16/02/2026
MASIH ADA WASWAS & KERASUKAN DI BULAN RAMADAN?
❓Ramai bertanya:
Bukankah syaitan dibelenggu ketika Ramadan?
Mengapa masih ada gangguan, waswas atau keras**an?
✅ PENJELASANNYA
1️⃣ QARĪN (PENDAMPING MANUSIA)
Setiap manusia mempunyai qarīn, iaitu jin pendamping yang tugasnya membisikkan was-was.
📖 Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada seorang pun melainkan telah ditetapkan baginya qarīn daripada kalangan jin.”
(Riwayat Muslim)
➡️ Qarīn terus membisikkan keraguan dan lintasan hati.
2️⃣ HAWA NAFSU & JIWA AMMĀRAH BIS-SŪ’
Selain gangguan jin, manusia juga diuji dengan:
✔️hawa nafsu
✔️jiwa yang cenderung kepada keburukan
✔️godaan dunia
📖 Allah SAW berfirman:
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan.”
(Surah Yusuf: 53)
➡️ Jika dorongan iman kuat → manusia terdorong kepada kebaikan.
➡️ Jika nafsu lebih dominan → keburukan lebih mudah berlaku.
3️⃣ MENGAPA MASIH ADA KERASUKAN?
Hadis menyebut:
“Apabila datang Ramadan, syaitan-syaitan dibelenggu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Namun para ulama menjelaskan:
✔ Yang dibelenggu ialah *syaitan yang paling derhaka*
✔ *Bukan semua jin dibelenggu*
Kerana:
✅Ada jin Muslim
✅Ada jin kafir
✅Ada yang tidak termasuk dalam golongan syaitan pembangkang
➡️ Maka gangguan masih boleh berlaku dengan izin Allah SWT.
🌸 KESIMPULANNYA
• Ramadan mengurangkan gangguan, bukan menghapuskannya sepenuhnya.
• Qarīn dan hawa nafsu tetap wujud.
• Iman dan amalan tetap menjadi benteng utama.
Ramadan adalah masa terbaik untuk menguatkan perlindungan diri dengan ibadah dan rawatan yang syar‘i.
📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar'iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah