12/12/2025
SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2025 PERINGKAT KLINIK KESIHATAN UTC PERLIS
Tema Hari AIDS Sedunia 2025 yang diumumkan oleh KKM adalah "Meniti Usia dengan HIV". Tema ini menekankan usaha untuk mengatasi stigma dan meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap individu yang hidup dengan HIV, terutamanya ketika meniti usia.
Penyelaras Program:
- JK Rozita binbti Sudin (Kaunselor HIV KK UTC Perlis)
Objektif program:
1) meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS
2) mempromosikan pencegahan jangkitan
3) mengurangkan stigma
4) mengukuhkan sokongan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan
Aktiviti yang dijalankan:
1) Pembukaan booth pameran disertakan dengan infografik mudah pendidikan HIV/AIDS, merangkumi maklumat mengenai cara jangkitan, langkah pencegahan, rawatan ART (Antiretroviral Therapy), serta kepentingan ujian saringan secara berkala
2) Aktiviti interaktif turut dijalankan, seperti kuiz kesedaran kesihatan, teka fakta HIV (teka silang kata), teka bilangan kondom
3) Demonstrasi cara pemakaian Condom
4) Kaunter konsultasi ringkas yang dikendalikan oleh jururawat terlatih bagi menjawab soalan berkaitan HIV
5) Saringan HIV tanpa nama juga turut disediakan