara undang-undangnya menjadi HAK MUTLAK isteri.
Bermakna:
Isteri tidak wajib di sisi undang-undang untuk guna duit itu bagi membayar hutang arwah suami.
Tiada siapa (termasuk pemiutang atau adik-beradik suami) boleh paksa isteri bayar hutang tersebut.
Segalanya bergantung 100% kepada budi bicara dan kefahaman isteri.
Kita percaya isteri kita baik. Tapi, bagaimana jika keperluan kewangan harian tidak mencukupi? Bagaimana jika ada "bisikan-bisikan" luar yang menghasut supaya duit itu disimpan sahaja? Atau isteri terguna duit itu untuk tujuan lain tanpa sengaja?
Akhirnya, roh arwah masih terbelenggu dengan hutang, walaupun duit pampasan dah ada.
✅ SOLUSI: TAKAFUL AMANAH (INSURANCE TRUST)
Untuk pastikan niat asal (bayar hutang) itu benar-benar terlaksana, instrumen yang lebih tepat adalah Takaful Amanah (Trust), bukan sekadar Hibah biasa.
Melalui Takaful Amanah:
Pampasan tidak masuk terus ke akaun isteri.
Ia akan diuruskan oleh Syarikat Amanah (Trustee) yang dilantik.
Trustee WAJIB ikut arahan dalam surat ikatan amanah (Trust Deed).
Contoh arahan anda kepada Trustee:
"Dapat pampasan RM500k, tolong langsaikan baki loan rumah RM300k dulu. Baki RM200k baru serah tunai kepada isteri."
Dengan cara ini, tiada emosi terlibat. Hutang pasti terbayar, waris pun dapat baki harta yang "bersih".
Kesimp**an:
Hibah itu bagus untuk Income Replacement (ganti gaji). Tapi untuk pelupusan hutang (Debt Cancellation), Takaful Amanah adalah cara paling selamat dan profesional.
Jangan biarkan beban hutang kita menjadi beban emosi kepada isteri tersayang. Rancang biar tepat.
Berminat nak tahu beza caruman Hibah vs Amanah?