PMG Medical Clinic-Kanowit

PMG Medical Clinic-Kanowit Medical clinic under Public Medicare Group (PMG) that provides affordable, friendly, professional, and comprehensive healthcare services to all.

Your Perfect Healthcare Partner!

09/05/2026
09/05/2026

Talasemia adalah kump**an penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah ๐Ÿฉธ yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen ๐Ÿงฌ yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

โ€ผ๏ธJika tidak dirawat, pesakit talasemia boleh membawa maut yang disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.

09/05/2026

Ramai orang nampak glove, syringe, vial, terus rasa macam โ€œwah, professionalโ€.

Tapi mari cakap terus terang.

Produk yang dijual itu belum mendapat kelulusan yang jelas. Itu point paling besar.

Bila sesuatu produk suntikan belum diluluskan, kita sendiri pun tak pasti apa kandungan sebenar, tahap kualiti, keselamatan, dos yang betul, cara penyimpanan, dan risiko kesan sampingannya. Ini bukan benda kecil. Ini benda yang masuk terus ke dalam badan.

Yang buat lagi membimbangkan, cara suntikan dan penyediaan p**a langsung tidak meyakinkan dari sudut keselamatan.

Ubat ditarik keluar, disusun banyak-banyak dalam plastik, diberi kepada orang lain seolah-olah itu perkara biasa.

Matron kawalan infeksi pun boleh tepuk dahi tengok cara macam ini.

Sebab isunya bukan sekadar โ€œnak kurusโ€ atau โ€œseller nampak pandaiโ€. Isunya ialah produk belum lulus, prosedur keselamatan tak jelas, teknik pengendalian meragukan, dan risiko pencemaran atau jangkitan memang wujud.

Jangan terpedaya dengan visual glove biru dan gaya ala klinikal. Glove bukan bukti bersih. Gaya yakin bukan bukti selamat. Kalau produk belum lulus dan prosedur pun tak ikut langkah keselamatan sepatutnya, itu bukan rawatan.

Itu bahaya yang dibungkus nampak professional.

We Are Still Opening. ๐Ÿ’› Happy Labour Day from PMG Medical Clinic ๐Ÿ’›Today is a reminder that all your hard work matters an...
01/05/2026

We Are Still Opening.

๐Ÿ’› Happy Labour Day from PMG Medical Clinic ๐Ÿ’›

Today is a reminder that all your hard work matters and so does your health.

Youโ€™ve done your best for your future; now itโ€™s time to rest, recharge, and take care of yourself. ๐ŸŒฟ

Donโ€™t forget, your health is your greatest strength.

24/04/2026

๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ‘ถ๐ŸปAutisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฆโ€๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฆโ€๐Ÿ‘ฆ

24/04/2026

Sakit dada bila tekan rasa sakit balik, ramai terus lega.

โ€œSalah bantal kot.... Bukan serangan jantung kot.โ€

Tapi di sinilah ramai orang silap.

Ya, costochondritis memang boleh sebabkan sakit dada, dan sakit itu biasanya lebih cenderung jadi tajam, sakit bila bergerak, tarik nafas dalam, baring, atau bila bahagian dada tertentu ditekan. Ia berlaku bila kawasan sambungan rusuk ke tulang dada mengalami keradangan.

Tetapi serangan jantung p**a cerita lain.

Sakitnya selalunya digambarkan seperti tekanan, himpitan, berat, atau rasa dada diperah. Ia juga boleh merebak ke lengan, leher, rahang, belakang atau perut, dan boleh datang bersama sesak nafas, loya, muntah, berpeluh, pening atau rasa sangat tak sedap badan.

Wanita juga boleh datang dengan gejala yang nampak kurang โ€œklasikโ€ seperti letih luar biasa, sakit belakang, atau ketidakselesaan di bahagian atas badan.

Mudah kata:

Costochondritis lebih cenderung buat orang rasa
โ€œsakit bila gerak, tarik nafas, atau tekan tempat itu.โ€

Serangan jantung p**a lebih cenderung buat orang rasa
โ€œdada ditekan, dihimpit, berat, dan badan rasa lain macam.โ€

Tapi jangan diagnosis sendiri.

Sebab sakit dada bukan benda yang selamat untuk diteka-teka, terutama kalau sakit itu datang tiba-tiba, tak reda, merebak, atau datang sekali dengan sesak nafas, peluh sejuk, loya, pening, atau rasa nak pitam. Dalam keadaan begitu, dapatkan bantuan kecemasan segera.

Bila dada sakit, perkara paling bahaya bukan costochondritis atau serangan jantung semata-mata.

Perkara paling bahaya ialah bila orang terlalu cepat rasa lega, lalu salah anggap benda yang serius sebagai โ€œcuma uratโ€ atau โ€œcuma salah tidurโ€.

27/02/2026
21/02/2026

Salam 1 Ramadan 1447H & Selamat Pagi

Pendermaan darah merupakan salah satu aktiviti yang tidak membatalkan puasa.

Bagi penderma beragama Islam yang hendak menderma darah, anda disarankan menderma darah sehingga jam 9.30 pagi dengan syarat bersahur berat.

Kepada penderma darah yang sudah cukup tempoh pendermaan bersama kami.

Secara purata penggunaan beg darah di hospital adalah sekitar 70-80 beg sehari di mana adalah sama pada bulan Ramadan.

Ayuh bantu kami capai beg darah yang disasarkan setiap hari bagi memberi sinar kehidupakan pesakit yang amat memerlukan.

๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง

๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š Jumaat
๐Ÿ– ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š 4.30 petang

#๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐ ๐›๐ฅ๐จ๐จ๐๐ฐ๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ๐ฌ

21/02/2026

Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Jom semak fakta ini:

โœ… Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.

โœ… Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.

โœ… Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.

โœ… Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.

Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

Sebarkan fakta, bukan ketakutan.

21/02/2026
06/02/2026

Endometriosis is a disease where tissue similar to the lining of the uterus grows outside the uterus, causing pain and/or infertility.

Symptoms include:
๐Ÿšบpainful periods
๐Ÿšบchronic pelvic pain
๐Ÿšบpain during/after s*x
๐Ÿšบabdominal bloating, nausea
๐Ÿšบpainful urination
๐Ÿšบdepression

Address

GF, LOT 735, BLOCK 9, LUKUT LAND DISTRICT, TAMAN LUCKY
Kanowit
96700

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Tuesday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Wednesday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Thursday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Saturday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30
Sunday 08:30 - 12:30
14:30 - 18:30

Telephone

+60163567966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMG Medical Clinic-Kanowit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PMG Medical Clinic-Kanowit:

Share

Category