Hospital Kanowit - Rasmi

Hospital Kanowit - Rasmi Halaman Rasmi Bagi Hebahan Di Hospital Daerah Kanowit, Sarawak

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 🎉Dedikasi, komitmen dan pengorbanan setiap warga kerja adalah tunjang kepada p...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 🎉

Dedikasi, komitmen dan pengorbanan setiap warga kerja adalah tunjang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas usaha tanpa jemu dalam memberikan yang terbaik, khususnya dalam memastikan kesihatan dan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.

Semoga segala jasa dan bakti anda terus dihargai dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Ucapan ikhlas daripada seluruh warga kerja Hospital Kanowit 💙

Ucapan TahniahSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Hospital Kanowit atas pencapaian cemerlang menerima...
27/04/2026

Ucapan Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Hospital Kanowit atas pencapaian cemerlang menerima Sijil 3 Bintang Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang telah dianugerahkan pada hari ini di EQ Hotel Kuala Lumpur oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Pengiktirafan ini merupakan satu bukti nyata terhadap komitmen berterusan hospital dalam memperkukuh amalan pengurusan tenaga yang cekap, mampan dan berimpak tinggi, selari dengan usaha ke arah kelestarian alam sekitar serta kecekapan operasi fasiliti kesihatan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan, di samping memperkukuhkan lagi budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga Hospital Kanowit.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga Hospital Kanowit! 👏

✨ KEMPEN DERMA DARAH 2026 ✨Setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa ❤️📢 Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai K...
17/04/2026

✨ KEMPEN DERMA DARAH 2026 ✨

Setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa ❤️

📢 Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai Kempen Derma Darah yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit

🤝 Anjuran bersama:
Bloodbank Hospital Kanowit & Bomba dan Penyelamat Kanowit

💉 Derma darah bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malah memberi manfaat kesihatan kepada penderma.

Jom sama-sama kita hulurkan bantuan dan jadi hero kepada mereka yang memerlukan! 💪❤️




PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL KANOWITPerhimpunan Bulanan Hospital Kanowit telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebag...
17/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL KANOWIT

Perhimpunan Bulanan Hospital Kanowit telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebagai platform penyampaian maklumat, pengukuhan komunikasi serta pemerkasaan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga hospital.

Perhimpunan pada kali ini telah diketuai oleh Unit Blok Pentadbiran dan AMRO dengan penglibatan Unit Penolong Pegawai Perubatan, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Cara Kerja, Unit Sajian, Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi serta Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP).

Penganjuran program ini diharapkan dapat terus memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, meningkatkan profesionalisme serta memupuk nilai kebersamaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini.

DEKORASI HARI RAYA AIDILFITRI HOSPITAL KANOWITSempena Hari Raya Aidilfitri, Hospital Kanowit telah melaksanakan aktiviti...
17/04/2026

DEKORASI HARI RAYA AIDILFITRI HOSPITAL KANOWIT

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Hospital Kanowit telah melaksanakan aktiviti dekorasi melibatkan semua unit sebagai usaha memeriahkan suasana perayaan di peringkat hospital.

Antara unit yang terlibat adalah Unit Pentadbiran, Unit Pesakit Luar, Unit Farmasi, Unit Makmal, Unit X-Ray, Unit Kualiti, Ward Maternity dan Pediatrik, Ward Isolasi, Male Ward, Female Ward, Unit HDU, Unit OT, Unit Fisioterapi serta Stor Farmasi.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama, memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja serta mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif kepada pesakit dan pengunjung.

Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Aktiviti Naziran oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu telah dilaksanakan di Hospital Kanowit bagi ...
14/04/2026

Aktiviti Naziran oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu telah dilaksanakan di Hospital Kanowit bagi menilai tahap pematuhan terhadap peraturan kewangan, prosedur pengurusan akaun serta kawalan dalaman yang sedang diamalkan di jabatan ini.

Aktiviti naziran ini yang telah dijalankan oleh pasukan seramai 9 orang pegawai JANM Cawangan Sibu telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 6 April hingga 10 April 2026 dan melibatkan semakan dokumen, proses kerja serta temubual bersama pegawai yang berkaitan.

Antara objektif utama pelaksanaan naziran adalah seperti berikut:
• Menilai tahap pematuhan kepada peraturan kewangan semasa
• Memastikan keberkesanan sistem kawalan dalaman
• Mengenal pasti kelemahan serta risiko dalam pengurusan kewangan
• Memberi cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan dan integriti pengurusan kewangan

Skop naziran merangkumi aspek-aspek berikut:
• Pengurusan Akaun dan Kewangan
• Tatacara Perolehan dan Bayaran
• Pengurusan Terimaan dan Hasil
• Pengurusan Aset dan Stor
• Pematuhan kepada pekeliling dan arahan kewangan berkuat kuasa

Exit Conference telah diadakan pada 14 April 2026 sebagai sesi penutup bagi pembentangan dapatan awal hasil naziran oleh pihak JANM Sibu kepada pengurusan Hospital Kanowit.

Sesi ini telah diketuai oleh:

Puan Wong Chai Ling
Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu

Dalam sesi ini, pihak JANM telah:
• Membentangkan dapatan utama hasil semakan
• Menyatakan isu-isu ketidakpatuhan yang dikenalpasti
• Memberikan cadangan penambahbaikan bagi tindakan pihak hospital
• Menekankan kepentingan pematuhan berterusan terhadap peraturan kewangan

Secara keseluruhannya, pelaksanaan naziran ini memberi impak positif dalam memperkukuhkan tadbir urus kewangan Hospital Kanowit. Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan JANM Sibu atas bimbingan, kerjasama serta teguran membina sepanjang tempoh naziran dijalankan.

Diharapkan segala penemuan dan cadangan yang dikemukakan dapat membantu meningkatkan lagi tahap integriti, ketelusan serta kecekapan pengurusan kewangan hospital pada masa akan datang.










Sarawak

07/04/2026

🔥 JOM UNDI & SOKONG UNIT PILIHAN ANDA! 🔥

Pertandingan Hand Hygiene kini bermula! 🧼✨
Setiap unit telah menampilkan video yang kreatif, menarik dan penuh mesej kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan 💪

🎥 Tonton video pilihan anda
❤️ Like & 👍 React sebagai undian anda
📢 Share untuk sokong unit kegemaran!

Undian anda sangat bermakna untuk menentukan pemenang!
Jangan lupa—Clean Hands Save Lives! 🖐️

8.ETD/JPL

07/04/2026

🔥 JOM UNDI & SOKONG UNIT PILIHAN ANDA! 🔥

Pertandingan Hand Hygiene kini bermula! 🧼✨
Setiap unit telah menampilkan video yang kreatif, menarik dan penuh mesej kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan 💪

🎥 Tonton video pilihan anda
❤️ Like & 👍 React sebagai undian anda
📢 Share untuk sokong unit kegemaran!

Undian anda sangat bermakna untuk menentukan pemenang!
Jangan lupa—Clean Hands Save Lives! 🖐️

7. FARMASI

07/04/2026

🔥 JOM UNDI & SOKONG UNIT PILIHAN ANDA! 🔥

Pertandingan Hand Hygiene kini bermula! 🧼✨
Setiap unit telah menampilkan video yang kreatif, menarik dan penuh mesej kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan 💪

🎥 Tonton video pilihan anda
❤️ Like & 👍 React sebagai undian anda
📢 Share untuk sokong unit kegemaran!

Undian anda sangat bermakna untuk menentukan pemenang!
Jangan lupa—Clean Hands Save Lives! 🖐️

4. ISOLATION WARD

07/04/2026

🔥 JOM UNDI & SOKONG UNIT PILIHAN ANDA! 🔥

Pertandingan Hand Hygiene kini bermula! 🧼✨
Setiap unit telah menampilkan video yang kreatif, menarik dan penuh mesej kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan 💪

🎥 Tonton video pilihan anda
❤️ Like & 👍 React sebagai undian anda
📢 Share untuk sokong unit kegemaran!

Undian anda sangat bermakna untuk menentukan pemenang!
Jangan lupa—Clean Hands Save Lives! 🖐️

3. Makmal

Address

Hospital Kanowit, Jalan Durin/Kanowit
Kanowit
96700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kanowit - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category