Klinik Perubatan Elektronik Kemaman

KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK KEMAMAN
(Perubatan berasaskan theo fizik)

Lot 8030 Bakau Tinggi, Chukai
24000 Kemaman, Terengganu
Tel klinik :09-850 2501
Tel /whatapps :010-819 9737

29/05/2025

KAMI AKAN BERCUTI BERMULA 31 MEI (SABTU)SEHINGGA. 3 JUN(SELASA)...KLINIK AKAN BERCUTI 4 HARI

22/01/2025
Klinik ini menggunakan analisis rambut sebagai ubat alternatif iaitu kaedah penyiasatan untuk membantu diagnosis alterna...
29/01/2024

Klinik ini menggunakan analisis rambut sebagai ubat alternatif iaitu kaedah penyiasatan untuk membantu diagnosis alternatif. Perubatan alternatif adalah kembali ke dunia perubatan lama. Ini memerlukan pendekatan yang lebih perlahan, tetapi ia merangkumi akar masalah kesihatan. Tanpa mengeluarkan akar penyakit dari badan anda, gejala kesihatan dan penyakit dapat berlanjutan selamanya. Analisis rambut adalah alat yang bagus untuk mencari jawapan dan mengetahui kaedah alternatif untuk membantu membuang toksin badan yang merosakkan. Saya berpendapat bahawa analisis rambut dan detoks perlu dilakukan; ini hanya dapat membantu kita dalam perjalanan yang kita bersedia untuk mulakan

https://wasap.my/60108199737/KLINIK

Assalamualaikum>Hari ini dipostkan tentang maklumat penyakit jantung.Bulan ini paling ramai yang mempunyai masalah jantu...
20/01/2024

Assalamualaikum>

Hari ini dipostkan tentang maklumat penyakit jantung.
Bulan ini paling ramai yang mempunyai masalah jantung yang dirujuk di klinik Perubatan Elektronik Kemaman.

PENYAKIT JANTUNG

Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh dianggap mudah.

Fungsi jantung terbahagi kepada beberapa bahagian:

1) membekal darah bersih kepada seluruh sistem anggota.
2) mengambil balik darah-darah yang digunakan.
3) menghantar ke paru-paru untuk diberikan udara bersih (oxygen). Dalam proses darah beredar, darah itu sekali lagi dibersihkan oleh buah pinggang (kidney). Buah pinggang menapis darah dari segala kotoran. Kotoran atau bahan terurai dibuang melalui urea (air kencing).

Daripada statistik yang diperolehi, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu.
Terdapat ciri-ciri yang mudah untuk mengenal pasti tahap kesihatan jantung individu adalah seperti:

*Mudah lesu
*Dada terasa sesak hingga menghadapi kes**aran
untuk bernafas.
*Aktiviti semakin terhad serta buku lali
membengkak.

Individu-individu yang mempunyai tanda sebegini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan.
Perubahan tekanan darah juga perlu diawasi, ini adalah kerana jika tekanan darah naik bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Perubahan tersebut akan mengakibatkan kegagalan jantung.

Atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak didinding salur darah yang pecah akan menyekat pengaliran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika salur darah ke otak terhalang). Atherotrombosis juga adalah penyebab kematian utama di Malaysia dengan statistik sebanyak 28 peratus.
Masalah lain yang berkaitan jantung adalah seperti strok iskemia( aliran darah yang tidak mencukupi ke otak).

*Serangan jantung
*Sindrom koronari akut.
*Kerosakan pembuluh darah

Setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini. Bagi faktor jantina, usia,bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang penyakit jantung mempunyai potensi besar.
Terdapat juga kematian pada usia muda, ini adalah kerana serangan jantung tidak mengenal usia.

Penyakit jantung ( Angina Pectoris)

Penyakit ini menyerang dengan tiba-tiba atau berat di kawasan jantung dan rasa tertekan. Pesakit akan berasa pening , perasaan hendak mati, jantung berdebar dan sakit melarat turun ke tangan kiri. Penyakit ini disebabkan salurnadi yang membekal darah ke jantung akan menjadi sempit, ini berlaku bila umur sudah meningkat. Sakit ini mungkin dapat menyembuh dalam masa 1 hingga 2 jam atau berpanjangan 1 hingga 2 hari. Keadaan sakit yang berulang ini sesekali boleh membawa maut. Berikut adalah simptom-simptom bagi penyakit ini:

-Nadi lemah dan tidak teratur, letih, payah bernafas, takutkan mati, mata mendalam.
-Debaran jantung kuat, pitam,nadi lemah, berasa tidak tenang.
-Rasa dijantung seperti ditarik dan dipulas, tidur sebelah kiri sakit terlalu kuat. Kejang pada
jantung.
-Nadi terlalu cepat, susah bernafas, letih, berdebar-debar.
-Jantung berdebar rasa seperti bergetar, urat saraf mengejut dan sensitif.
-Rasa cemas, baik pada orang tegap.
-Berdebar-debar, payah tidur, rasa seperti sesuatu di keronkong.

Darah Tinggi

Simptom bagi penyakit ini:

-Sakit kepala, tengkuk, penglihatan kabur, pening, mengantuk, gelap mata, hilang daya tumpuan, loya.
-pesakit menghadapi masalah tekanan perasaan, banyak memikirkan benda-benda yang
mengarut.
-Jantung berdebar-debar dan tidak teratur.
-sakit kepala bila terkena cahaya matahari, rasa tertekan dikawasan jantung. Jantung
berdebar-debar, nadi cepat dan berbalik-balik.
-Payah bernafas, sesak nafas, nadi lemah dan tidak teratur.
-Sakit hingga ke bahu dan tangan, jantung terasa berat.
-Lidah kering dan tubuh badan mengigil. Kepala berat dan mengantuk.

Jantung berlubang.

Antara simptom-simptom penyakit ini:

-Jantung kuat berdebar-debar, kaki, tangan serta muka menjadi biru.
-Ketika sakit akan berasa s**ar benafas dan menyentak-nyentak, muka dan mulut menjadi
pucat.
-Pesakit berdebar-debar, muka pucat, nadi terlalu perlahan

Jantung berdebar-debar (palpitation of the heart).

Sebab-sebab berlakunya keadaan ini adalah kerana kelemahan saraf, kebimbangan, terlalu kuat bekerja, ganguan haid, berlebihan minum minuman keras, penyakit sistem penghadam dan lain-lain. Antara simptom-simptomnya adalah:

-Nadi telalu cepat dan tidak teratur, payah bernafas, hujung jari sejuk, kurang darah dan khayal.
-Sakit dikawasan jantung, muka merah dan panas. Anggota lumpuh, rasa seperti jantung hendak
berhenti. Pesakit keresahan.
-Rasa jantung melompat keatas, bila berjalan dan berbaring rasa mencerut.
-Susah bernafas, pitam, nadi lemah rasa menikam-nikam. Sakit banyak disebelah kiri.
-Jantung berdebar disebabkan terlalu s**a, marah atau takut.
-Berdebar kerana kerosakan sistem penghadaman (untuk lelaki).
-Salah cerna (untuk perempuan).

Jantung membesar (hypertrophy of heart).

Keadaan debaran jantung akan menjadi lebih kuat daripada biasa. Jika kita meletakan tangan keatas puting susu kiri, kita akan dapat merasakan debaran. Pesakit akan merasa sakit di kawasan jantung terutamanya waktu batuk dan bekerja kuat. Nadi pesakit juga lemah. Antara simptom-simptomnya adalah:

-Jantung berdebar kuat dan sakit, susah bernafas.
-Otot jantung lemah, kepala berpusing seperti hendak pitam, jantung berdebar-debar dan
mencungap. Bila bekerja rasa sakit dibahagian dada.
-Jantung membesar, nadi berdetik tidak dapat dirasai, sesak nafas, susah hendak bercakap
atau berbaring, keadaan letih serta payah tidur malam, kaki menjadi bengkak.

Radang di jantung (pericaditis).

Keadaan sakit ini pada awalnya menjadi sakit dada, sedih dan tidak tenang, kadang-kadang disertai dengan demam. Adakalanya bengkak jantung ini mengandungi air dan akan mengalami gejala yang lebih teruk pada peringkat permulaan penyakit, bila sakit bertambah pulih hanya tinggal air sahaja berkemungkinan pesakit mengalami radang buah pinggang. Antara simptom-simptomnya adalah:

-Keadaan awal sakit disertai dengan demam, sakit cekang didada, sedih dan tidak tenang.
-Sakit lebih teruk jika semasa bergerak, bengkak mengandungi air.
-Bengkak air dan mengalami radang buah pinggang.

Kulit yang melindungi jantung menjadi panas (endocarditis).

Keadaan dimana pesakit mengalami sakit menyucuk-nyucuk didalam dada, sedih, perasaan tidak tenang dan demam. Apabila mempunyai gejala-gejala seperti diatas pesakit hendaklah membuat rawatan sebelum sakit menjadi lebih teruk. Kadang-kadang pesakit akan disertai sakit urat saraf serta keadaan jantung berdebar-debar. Antara simptom-simptomnya:

-Pada peringkat awal pesakit akan demam, perasaan takut, sedih serta tidak tenang.
-Sakit dada, sendi-sendi pesakit menjadi bengkak serta demam, sakit bertukar-tukar ke lutut.
-Dikawasan jantung sakit yang tajam secara mengejut, jantung berdebar, tidak tenang dan
bermacam-macam gejala timbul.
-Demam panas, sakit berdenyut-denyut.

Aneurism

Saluran pembuluh utama yang mengalirkan darah ke jantung menjadi keras ataupun kelenjar-kelenjar dikawasan dinding berhampiran pembuluh tersebut menjadi keras. Pada permulaannya terdapat darah cair didalam bisul dan berdenyut, semakin lama darah cair itu akan membeku hingga menjadi keras. Sakit ini berpunca daripada syphilis, minuman keras dan kuat merokok. Penyakit ini jika sudah lama terjadi perlu melakukan pembedahan untuk merawatnya.

Arteritis.

Keadaan dimana arteri menjadi radang, apabila tidak diberikan rawatan yang betul semakin lama ia akan menjadi kuning kapur. Daripada keadaan ini boleh menyebabkan panyakit-penyakit lain yang akan timbul seperti aneurism, apoplexy, radang buah pinggang, penyakit jantung dan sebagainya. Antara simptom-simptomnya:

-Sakit disertai dengan s**ar bernafas.
-Keadaan disekeliling otot-otot arteri melarat.

Phlebitis.

Keadaan urat-urat yang membawa darah ke jantung menjadi radang. Dikulit berdekatan kawasan itu juga menjadi ketul, bengkak dan bewarna biru. Bila anggota badan pesakit digerakan, pesakit akan mengalami sakit seperti kejutan elektrik. Dikawasan sekelilingnya menjadi bengkak dan tegang.

Sila buat pemeriksaan segera, jika anda mempunyai tanda-tanda diatas.
CEGAH SBLM PARAH! Anda mampu mengubahnya!.. Keputusan ditangan anda!..

010-819 9737 klinik perubatan elektronik kemaman

boleh hubungi dan whasap jer nop klinik
17/04/2022

boleh hubungi dan whasap jer nop klinik

18/01/2022

Istilah asalnya berpunca daripada dua perkataan, iaitu “homoios” - bermakna ‘serupa’ atau ‘seumpama’- dan “pathos” - bermaksud ‘penderitaan’, ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Secara mudahnya, homoeopati bermaksud cara atau kaedah “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa,” perkara ‘yang serupa’ ini difahamkan sebagai gejala atau simptom; sekiranya seseorang itu mengalami gejala tertentu seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan semboyan-semboyan loya dan muntah yang serupa.

12/01/2022

Assalamualaikum semua

25/10/2021

Selamat sejahtera kepada semua .jangan lupa solawat banyak.semoga kita semua diberikan syafaat .Aamiin .

assalamualaikum semua.garam untuk masakan dan juga untuk pagar rumah dah sampai..sapa2 boleh maghi dtg. brg dop berapa b...
12/08/2021

assalamualaikum semua.garam untuk masakan dan juga untuk pagar rumah dah sampai..sapa2 boleh maghi dtg. brg dop berapa banyok ..

Asalamualaikum semua..kami juga ada menyediakan ubat untuk yang mengalami gejala demam batuk selsema ..boleh di beli dan...
18/07/2021

Asalamualaikum semua..kami juga ada menyediakan ubat untuk yang mengalami gejala demam batuk selsema ..boleh di beli dan dirasai kelainan yang berbeza..bila ada mengalami gejala tersebut pastikan terus mengambil ubat..untuk counter semula..❤️❤️❤️😚



Salam semua..selamat pagi..semua dalam keadaan yang baik selalu. .kepada sesiapa yang mempunyai masalah baby kuning .Kam...
14/07/2021

Salam semua..selamat pagi..semua dalam keadaan yang baik selalu. .kepada sesiapa yang mempunyai masalah baby kuning .Kami ada menyediakan Ubat kuning untuk baby.. Terbukti berkesan since 2004. .

cara penggunakanya adalah diletakkan titisan dimulut baby @ susu baby. .4 titik 5 kali sehari..
jarak ubat adalah 15 minit..



14/07/2021

update air ecpi .stok baru sudah sampai.. jangan lepaskan peluang ..sementara stok masih ada. . mari semua

Address

LOT 8030 BAKAU TINGGI
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60108199737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Elektronik Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Perubatan Elektronik Kemaman:

Share

Category