Farmasi Hospital Kapit

Farmasi Hospital Kapit Government Hospital

Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat Hospital Kapit dan seluruh dunia ๐Ÿ’™๐ŸฉบTerima kasih atas komitmen, pen...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat Hospital Kapit dan seluruh dunia ๐Ÿ’™๐Ÿฉบ

Terima kasih atas komitmen, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai dalam menjaga pesakit setiap hari ๐ŸŒธ๐Ÿฅฐ

Ikhlas daripada Farmasi Hospital Kapit ๐Ÿ’Šโœจ

24/04/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ˆ๐Œ๐”๐๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bersempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2026, KKM menyeru seluruh masyarakat untuk memastikan diri dan anak-anak menerima vaksinasi mengikut jadual yang ditetapkan.

Imunisasi bukan sahaja melindungi individu, malah membantu membina imuniti kelompok demi kesejahteraan bersama.

Dengan mengangkat tema โ€œ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข: ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ง๐ข, ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐”๐ฌ๐ข๐šโ€, sambutan pada tahun ini menekankan kepentingan imunisasi sebagai pelindung kesihatan yang berterusan, bermula dari awal kehidupan, melindungi masa kini, serta menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

๐Ÿ’‰ Lindungi diri, lindungi komuniti. Imunisasi tanggungjawab bersama.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

14/04/2026

Muka tiba-tiba senget sebelahโ“
Seseorang itu boleh mendapat Bellโ€™s palsy bila-bila masa sahaja.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka.
Puncanya tidak diketahui tetapi dikaitkan dengan jangkitan virus dan inflamasi.

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari.

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor dengan segera agar rawatan anda dapat diberikan dengan segeraโ—

๐Ÿซ๐ŸŒฌ๏ธ Tahukah anda? Teknik penggunaan inhaler yang betul boleh menentukan keberkesanan rawatan asma & COPD!Ramai pesakit m...
03/04/2026

๐Ÿซ๐ŸŒฌ๏ธ Tahukah anda? Teknik penggunaan inhaler yang betul boleh menentukan keberkesanan rawatan asma & COPD!

Ramai pesakit menggunakan inhaler setiap hari, tetapi tanpa teknik yang betul, ubat mungkin tidak sampai ke paru-paru dengan optimum ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

๐Ÿ’ก Setiap inhaler ada cara penggunaan berbeza โ€” pastikan anda gunakannya dengan betul!

๐ŸŽฅ Tonton siri video penuh teknik penggunaan inhaler di sini: https://youtube.com/playlist?list=PLy7a0s6nid_W_Adqb_L_bDVJEulB7FGDr&si=WLe3o4yHoeEdojCm

๐Ÿ“Œ Antara jenis inhaler yang diterangkan:
- Metered Dose Inhaler (MDI)
- Spacer dengan Corong Mulut (Mouthpiece)
- Spacer dengan Corong Muka (Face Mask)
- Turbuhaler
- Respimat
- Accuhaler
- Breezhaler
- NEXThaler
- Ellipta

๐Ÿ“ฃ Jangan segan untuk minta tunjuk ajar daripada ahli farmasi atau doktor anda!

Sumber: Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, KKM bersama Persatuan Torasik Malaysia.

29/03/2026

๐Ÿšจ MITOS vs FAKTA RABIES ๐Ÿšจ

Ramai masih fikir haiwan peliharaan takkan jangkiti sesama sendiriโ€ฆ โŒ
SALAH!

โœ… Hakikatnya:
Kalau satu haiwan dah dijangkiti rabies, ia boleh sebarkan kepada haiwan lain melalui gigitan atau air liur.

๐Ÿ’ก Jangan ambil ringan walaupun itu haiwan sendiri:
โ€ข Pastikan diberikan vaksin rabies setiap tahun
โ€ข Elakkan haiwan berkeliaran bebas
โ€ข Segera dapatkan rawatan jika berlaku gigitan

โš ๏ธ Rabies bukan perkara kecil โ€” sekali kena, hampir tiada peluang kedua.

๐Ÿ“ข Jaga haiwan, lindungi keluarga, selamatkan komunit

๐ŸŒž Ambil Peduli Cuaca PanasCuaca panas boleh menjejaskan kesihatan seperti ruam panas, kekejangan haba, keletihan haba da...
29/03/2026

๐ŸŒž Ambil Peduli Cuaca Panas

Cuaca panas boleh menjejaskan kesihatan seperti ruam panas, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba.

๐Ÿ’ง Lindungi diri:
โ€ข Kurangkan aktiviti luar terdedah kepada panas
โ€ข Minum air dengan kerap
โ€ข Sejukkan rumah dengan kipas atau penyaman udara
โ€ข Pilih minuman sejuk berbanding panas
โ€ข Kurangkan makanan yang memanaskan badan
โ€ข Kurangkan minuman manis, berkafein & berkarbonat
โ€ข Elakkan pakaian ketat & warna gelap
โ€ข Gunakan topi atau payung & sunscreen

โš ๏ธ Dapatkan rawatan segera jika tanda strok haba (suhu >40ยฐC).

Jaga diri, lindungi keluarga!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

21/03/2026

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H ๐ŸŒ™ DARIPADA HOSPITAL KAPIT

Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam yang menyambutnya terutamanya kepada seluruh warga kerja Hospital Kapit.

Semoga keberkatan Syawal ini membawa kebahagiaan, keredhaan, serta semangat baharu kepada warga kerja Hospital Kapit untuk terus melangkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat Kapit.

Ketupat dianyam lemang dibakar,
Rendang tersaji di atas meja,
Setahun menanti akhirnya tiba,
Raya disambut dengan gembira.

Salam Hormat dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN PENUTUPAN FARMASI PESAKIT LUAR Hospital Kapit RasmiDimaklumkan bahawa Farmasi Pesakit Luar Hospital Kapit a...
16/03/2026

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN PENUTUPAN FARMASI PESAKIT LUAR Hospital Kapit Rasmi

Dimaklumkan bahawa Farmasi Pesakit Luar Hospital Kapit akan DITUTUP bersempena Hari Raya Aidilfitri:
๐Ÿ“… 20 Mac 2026 (Jumaat) โ€“ 23 Mac 2026 (Isnin)

โš ๏ธ Perhatian:
Pesakit yang mempunyai tarikh pengambilan ubat dalam tempoh ini digalakkan untuk mengambil ubat lebih awal pada 19 Mac 2026 (Khamis).

๐Ÿฅ Farmasi akan dibuka semula pada:
๐Ÿ“… 24 Mac 2026 (Selasa)

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih atas kerjasama anda.
โœจ Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!

04/03/2026

๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐’๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐ƒ๐ˆ๐€๐๐„๐“๐„๐’ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐

Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi โ€œhipoโ€ atau keadaan dimana pesakit akan berasa menggigil dan sejuk menandakan berlakunya penurunan gula dalam darah secara mendadak.

Ikuti panduan seperti yang dikongsikan agar ramadan kali ini dapat dijalani dengan lebih sempurna.

Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kekerapan pemeriksaan paras gula dalam darah seperti dicadangkan.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Bulan puasa bukan alasan untuk hentikan rawatan tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi ya ๐Ÿ˜ŠBerikut beberapa tips ambil u...
20/02/2026

Bulan puasa bukan alasan untuk hentikan rawatan tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi ya ๐Ÿ˜Š

Berikut beberapa tips ambil ubat ketika berpuasa:

โœ… Rancang waktu ubat โ€“ Ambil semasa sahur & berbuka jika sesuai.
โœ… Jangan ubah dos sendiri tanpa berbincang dengan doktor/farmasi.
โœ… Kenali jenis ubat โ€“ Ada ubat tidak membatalkan puasa, ada yang membatalkan.
โœ… Utamakan kesihatan โ€“ Islam memberi kelonggaran jika keadaan tidak mengizinkan berpuasa.
โœ… Dapatkan nasihat profesional jika anda menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi atau asma.

โœจ Ibadah Jalan, Kesihatan Pun Jalan

17/02/2026

Address

Jalan Hospital
Kapit
96800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:30 - 14:30
Sunday 08:30 - 14:30

Telephone

+6084796333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Hospital Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Hospital Kapit:

Share