07/02/2021
Insurans PERCUMA-
Tadi tengah dok cari new prospek, tiba-tiba dapat call dari TM. Katanya program penghargaan atas kesetiaan menjadi pelanggan TM. Sebelum tu sempat lagi buat aduan berkenaan line unifi yang terganggu semalam.. hahaha
Kemudian teruskan perbualan, Mereka menawarkan program penghargaan berupa perlindungan insurans kemalangan percuma berjumlah RM30k selama 6bulan. Wow,Percuma tanpa apa-apa bayaran!
Dari syarikat A*G Insurance. Dalam kepala terus ligat.. kalau 30k PA (6bulan) selalunya dalam berapa ringgit saja.. tapi disebabkan ianya ditawarkan secara PERCUMA. Terus nampak menarik kan??
Lepas tu dia rasa kita ni macam setuju. Sebab benda free kan? Terus dia tanya pekerjaan untuk kelaskan kategori risiko. Dengan konfiden nya.
Agen 1: Saya Ejen Takaful.
Caller: Baguslah, mesti encik lebih tahu tentang perlindungan ni kan?’.
Agen 1: Saya sangat tahu, ni insurans KONVESNIONAL kan?.
Caller: Ya, tapi encik jangan risau sebab ni kita beri secara percuma. Tak perlu bayar pun.
Masuk fasa ni terus rasa seronok lagi nak sembang sebab yang call ni perempuan melayu. Dan ISLAM. Saya sambung lagi.
Agen 1: Tahu tak apa hukum ambil INSURANS KONVENSIONAL?
Caller: Tahu. Yang ni tak patuh syariah. Bukan islamik
Agen 1: Jadi saya boleh terima walaupun ianya percuma? Apa akan jadi dengan pampasan yang saya bakal terima jika berlaku musibah atas saya nanti?
Caller: Ya saya faham encik, jadi encik tidak berminat ya?
Agen 1: Ya, saya perlu menolak walaupun ianya percuma.
Anda rasa? Benda percuma ni. Rugi kalau tolak kan?? Hehehe tapi kena ingat. Benda-benda macam ni la yang akan merosakkan pemikiran kita kelak. Analogi?? Senang. Carlsberg 1botol RM300. Saya bagi free. Nak? Apa hukum orang yang beri dan orang yang menerima?
Semoga Allah melindungi kita semua dari perkara-perkara sebegini.
InsyaAllah.
TAKAFULMAN
www.wasap.my//+60127312415//takafulTakaful