Anne Ruzana Terapi DSufi Anda

Anne Ruzana Terapi DSufi Anda Terapi Urutan
Terapi Bekam
Bone Adjustment
Akupuntur
Terapi Ais
SPA-Sauna,Scrub,Mandi Bunga & Susu

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙Belajar ikhlas dalam menghadapi ujian..Kerana,Orang yang ikhlas itu Hidupnya tidak akan ke...
10/01/2024

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Belajar ikhlas dalam menghadapi ujian..

Kerana,
Orang yang ikhlas itu
Hidupnya tidak akan kesepian
Walaupun sedang berjuang sendirian

Orang yang ikhlas itu
Tidak akan ketakutan walau tiada teman
dan tidak akan mengalah
Walau banyak yang meninggalkan

Kerana,
Orang yang ikhlas itu
Hidupnya untuk Tuhan
Kuatnya untuk Tuhan
Perjuangannya untuk Tuhan
Sabarnya untuk Tuhan




﷽اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ💙DENGAN MATA APA KAMU MELIHAT? 💙"..ketika na...
02/12/2023

﷽اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ

💙DENGAN MATA APA KAMU MELIHAT? 💙

"..ketika nanti nyawamu telah sampai di kerongkong
Saat itu kamu melihat AKU tersangat dekat kepadamu.Tapi kebanyakan manusia tidak melihat."
( Al-Waqiah 83-85)
Mengapa kita masih tidak mampu melihat dan merasakan kedekatanNya?

Allah mengurniakan kita dua mata untuk melihat. Tetapi kita hanya melihat menggunakan satu mata...itulah mata zahir.

Hakikatnya sepanjang hidup...kita tidak berjuang untuk membuka MATA QALBU yang tertutup.
Mata jiwa kita masih buta.

Manusia yang hidup hanya melihat menggunakan mata lahirnya tanpa menggunakan mata qalbu.. akan selalu tertipu dan keliru.

Dengan kemampuan mata zahir yang sangat terbatas, segalanya-galanya dinilai secara material dan luaran semata-mata.

Sedangkan MATA QALBU...mata itulah yang Allah kurniakan kepada kita.Kelebihan luar biasa yang menyelamatkan jiwa dan mendekatkan kita kepadaNya.

Perjuangkanlah menghidupkan mata qalbu kita.

Moga kita dijauhkan dari menjalani kehidupan persisnya Dajal.
Matanya cuma satu.
Teramat jauh dari Tuhan.
Mengagungkan keduniaan.
Penuh tipu daya dan kepalsuan.




Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.Tanpa disedari, gurunya ...
28/11/2023

Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.

Tanpa disedari, gurunya sudah berada di belakangnya..
"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya gurunya.

"Tidak tahu". Jawab si pelajar itu..

"Cuba kamu tawarkan kepada jiran sebelah !!". Perintah gurunya.

Ia mengambil gambar ikan tersebut dan menawarkan kepada jirannya..
Kemudian dia kembali menghadap gurunya .
"Ditawarkan berapa harga?" tanya gurunya.
"RM15 ". Jawab pelajar itu.

"Cuba tawarkan p**a ke kedai ikan hiasan !!". Perintah gurunya lagi..

"Baiklah guru ". Jawab pelajar itu.
Kemudian ia pergi lah ke kedai ikan hiasan..

"Berapa ia menawar ikan itu?". Tanya gurunya..

"RM450 ". Jawab pelajar itu dengan gembira, ia mengira gurunya akan melepas ikan itu..

"Sekarang cuba tawarkan kepada Si Fulan, bawa ini sebagai bukti bahwa ikan itu sudah pernah ikut pertandingan". Perintah guru lagi..

"Baik guru ". Jawab pelajar itu.
Kemudian ia pergi menemui si Fulan yang dikatakan gurunya.
Setelah selesai, ia p**ang menghadap sang guru.

"Berapa ia menawar ikan itu ?".

"RM14,500 ".

Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang berbeza beza.

"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat..".

"Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu.. Mereka yang mengetahui nilai kamu itulah yang akan selalu menghargaimu..".

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِي نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri akan kita.

لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah-lelah agar nampak baik di mata orang lain.

يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tergapai.

وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah .

kredit to penulis asal.

ان شاء الله

ALLAHUMMA SOLI A'LA MUHAMMAD 💙DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH  LAGI MAHA PENYAYANG.TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZ...
04/11/2023

ALLAHUMMA SOLI A'LA MUHAMMAD 💙
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.
NORHAFIZAH MUSA

📌KEAJAIBAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ. أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ. أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ. وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ. فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ

Allâhumma anta rabbî, lâ ilâha illâ anta khalaqtanî. Wa anâ ‘abduka, wa anâ ‘alâ ‘ahdika wa wa‘dika mastatha‘tu. A‘ûdzu bika min syarri mâ shana‘tu. Abû’u laka bini‘matika ‘alayya. Wa abû’u bidzanbî. Faghfirlî. Fa innahû lâ yaghfirudz dzunûba illâ anta.

“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau yang telah menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Dan aku atas tanggungan dan janji-Mu selama aku masih mampu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang telah aku perbuat. Aku mengakui nikmat yang Kau berikan kepadaku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."

*ULASAN USTAZAH*

"Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya." HR Riwayat Al-Imam Abi Daud

Hadis diatas jelas nyata menunjukkan ALLAH S.W.T. memberi rahmat kepada mereka yang s**a beristighfar.

Selain beristighfar dari melakukan dosa,ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak untuk melakukan dosa.

Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” HR Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi.

Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang s**ar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat s**ar untuk melafazkan istighfar.

Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan.

Hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.




Kelebihan istighfar 💙فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ غَفَّا رًا ۝ يُّرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْكُمْ مّ...
25/09/2023

Kelebihan istighfar 💙

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ غَفَّا رًا ۝ يُّرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَا رًا ۝ وَّيُمْدِدْكُمْ بِاَ مْوَا لٍ وَّبَنِيْنَ وَيَجْعَلْ لَّـكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّـكُمْ اَنْهٰرًا ۝

Maka aku berkata (kepada mereka) : "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

(Surah Nuh 71 : ayat 10-12)




Allahumma Soli A'la Muhammad 💙Hidup ini kita perlu banyak bersabar. Jangan ikutkan hati dan nafsu nanti jadi sia-sia.Rug...
16/08/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Hidup ini kita perlu banyak bersabar. Jangan ikutkan hati dan nafsu nanti jadi sia-sia.Rugi.
Bersabarlah dengan segala bentuk ujian. Ujian sakit,susah,masalah rumahtangga,perniagaan,pekerjaan,masalah anak-anak,masalah kawan-kawan, masalah dengan boss,masalah dengan kakitangan dan macam-macam lagilah ujian.
Bawa kereta pun kena banyak bersabar kadang-kadang nak terkeluar juga perkataan yang tak elok dari mulut asbab pemandu lain nak masuk simpang tak beri signal.. Haishhh.. geram je kan.. Tak pelah pelan-pelan pujuk hati sendiri. Istighfar.. Ya, tu saje Allah yang datangkan nak uji kesabaran kita. Sabarlah wahai diriku. Saksikan sahaja ya 😅. Kita kan dah berSYAHADAH 🥰
Pesanan ini ringkas tapi manfaatnya tak terkata, justeru bersabarlah. Macam mana nak bersabar? Mujahadah. Apa tu mujahadah? Tahan diri. Macam mana nak tahan diri? Diam dan berserah pada Allah, inginkan redaNya. TAQWA,TAWADHU' DAN INSANULLAH ☝️💞




06/08/2023

Kita datang ke dunia dengan kehendak DIA,
Kembali juga dengan kehendakNYA..
Hiduplah kita dengan KehendakNYA jua 🤲

05/08/2023

Kosongkan gelasmu untuk air yang baru,
Jangan jadikan buku sebagai Gurumu,
Temukan Mursyid yang akan mewariskan ilmu dan buku.

SAYYIDUL ISTIGHFAR 💙اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْد...
23/07/2023

SAYYIDUL ISTIGHFAR 💙

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

17/07/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Wahai Ibu,
Doamu tiada hisab. Doamu juga menjadi kekuatan dan kejayaan anak-anakmu. Bersabarlah dengan apa jua ujian anak-anak yang sedang kamu hadapi. Sesungguhnya Allah ingin memberikan ganjaran dan hadiah istimewa untukmu wahai Ibu 🥰
Doa ini juga bagus dibacakan kepada anak-anak ketika ingin tidurkan mereka, ketika sedang makan, ketika hantar ke sekolah, atau pada bila-bila masa sahaja. Moga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, faham akan agama Allah, faham dan fasih akan membaca dan bertaddabur Al-Quran dan sentiasa berada didalam jalan yang Lurus dan di redhai Allah.
Al-FATIHAH wahai anak-anakku 🤲
" ALLAHUMMA FAQQIHU FID DINNI,
WA A'LIMHU TA'WIL '
( Ya Allah fahamkan dia akan agamaMu, dan ajarkan Ilmu Tafsir (Alquran) kepadanya )








Allahumma Soli A'la Muhammad 💙📌 Ulangkaji Rukun Solat Di sini dikongsikan rukun solat sebagai peringatan dan untuk amala...
15/07/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙

📌 Ulangkaji Rukun Solat

Di sini dikongsikan rukun solat sebagai peringatan dan untuk amalan kita bersama, InsyaAllah
Rukun Solat ada 13 : -

1. Niat (rukun qalbi - hanya perlu ada lintasan dalam hati, tidak perlu dilafaz)
2. Berdiri tegak untuk yang mampu berdiri
3. Melafazkan takbiratul-ihram (rukun qauli)
4. Membaca Fatihah (rukun qauli)
5. Rukuk serta toma’ninah
6. I’tidal serta toma’ninah
7. Sujud dua kali serta tuma’ninah
8. Duduk antara dua sujud serta tuma’ninah
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tasyahud (rukun qauli)
11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw (rukun qauli)
12. Salam yang pertama serta lafaz salamnya (rukun qauli)
13. Tertib

Peringatan :
a) Rukun qauli ada 5 (seperti tersebut di atas). Rukun qauli adalah bacaan yang mesti :-
i. dilafaz dengan jelas sebutannya.Contohnya tak boleh melafaz sambil menguap. Menguaplah dulu, kemudian baru baca rukun tersebut.
ii. dapat didengar oleh telinga sendiri.
b) Rukun-rukun yang lain adalah rukun fi’li iaitu rukun yang melibatkan perbuatan.
i. Pastikan setiap rukun fi’li dilakukan dengan sempurna.
ii. Toma’ninah perlu diberi perhatian. Tanpa toma’ninah, solat tidak sah. Toma’ninah dari segi bahasa bererti ‘ketenangan’ .Perlu diingatkan bahawa dalam solat, toma’ninah adalah keadaan tenang di mana setiap sendi juga dalam keadaan tenang iaitu tidak bergerak. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa tuma’ninah adalah tempoh sekadar membaca zikir yang perlu dibaca ketika rukun berkenaan.

Semoga bermanfaat 🥰












Allahumma Soli A'la Muhammad 💙Larangan sembunyikan kebenaranAllah SWT berfirman :وَلَا تَلْبِسُوا الْحَـقَّ بِا لْبَا طِ...
12/07/2023

Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Larangan sembunyikan kebenaran

Allah SWT berfirman :

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَـقَّ بِا لْبَا طِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَـقَّ وَاَ نْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

_"Dan janganlah kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya "_

(Surah *Al-Baqarah 2: ayat 42*) 📖

Address

NO 30-01 Jalan PENDIDIKAN 3, TAMAN UNIVERISIT
Kangkar Skudai
81300

Telephone

+60127482274

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anne Ruzana Terapi DSufi Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category