21/02/2022
Bekam angin menyebabkan terjadinya proses inflamasi (peradangan ringan) pada permukaan kulit. Sewaktu proses peradangan buatan ini, sistem badan akan bertindak balas untuk membantu dalam proses penyembuhan sel tisu yang berlaku keradangan itu.
Salah satu proses yang berlaku ialah pengeluaran histamine dan ianya akan menyebabkan kegatalan. Histamine akan dikeluarkan paling lama 2-3 hari sahaja. Sebab itulah, anda akan rasa gatal walaupun belum melakukan proses tusukan untuk mengeluarkan darah.
Anda mungkin perasan, apabila anda alahan atau gatal, anda akan mengambil ubat anti histamin. Maksudnya, anda ingin menghalang badan dari menghasilkan histamin supaya gatal dapat dikurangkan. Dalam bekam, histamin dikeluarkan disebabkan keradangan buatan tadi.Contoh ubat antihistamine yang kita selalu ambil.
Selain itu, hormone prostaglandin juga akan dirembeskan, itu yang menyebabkan anda rasa sakit sewaktu proses bekam. Namun, ianya sangat bagus untuk meningkatkan lagi sistem ketahanan badan (immune system).
Rasa gatal pada kawasan yang dibekam itu ada pada 3 keadaan
Semasa bekam angin
Semasa proses tusukan
Semasa proses penyembuhan
Anda boleh lihat bagaimana pengeluaran histamine berlaku di dalam video basic inflammatory response ini. https://youtu.be/iVCXRa8FdP0
Fungsi histamine adalah untuk mengembangkan (vasodilate) salur darah sewaktu proses keradangan berlaku supaya lebih banyak darah berjaya masuk ke kawasan sedutan itu.
Kemudian, anda akan dapati badan anda merasa panas dan kelihatan kemerahan kerana darah bertumpu di situ. Jangan bimbang, itu adalah proses normal untuk menyembuhkan keradangan tersebut.
Tahap ketahanan badan seseorang berbeza. Ada sesetengah orang tak rasa pun histamine keluar, maka tiada rasa gatal di kawasan yang dibekam. Manakala ada sesetengah yang akan rasa gatal nak garuu je tapi tak boleh sebab gatal itu berada di dalam kawasan cup di mana pemukaan kulit yang gatal itu sedang disedut.
Ini perlu difahamkan kerana anda mungkin merasakan punca gatal disebabkan cup tidak dicuci dengan bersih. Hakikatnya, ia disebabkan oleh pengeluaran histamin.
Jika anda tercari-cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holisitk yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi Sedia...
Untuk booking slot rawatan👇
http://www.wasap.my/60132212632
https://g.co/kgs/kZK2sa