Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis KAMI SEDIA MEMBANTU Sebarang pertanyaan / aduan sila emel kepada cpfpls@moh.gov.my.

ALHAMDULILLAH… Sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang menyertai aktiviti Langkah Sihat pagi tadi 👏👏👏
19/04/2026

ALHAMDULILLAH… Sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang menyertai aktiviti Langkah Sihat pagi tadi 👏👏👏

PENGUMUMAN ! Makluman untuk semua …. Untuk Aktiviti Langkah Sihat (Fun Walk) sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia dan K...
18/04/2026

PENGUMUMAN !

Makluman untuk semua …. Untuk Aktiviti Langkah Sihat (Fun Walk) sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia dan Karnival Kecergasan Zon Utara 2026, jalan antara Dataran Dato’ Sheikh Ahmad - Dewan Warisan - Denai Larian Pengkalan Asam - KPJ akan ditutup sementara untuk laluan kenderaan.

Antara Jam 7.30 pagi - 9.30 pagi. Laluan akan dibuka semula apabila selesai aktiviti Langkah Sihat (Fun Walk).

SESI WAWANCARA MEDIC RADIO PERLIS FM BERSAMA FARMASI📆Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)⏱️Masa: 9.15 pagi🏡 Radio: Perlis FM📻 10...
18/04/2026

SESI WAWANCARA MEDIC RADIO PERLIS FM BERSAMA FARMASI

📆Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
⏱️Masa: 9.15 pagi
🏡 Radio: Perlis FM
📻 102.9 Mhz
📱 https://www.facebook.com/PerlisFM

💊 Topik: JANTUNG SIHAT, RAWAT DENGAN BIJAK 🫀

👉🏻 Lemah jantung adalah keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya untuk memenuhi keperluan tubuh.

👉🏻 Ini boleh menyebabkan organ dan tisu badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia bukan bermakna jantung "gagal" sepenuhnya, tetapi lebih kepada jantung yang berfungsi dengan kurang berkesan.

👉🏻 Penyakit lemah jantung adalah penyakit kronik, tetapi dengan pengurusan yang betul, pesakit boleh menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

👉🏻 Nantikan kupasan lebih lanjut bersama anggota farmasi kami berkenaan topik ini melalui saluran radio Perlis FM!

Jangan ketinggalan!






MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KENALI UBAT ANDA (KUA) AHLI FARMASI SWASTA/BUKAN KKM NEGERI PERLIS TAHUN 2026📆Tarikh: 16 ...
17/04/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KENALI UBAT ANDA (KUA) AHLI FARMASI SWASTA/BUKAN KKM NEGERI PERLIS TAHUN 2026

📆Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
⏱️Masa: 9.00 pagi - 12.00 t/hari
🏡Tempat: Bilik Mesyuarat Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
🔖Penganjur: Cawangan Amalan & Perkembangan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Perlis
👥Kehadiran:
1. Pn Rubiyaton Binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perlis
2. ⁠Cik Alia Hayati Binti Baharudin, Timbalan Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia (Kawasan Kedah-Perlis)
3. ⁠Pegawai Penyelaras KUA Negeri Perlis
4. ⁠Ahli Farmasi KUA Swasta/Bukan KKM KUA Negeri Perlis

Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan pencapaian program yang dijalankan oleh ahli farmasi yang telah dilatih di bawah program Kenali Ubat Anda. Sejumlah 30 program telah dijalankan untuk tahun 2025. Ahli farmasi KUA ini juga telah membentangkan perancangan program yang akan dijalankan bagi tahun ini.

Ahli mesyuarat turut diberikan taklimat mengenai 2 tajuk inisiatif terkini dari pihak farmasi KKM, iaitu :
1. Projek SahUbat oleh En Muhammad Affiq, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPF Perlis
2. ⁠Inisiatif Pemaparan Harga Ubat oleh Pn Ruhaya, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPF Perlis

Di akhir mesyuarat ini, Puan TPKN Perlis telah menyampaikan Anugerah Ahli Farmasi Swasta / Bukan KKM KUA Terbaik Negeri Perlis Tahun 2025, iaitu penerimanya En Mohd Idzuad Bin Ahmad Johari, Pegawai Farmasi dari Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tahniah diucapkan kepada semua ahli farmasi swasta / bukan KKM yang terlibat dalam program promosi kesihatan Kenali Ubat Anda kolaborasi bersama Persatuan Farmasi Malaysia di negeri Perlis ini. Semoga jalinan kerjasama kerajaan dan swasta ini dapat diteruskan.

Jom semua, jagan lupa minggu kita ramai-ramai ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad .... Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia ...
17/04/2026

Jom semua, jagan lupa minggu kita ramai-ramai ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad .... Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Karnival Kecergasan Zon Utara 2026

14/04/2026

MYUBAT - APLIKASI MUDAH PENGAMBILAN UBAT SUSULAN DI HOSPITAL TUANKU FAUZIAH

💊 Tak perlu tunggu lama lagi untuk ambil ubat!
Daftar sekarang melalui aplikasi MyUBAT📱

Hospital Tuanku Fauziah menyediakan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS) untuk mudahkan urusan anda:

🚀 Ubat Melalui Pos (UMP)
Ubat dihantar terus ke rumah anda

🔐 Locker4U
Ambil ubat pada bila-bila masa, walaupun di luar waktu pejabat

🚗 Farmasi Pandu Lalu (LEKAS)
Letak kenderaan dan ambil ubat

✨ Cepat
✨ Mudah
✨ Jimat masa

⏳ Tak perlu lagi beratur panjang!

📌 Daftar hari ini & nikmati kemudahan farmasi di hujung jari anda!

14/04/2026

Pada petang ini kita akan berkongsikan satu tajuk mengenai "MAI KENAI UBAT: UBAT TAHAN SAKIT-JANGAN SALAH GUNA!" yang akan disampaikan oleh En Shahrul Adham Bin Abd Rahman Dairi, Pegawai Farmasi, daripada Klinik Kesihatan Kaki Bukit dan En Mohd Norezham Bin Che Ali, Pegawai Farmasi, daripada Klinik Kesihatan Padang Besar.

Boleh klik pautan dibawah untuk pendaftaran kehadiran.

https://forms.gle/tLPBh2xELE4KvaLt8

Buat masa sekarang, sesi FB Live Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Wellness Hub Perlis menerima jumlah penonton yang ramai sebanyak 10,000 per sesi. Keadaan ini menyebabkan penghantaran e-sijil mengalami kelewatan kerana e-sijil hanya dapat dihantar 1500 sahaja sehari.

Oleh itu, buat sementara waktu peserta perlu muat turun e-sijil tanpa nama pada pautan yang diberikan selepas anda mengisi kehadiran

LANGKAH SIHAT 3 KILOMETER !Jom semua kita melangkah dengan sihat pada 19 APRIL 2026 (Ahad) sempena Hari Aktiviti Fizikal...
14/04/2026

LANGKAH SIHAT 3 KILOMETER !

Jom semua kita melangkah dengan sihat pada 19 APRIL 2026 (Ahad) sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Karnival Kecergasan Zon Utara 2026.

PERCUMA untuk semua 😍😍🤩

Snack Food dan Sijil disediakan buat semua dan berpeluang memenangi CABUTAN BERTUAH 🤩🤩🤩🎁🎁🎁

Bagi yang dah mendaftar boleh terus walk in ya pagi 19 April nanti, 7.30 pagi di Dataran Dato' Sheikh Ahmad.

Bagi yang tidak mendaftar pun boleh walk in ok. Jom ramai-ramai, Langkah Sihat 3 Kilometer.





CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA KURSUS PERDANA HAJI (KPH) NEGERI PERLIS 1447H/2026M📆Tarikh: 12 April 20...
13/04/2026

CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA KURSUS PERDANA HAJI (KPH) NEGERI PERLIS 1447H/2026M

📆Tarikh: 12 April 2026 (Ahad)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 12.00 t/hari
🏡Tempat: Dewan Ibnu Khaldun, Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri
🔖Penganjur: Tabung Haji Negeri Perlis & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Shamil Arif (BPF Perlis)
2. ⁠PF Kamaruzzaman (BPF Perlis)
3. ⁠PF Ruhaya (BPF Perlis)
4. ⁠PPF Fazilah (Hospital Tuanku Fauziah)

Ahli Farmasi Swasta/Bukan KKM Kenali Ubat Anda yang terlibat:
1. Pn Aisah (KPJ Perlis Hospital)
2. ⁠Pn Norfarazila (Farmasi Azam Beseri)

Duta Kenali Ubat Anda yang terlibat:
1. Pn Che Sukasarani (KK Beseri)
2. ⁠Pn Jamilah (KK Beseri)
3. ⁠Pn Rosnah (KK Simpang Empat)
4. ⁠Pn Noor Azizah (KK Padang Besar)
5. ⁠Pn Rozeita (Hospital Tuanku Fauziah)

Jumlah Peserta: 250 orang bakal jemaah haji

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah pengurusan ubat semasa ibadah haji oleh Tn Hj Kamaruzzaman.
2. ⁠Pameran kenali ubat anda.
3. ⁠Edaran risalah dan penerangan mengenai persiapan ubat sebelum ke tanah suci.
4. ⁠Penerangan mengenai cara penyimpanan ubat sensitif suhu.
5. ⁠Penerangan mengenai contoh ubat sakit ringan yang perlu dibawa.
6. ⁠Kuiz roda impian - ubat dan perjalanan jauh.

Diharap aktiviti dan penerangan yang diberikan dapat memberi ilmu tambahan buat para jemaah haji dalam memastikan persediaan mengenai pengurusan ubat-ubatan mereka dapat dilakukan dengan lebih awal. Terima kasih pihak Tabung Haji atas kolaborasi program ini.

Address

Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049765033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis:

Share