24/05/2023
BLACKHEAD tetamu yang tidak di undang🙄
Bintik hitam (blackhead) ialah sejenis benjolan kecil di muka yang juga dipanggil komedo terbuka.
Blackhead berlaku apabila anda mempunyai liang roma terbuka yang tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati dan bakteria.
Liang roma ini kelihatan seperti tersumbat dengan daki tetapi sebenarnya ia adalah kombinasi minyak dan bakteria yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara.
Terjadinya blackhead di wajah membuatkan kulit kelihatan tidak sihat, kasar, berjerawat, parut hitam dan berminyak. Ini juga membuatkan hilangnya keyakinan diri dan berasa malu.
Terdapat pelbagai rawatan utk mengatasi masalah ini.
⚘️Cuci muka secara double cleanse terutama sewaktu pagi dan sblm tidur. Jika kulit terlalu berminyak bilas menggunakan air panas.
⚘️ Pilih skincare yg sesuai dgn masalah wajah. Dapatkan konsultasi daripada pakar kecantikan anda.
⚘️ Amalkan pemakanan yg sihat dan kurangkan makanan yg berminyak.
⚘️ Elakkan memicit blackhead menggunakan kuku kerana di kuatiri terkena jangkitan bakteria.
⚘️ Minum air mencukupi mengikut bmi anda. Blh rujuk dalam ruangan comment.
⚘️ Lakukan rawatan wajah sekurang- kurangnya 1 x sebulan. Kerana utk membantu mengurangkan masalah ini rawatan extraction perlu di lakukan oleh pakar kecantikan yg berpengalaman.
⚘️ Berbincang dengan pakar kecantikan anda utk lakukan rawatan yang sesuai..
✅ ️Ucapkan Selamat Tinggal pada BLACKHEAD
✅️ Ucapkan Selamat Datang pada kulit sihat bermaya
Semoga info ini dpt membantu anda yg mempunyai masalah blackhead. Blh tag nama kawan2 anda yg menpunyai masalah yg sama.