Hospital Kapit Rasmi

Hospital Kapit Rasmi Hospital Kapit was built in 1950 by Methodist Missionary and handed over to Federal Government in 1974 then renamed as Hospital Kapit.

Official Website: https://jknsarawak.moh.gov.my/hkapit Kapit Hospital is a minor specialist hospital located in the town of Kapit where it serves as the core of the healthcare delivery in the Kapit Division. There are 9 in-house specialists available in Kapit Hospital such as General Medicine, General Surgery, Paediatrics, Obstetrics & Gynaecology, Anaesthesiology, Emergency Medicine, Psychiatry a

nd Radiology department. Kapit is connected to Sibu via road which can takes up to 2 hours and 15 minutes driving where Sibu Hopsital is the lead hospital leading the Central Sarawak Cluster.

Marilah datang untuk menderma darah di Makmal Hospital Kapit pada 13/05/2026, jam 7.00pm-9.00pm anjuran Sarawak Energy B...
12/05/2026

Marilah datang untuk menderma darah di Makmal Hospital Kapit pada 13/05/2026, jam 7.00pm-9.00pm anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB). Satu pek darah boleh menyelamatkan 3 nyawa.

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026Untuk semua jururawat seluruh dunia dan pastinya buat jururawat Hospital Kapit yang d...
12/05/2026

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026
Untuk semua jururawat seluruh dunia dan pastinya buat jururawat Hospital Kapit yang dikasihi.
Mari kita hargai para jururawat yang menjaga kesihatan dan keselamatan kita dengan penuh dedikasi. Jururawat, engkau adalah inspirasi bagi kami semua.
Terima kasih jururawat, kerana menjadi cahaya dalam kegelapan bagi pesakit. Kepada para jururawat yang penuh keberanian, semoga kebahagiaan milikmu.

Iklan Sebut Harga Kerja-Kerja Mengatasi Isu Kondensasi dan Kulat di NICU, PICU, Klinik Pakar, Farmasi Pesakit Dalam dan ...
11/05/2026

Iklan Sebut Harga Kerja-Kerja Mengatasi Isu Kondensasi dan Kulat di NICU, PICU, Klinik Pakar, Farmasi Pesakit Dalam dan Dewan Bedah Hospital Kapit.

Iklan Sebut Harga Kerja-Kerja Naik Taraf Stor Unit Hemodialisis Klinik Kesihatan Song dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaita...
11/05/2026

Iklan Sebut Harga Kerja-Kerja Naik Taraf Stor Unit Hemodialisis Klinik Kesihatan Song dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan (Hospital Kapit)

https://vt.tiktok.com/ZS93cScqt/ Hi semua, sila sokong video pendek TikTok ini tentang kebersihan tangan dengan 'like' d...
11/05/2026

https://vt.tiktok.com/ZS93cScqt/

Hi semua, sila sokong video pendek TikTok ini tentang kebersihan tangan dengan 'like' dan 'share' bagi pertandingan video pendek di TikTok. Untuk pengetahuan semua, video ini telah dihasilkan oleh Unit Kawalan Infeksi Kapit untuk memperkasakan amalan kebersihan tangan di persekitaran hospital.

Segala 'like' dan 'share' anda amatlah dihargai dan didaulukan dengan ucapan terima kasih.

Check out Hospital Sri Aman’s video.

Marilah datang untuk menderma darah di Makmal Hospital Kapit pada 12/05/2026, jam 7.00pm-9.30pm anjuran Jabatan Sukarela...
11/05/2026

Marilah datang untuk menderma darah di Makmal Hospital Kapit pada 12/05/2026, jam 7.00pm-9.30pm anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Satu pek darah boleh menyelamatkan 3 nyawa.

🌸 SELAMAT HARI IBU & TERIMA KASIH ATAS LAWATAN PENUH KASIH SAYANG! πŸ’Sempena sambutan Hari Ibu 2026, Wad Bersalin Hospita...
06/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU & TERIMA KASIH ATAS LAWATAN PENUH KASIH SAYANG! πŸ’

Sempena sambutan Hari Ibu 2026, Wad Bersalin Hospital Kapit telah menerima kunjungan penuh bermakna daripada:
🌺 Che Quan Khor Moral Uplifting Society (Women Section) pada 5 Mei 2026.

Lawatan ini bukan sahaja membawa senyuman dan semangat kepada para ibu yang baru bersalin, malah turut disertai dengan sumbangan yang amat berguna β€” sebuah Commode Chair untuk kegunaan Wad Bersalin Hospital Kapit.
Sumbangan ini sudah pasti akan meringankan beban para pesakit dan memudahkan proses pemulihan mereka. Semoga jasa baik dan budi mulia semua ahli Che Quan Khor Moral Uplifting Society β€” khususnya Bahagian Wanita β€” sentiasa diberkati. πŸ™

Di kesempatan ini, kami turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang hebat di luar sana β€” terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai. πŸ’–

πŸ₯ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHWad Pediatrik Hospital Kapit ingin merakamkan ucapan terima kasih yang ikh...
06/05/2026

πŸ₯ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Wad Pediatrik Hospital Kapit ingin merakamkan ucapan terima kasih yang ikhlas dan setulus-tulusnya kepada:
✨ Happy Cure KL Welfare Association ✨
atas sumbangan yang sangat bermakna berupa sebuah mesin pemanas air (water boiler) berkapasiti 40 liter kepada Wad Pediatrik kami.
Sumbangan ini amat berharga dan akan memberi manfaat yang besar kepada pesakit-pesakit kecil serta waris mereka yang berada di wad ini. Semoga kebaikan dan keprihatinan pihak Happy Cure KL Welfare Association akan terus diberkati dan dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan. Jasa dan budi kalian amat kami hargai!

04/05/2026
πŸ₯ KEKOSONGAN JAWATAN PERSONEL MySTEP β€” HOSPITAL KAPIT, SARAWAKHospital Kapit mempelawa warganegara Malaysia yang berkela...
04/05/2026

πŸ₯ KEKOSONGAN JAWATAN PERSONEL MySTEP β€” HOSPITAL KAPIT, SARAWAK
Hospital Kapit mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Personel MySTEP. Ini adalah peluang kerjaya terbuka untuk anda!

πŸŽ“ Jawatan Setaraf Diploma / STPM:
βœ… Penolong Pegawai Penyediaan Makanan β€” 1 kekosongan
βœ… Penolong Jurutera β€” 1 kekosongan
βœ… Penolong Pegawai Teknologi Maklumat β€” 1 kekosongan
βœ… Penolong Pegawai Tadbir β€” 1 kekosongan
βœ… Penolong Pegawai Psikologi β€” 1 kekosongan

πŸ“‹ Jawatan Setaraf SPM:
βœ… Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) β€” 4 kekosongan

πŸ“… Tarikh Iklan: 5 – 10 Mei 2026
⏳ Tempoh Kontrak: Mei – 31 Disember 2026

πŸ’» Cara Memohon:
Mohon melalui portal MYFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my
πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

MAJLIS PENGANUGERAHAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS)Hospital Kapit telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi (...
27/04/2026

MAJLIS PENGANUGERAHAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS)

Hospital Kapit telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi (3 bintang) sempena Majlis Penganugerahan Energy Management Gold Standards (EMFS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

The ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) which has been initiated by the ASEAN Centre of Energy (ACE) since 2010 is a regional recognition with the main purpose of managing and reducing energy consumption and carbon dioxide emissions in the ASEAN region while promoting best practices in energy management. AEMAS was launched officially in July 2011 and is the first regional certification, specifically developed for Southeast Asia with funding from the European Union.

In Malaysia, MGTC was appointed as AEMAS Country Coordinator and Certification Body on behalf of ACE to promote, facilitate and process the applications made by the end users in the country. Energy Management Gold Standard (EMGS) is a recognition given under the AEMAS, to end-users who have successfully implemented a sustainable energy management system according to the scheme’s requirement.

Address

Hospital Kapit, Jalan Hospital
Kapit Fort
96800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kapit Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kapit Rasmi:

Share

Category