Haida Bekam Seri Bandi

Haida Bekam Seri Bandi Perkhidmatan Bekam yang disediakan :

-Bekam Badan
-Bekam Muka
-Bekam Kepala
-Bekam Kaki & Tangan

17/02/2024

Kebaikan BEKAM SUNNAH (BEKAM DARAH)

1. Menyingkirkan toksin, darah kotorpada tubuh
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Mencegah​ penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, stroke
5. Melegakan penyakit mata dan rabun.
6. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
7. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah, kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
8. Melegakan sakit bahu , dada dan punggung
9. Mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
10. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
11. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
12. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
13. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
14. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
15. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
16. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
17. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
18. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
19. Hilangkan stress dan tekanan
20. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan
kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW

Kenapa perlu Berbekam jika kerap Sakit Kepala atau Migrain?Jika anda sering sakit kepala, ia akan menyebabkan pekerjaan ...
02/08/2023

Kenapa perlu Berbekam jika kerap Sakit Kepala atau Migrain?

Jika anda sering sakit kepala, ia akan menyebabkan pekerjaan dan hidup anda sedikit sebanyak terganggu. Sakit kepala dipengaruhi pelbagai jenis faktor. Sama ada ia berpunca dari penyakit atau tekanan mental kepada pesakit. Antara jenis sakit kepala yang sering terjadi adalah :

1. Sakit kepala tegang - Kerap kali pesakit akan berasa kepala seperti di tekan sehingga berasa sakit. Selalunya ia berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tekanan mental yang berterusan, sering kurang minum air atau dehidrasi, minum kafein berlebihan, kerap kali kurang tidur, minum minuman beralkohol dan melambatkan waktu makan.

2. Migrain - Migrain jarang terjadi berbanding dengan sakit kepala tegang. Pesakit yang mengalami migrain akan merasakan salah satu sisi atau kedua-dua sisi kepala seakan-akan berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini dapat menganggu rutin seharian pesakit.

Bagi perubatan bekam, membuang darah kotor atau toksik adalah sangat berguna bagi menambah baik aliran darah yang bersih dalam badan. Setelah darah kotor dikeluarkan daripada badan, badan akan menghasilkan bekalan darah yang baru (fresh blood supply) bagi menggantikan darah kotor yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu, berbekam juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hal ini penting kerana pembentukan kolestrol didinding arteri dapat mengecilkan saluran darah serta secara langsung mengurangkan bekalan darah yang dapat disalurkan kepada seluruh badan. Untuk mencapai bekalan darah yang diperlukan oleh badan, jantung perlu bekerja lebih kuat dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini dapat membebankan jantung p**a dan sangat tidak bagus kepada jantung.

Dengan berbekam, hal diatas dapat dielakkan daripada terus berlaku. Apabila seluruh badan mendapat bekalan darah yang bersih dan mencukupi, organ-organ diseluruh badan dapat berfungsi dengan baik di tahap yang optimum. Dengan bekalan darah bersih yang mencukupi juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah sakit kepala apabila organ dikepala dapat berfungsi pada tahap optimum dengan bekalan darah bersih yang mencukupi.

HADIS TENTANG BEKAM Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a....
31/07/2023

HADIS TENTANG BEKAM

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)

31/07/2023

Strok andalah antara punca kematian utama rakyat Malaysia. Terdapat 2 jenis strok utama

1) Ischemic stroke- strok yang berlaku akibat saluran darah di otak tersumbat. Menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian otak terganggu. 87% kejadian strok adalah berpunca dari ischemic stroke

2) Hemorrhagic stroke - strok yang berpunca dari saluran darah otak pecah dan berdarah. Situasi ini yang dikatakan sebagai pendarahan otak akibat strok

Punca utama yang menyebabkan saluran darah otak pecah adalah akibat tekanan darah TERLALU TINGGI untuk tempoh masa yang lama.

Bagaikan belon yang di tiup besar, lama kelamaan ia akan meletup dan pecah. Sebab itu sangat penting untuk memastikan tekanan darah terkawal dengan mengambil rawatan.

Kebiasaanya pesakit akan mengadu sakit kepala secara tiba tiba. Mereka mungkin lumpuh separuh badan, hilang penglihatan dan tidak boleh bertutur. Dalam keadaan yang lebih serius, kes akan muntah dan tidak sedarkan diri.

Pada tahun 2022, 6.5% kematian rakyat Malaysia adalah berpunca dari strok. Cegah strok dengan amalan gaya hidup yang sihat

* mencucuk hujung jari menggunakan jarum tidak akan meredakan tekanan darah, bawa pesakit dengan cepat ke jabatan kecemasan

27/07/2023

Bekam merupakan sunnah Rasulullah SAW dalam merawat dan mencegah pelbagai penyakit.

Setiap apa yang Rasullullah amalkan pastinya penuh khasiat dan manfaat.

Menjadi tanggungjawab kita meneruskan kesinambungan sunnah Rasulullah ini.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan bakaran dengan api ( Al-Khayy). Sesungguhnya aku melarang umatku dari pembakaran dengan api,"

Jom booking

Bismillah ...JAGALAH SEHATMU SEBELUM DATANG SAKITMU🩸Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. - Ia...
27/07/2023

Bismillah ...

JAGALAH SEHATMU SEBELUM DATANG SAKITMU

🩸Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati.
- Ia mengandung banyak asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rusak.
- Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit.
- Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru.
- Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

🩸Sel darah yang rusak (darah kotor) yang gagal berkumpul dalam tubuh dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan :
- Kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

🩸Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa
- lesu
- letih
- kebas kaki dan tangan
- pening
- cepat marah
- cepat bosan
- murung
- mudah mengantuk dan
- mudah naik pitam.

🩸KEHARUSAN BERBEKAM YANG MANA :

- Ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), asam urat, kolesterol, jantung, rematik, darah tinggi, migrain dan sebagainya
- Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesehatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya Allah.

👉Bekam atau hijamah adalah teknik pengobatan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

⚫ Dahulukan yg warna hitam
🔵 Lanjut warna biru
🟢 Terakhir ambil yg ijo

27/07/2023

" Orang Perempuan dah datang bulan, tak payah lah nak bekam lagi. Kan Haid tu darah kotor"

Yeke 🤔

[ HAID ]

1. Allah cipta RAHIM istimewa untuk orang perempuan. Rahim ini lah tempat baby kita tinggal 9 bulan. Bila tiada proses persenyawaan, darah haid akan keluar. Orang yang mengandung, tak akan datang bulan.

2. Dinding rahim ( Uterus Lining ) akan menebal setiap bulan untuk menerima kehadiran embryo ( Ovum+Sperm ). Jadi bila proses penempelan embryo ( implantation ) tak berlaku, dinding rahim kita akan luruh. Allah cipta sangat hebat. Automatik setiap bulan. Uterus lining akan 'tertanggal' dan keluar sebagai haid.

[ BEKAM ]

Bekam ni tujuan utamanya kita nak get rid of Causative Pathological Substances (CPS). Bahasa mudahnya CPS ni adalah darah kotor dan toksin. Kita memang berniat, berazam dan seboleh-bolehnya nak buang darah kotor ni. Barulah mencapai hadaf dan matlamat bekam.

Sebagaimana mafhum hadis Nabi.

" Kesembuhan itu ada 3 perkara: Minum madu, berbekam atau menggunakan besi panas (kay). Dan aku melarang ummatku menggunakan (kay)"
(Riwayat Imam Ahmad)

[ KESIMPULANNYA ]

Jadi, proses pengeluaran DARAH KOTOR bekam dengan darah haid adalah berbeza dan tak salah pun kalau orang perempuan nak amalkan bekam. Lagi bagus sebenarnya kerana dapat melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan immune system.

Bekam adalah petunjuk Rasulullah SAW.Antara petunjuk Nabawi ( Kenabian Rasulullah SAW) ialah petunjuk dalam ilmu perubat...
25/07/2023

Bekam adalah petunjuk Rasulullah SAW.

Antara petunjuk Nabawi ( Kenabian Rasulullah SAW) ialah petunjuk dalam ilmu perubatan. Baginda SAW dalam banyak hadis di rekodkan pernah menerima saranan bekam dari para Malaikat ketika ISRA dan Mikraj, baginda sendiri pernah berbekam, pernah bekam di point 2 tertentu, pernah menyuruh sahabat baginda berbekam ketika termakan racun dalam kambing yang di hadiahkan oleh seorang wanita Yahudi, pernah menceritakan kebaikan bekam pada point tertentu dan sebagainya.

Semua petunjuk perubatan yang pernah di tunjukkan Rasulullah kepada para sahabatnya ada hidayah dan pedoman buat ummatnya. Baginda tidak berkata sia sia, semua ada ilham dan berpandukan kepada wahyu dari Allah.

Firman Allah SWT

وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحي

Dan sesekali dia ( Rasulullah SAW) tidak akan bercakap ( bersabda) dengan hawa nafsunya, melainkan semua adalah wahyu yang di wahyukan kepadanya.


Percayalah, bekam sangat terbaik. Sangat berkesan dan banyak manfaatnya. Kerana ianya adalah dari kalam manusia yang maksum iaitu Rasulullah SAW.

Haida Bekam Seri Bandi

Bekam wajah pulihkan kolagen dan jerawat.banyak kebaikan Bekam niEspecially untuk korang yang ada masalah jerawat, gatal...
03/07/2023

Bekam wajah pulihkan kolagen dan jerawat.

banyak kebaikan Bekam ni
Especially untuk korang yang ada masalah jerawat, gatal2 hidung, muka, telinga..

Dengan berbekam ni, memang akan keluarkan darah-darah kotor dari badan/muka ni tau. Darah2 kotor ni laa yg menyebabkan penyakit..

Jom bekam. Dalam bekam ade kesembuhan.

6 KEBAIKAN BEKAM SERI WAJAH (BEKAM MUKA)

1- awet muda

2- menghilangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat

3- menyingkirkan sel-sel kulit mati

4- merawat resdung

5- menaikkan seri wajah

6- melancarkan sistem pernafasan

http://Wasap.my/601155813832/haidabekam

Address

No 3, Tingkat Atas, Bandar Seri Bandi, Seri Bandi
Kemaman
24210

Telephone

+601155813832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haida Bekam Seri Bandi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share