Azzahra Eye Specialist Centre

Azzahra Eye Specialist Centre Medical & surgical eye care
(1)

"Merdekakan Penglihatan Anda!"Sempena bulan kemerdekaan, nikmati 'DISKAUN ISTIMEWA' untuk pembedahan katarak dari 1 Ogos...
01/08/2025

"Merdekakan Penglihatan Anda!"

Sempena bulan kemerdekaan, nikmati 'DISKAUN ISTIMEWA' untuk pembedahan katarak dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2025!

✨ Kembalikan penglihatan anda dengan lebih jelas
✨ Rawatan oleh doktor pakar berpengalaman
✨ Harga promosi khas sepanjang bulan Ogos 2025

Jangan lepaskan peluang keemasan ini ☺️ Tempahan temujanji dibuka sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan slot;

☎️ Whatsapp: 019 233 3292
📍 Azzahra Eye Centre Kemaman
(Sebaris agro bank kemaman & klinik hijrah)

Tertakluk terma & syarat!

Kencing manis & mata..Ada kaitan ke? Retinopati diabetes atau diabetic retinopathy adalah komplikasi mata yang terjadi a...
13/07/2025

Kencing manis & mata..
Ada kaitan ke?

Retinopati diabetes atau diabetic retinopathy adalah komplikasi mata yang terjadi akibat penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang tidak terkawal. Ia merupakan punca utama kebutaan di kalangan orang dewasa bekerja di seluruh dunia.

Dengan kata lain, paras gula yang tinggi untuk jangka masa yang lama akan merosakan mata.

Apakah gejala-gejala yang akan dialami ?
Biasanya tiada gejala awal. Bila sudah teruk, barulah ada gelaja.
Antaranya seperti berikut.
1.Penglihatan kabur
2.Penglihatan bergoyang atau berlapis
3.Tompok gelap dalam penglihatan
4.Sukar melihat waktu malam

Saranan bagi semua yang menghidapi kencing manis,
1. Kawal paras gula anda.
2. Lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun.
3.Jika mengalami gelaja diatas, dapatkan konsultasi dan rawatan dari Pakar Mata segera.

Apakah perbezaan pada gambaran ini...Ia merupakan pandangan dari mata pesakit glaukoma , manakala gambar yang kedua meru...
11/07/2025

Apakah perbezaan pada gambaran ini...

Ia merupakan pandangan dari mata pesakit glaukoma , manakala gambar yang kedua merupakan pandangan dari mata normal.

Glaukoma ialah satu keadaan mata yang merosakkan saraf optik, biasanya disebabkan oleh peningkatan tekanan dalam bola mata .

Jika tidak dirawat, glaukoma boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur dan akhirnya buta.

Apakah gejala-gejala awal glaukoma...
1.Penglihatan sisi semakin sempit seperti gambar yang pertama.
2.Kabur pada waktu malam.
3.Mata merah dan sakit.
4.Lingkaran cahaya (halo) di sekitar lampu.

Jika anda mempunyai gejala-gejala ini, dapatkan rawatan dari Pakar Mata.

Anda mungkin pernah melihat tompokan sekitar mata ini. Xanthelasma ialah tompokan berwarna kuning yang biasanya muncul d...
05/07/2025

Anda mungkin pernah melihat tompokan sekitar mata ini.
Xanthelasma ialah tompokan berwarna kuning yang biasanya muncul di sekeliling kelopak mata, terutamanya di bahagian dalam kelopak mata atas. Ia terdiri daripada lemak (kolesterol) yang terkumpul di bawah kulit.

Adakah ia merbahaya?
Ia tidak merbahaya.

Namun ia boleh menjejaskan penampilan dan kosmetik seseorang itu.

Ia merupakan salah satu tanda anda mempunyai bacaan kolestrol yang tinggi.

Dari segi rawatan p**a, pesakit perlu mengawal bacaan kolestrol dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dibantu dengan ubat bagi menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Bagi mereka yang mementingkan penampilan p**a, pembedahan oleh Pakar Mata dapat membantu membuang tompokan ini.

Namun risiko untuk terbentuknya semula tompokan ini masih ada terutama jika bacaan kolestrol tidak terkawal.
Eye Centre, Kemaman

04/07/2025

Medical & surgical eye care

Tahukan anda, selaput putih pada bahagian depan mata anda ini dikenali sebagai PTERYGIUM.Pterygium, juga dikenali sebaga...
04/07/2025

Tahukan anda, selaput putih pada bahagian depan mata anda ini dikenali sebagai PTERYGIUM.

Pterygium, juga dikenali sebagai 'surfer's eye', adalah pertumbuhan tisu berbentuk segitiga yang tumbuh dari konjunktiva (lapisan putih mata) ke arah kornea (bahagian gelap mata).

Gejala utamanya termasuk mata merah dan iritasi, rasa terbakar atau gatal, mata berair, dan penglihatan kabur jika pterygium tumbuh menutupi kornea.

Rawatan oleh Pakar mata dapat merawat dan membuang pterygium ini dengan 1 pembedahan ringkas.

Katarak adalah salah satu dari punca kebanyak dari kita mengalami kabur dalam penglihatan. Masalah kabur ini tidak dapat...
02/07/2025

Katarak adalah salah satu dari punca kebanyak dari kita mengalami kabur dalam penglihatan. Masalah kabur ini tidak dapat diperbaiki dengan mengunakan cermin mata.

Ia berpunca dari wujudnya selaput putih pada kanta mata yang menghalang cahaya/pandangan dari masuk ke dalam mata lalu menyebabkan pandangan kita menjadi kabur.

Rawatan katarak ialah melalui pembedahan yang mudah, dilakukan dalam masa 15 minit dalam keadaan pesakit yang sedar sepanjang pembedahan ini. Namun, sepanjang pembedahan ini, pesakit tidak berasa sakit kerana bius pada mata yang akan diberikan.

Selepas pembedahan ini, perbezaan yang ketara dapat dialami oleh pesakit dengan pandangan yang lebih jelas.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, dapatkan konsultasi dan rawatan oleh Doktor Pakar Bedah mata kami.

Hubungi kami untuk maklum lanjut.
Azzahra Eye Centre, Kemaman

Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar seorang 'ayah' 👨🥳Terima kasih menjadi pahlawan dan pelindung untuk keluarga ...
15/06/2025

Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar seorang 'ayah' 👨🥳
Terima kasih menjadi pahlawan dan pelindung untuk keluarga & terima kasih untuk semua pengorbanan & kasih sayang yang 'ayah' berikan kepada kami ❤️
Terima kasih 🥰
Tulus ikhlas dari kami Azzahra Eye Specialist Centre Kemaman
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan masalah mata anda 👀
📍 Lot K711 & K13, Tingkat Bawah Bangunan 3 Tingkat Wisma IKY Naga Jalan Sulaimani 24000 Kemaman Terengganu.
(Bangunan sebaris Agro Bank dan Klinik Hijrah)
☎️ 019-233 3292 (Whatsapp)






10/06/2025

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐓𝐀, 𝐃𝐑 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐙𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀 𝐄𝐘𝐄 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋𝐈𝐒𝐓 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄, 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍.

Khusus untuk mereka yang menderita masalah mata seperti berikut.

💢Penglihatan kabur atau berkabus
💢Silau dan sensitif terhadap cahaya terang
💢 Penglihatan berganda (double vision)
💢Perubahan power cermin mata yang kerap
💢 Sukar melihat pada waktu malam
💢 Lingkaran cahaya di sekeliling sumber cahaya.

Anda mungkin menderita masalah katarak pada selaput mata.

Masalah katarak yang berlanjutan tanpa dapatkan rawatan boleh menyebabkan mata menjadi 𝐛𝐮𝐭𝐚.

Kanta mata menjadi keruh, penglihatan makin kabur, dan cahaya tidak lagi dapat masuk ke retina. Pesakit akan hilang keupayaan melihat perlahan-demi perlahan.

Jangan biarkan masalah berlanjutan. Dapatkan pemeriksaan mata anda dengan doktor pakar kami sekarang!

Pemeriksaan mata lengkap bersama doktor pakar mata hanya 𝐑𝐌𝟗𝟗 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚

𝐃𝐫 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐦𝐢𝐧 adalah doktor pakar kami yang bertugas di 𝐀𝐳𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐄𝐲𝐞 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥𝐢𝐬𝐭 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 dan berpengalaman merawat dan melakukan pembedahan mata pesakit katarak.

Untuk maklumat lanjut, boleh whastapp atau tekan link di bawah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Di kesempatan ini, kami dari Azzahra Eye Centre (Pusat Pakar Mata Azzahra) Kemaman, in...
06/06/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini, kami dari Azzahra Eye Centre (Pusat Pakar Mata Azzahra) Kemaman, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. 🐮🐐 Semoga ibadah korban kita diterima dan membawa keberkatan buat semua.

"Moga semangat pengorbanan memperkukuh nilai integriti dan keikhlasan dalam setiap tanggungjawab kita.”

❌ TARIKH PENUTUPAN BEROPERASI - 07/06/2025 (SABTU) - 08/06/2025 (AHAD)
✅ TARIKH KEMBALI BEROPERASI - 09/06/2025 (ISNIN)
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan masalah mata anda 👀
📍 Lot K711 & K13, Tingkat Bawah Bangunan 3 Tingkat Wisma IKY Naga Jalan Sulaimani 24000 Kemaman Terengganu.
(Bangunan sebaris Agro Bank dan Klinik Hijrah)






"⚠️NOTIS PENUTUPAN PADA HARI RAYA AIDILADHA 1446H⚠️"Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Untuk makluman semua, Azzahra Eye ...
05/06/2025

"⚠️NOTIS PENUTUPAN PADA HARI RAYA AIDILADHA 1446H⚠️"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, Azzahra Eye Centre (Pusat Pakar Mata Azzahra) Kemaman:

❌ TARIKH PENUTUPAN BEROPERASI - 07/06/2025 (SABTU) - 08/06/2025 (AHAD)
✅ TARIKH KEMBALI BEROPERASI - 09/06/2025 (ISNIN)

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam.

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan masalah mata anda 👀
Boleh terus hubungi/whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan di talian:
☎️ 019 233 3292
📍 Lot K711 & K13, Tingkat Bawah Bangunan 3 Tingkat Wisma IKY Naga Jalan Sulaimani 24000 Kemaman Terengganu.
(Bangunan sebaris Agro Bank dan Klinik Hijrah)






MAKLUMAN‼️Assalamualaikum w.b.tUntuk makluman semua, Azzahra Eye Centre (Klinik Pakar Mata Azzahra) Kemaman tidak berope...
02/06/2025

MAKLUMAN‼️

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua, Azzahra Eye Centre (Klinik Pakar Mata Azzahra) Kemaman tidak beroperasi pada 02 Jun 2025 (Isnin) bersempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.

Klinik Pakar Mata Azzahra Kemaman akan kembali beroperasi pada hari seterusnya, 03 Jun 2025 (Selasa)

Waktu operasi klinik adalah:

Sabtu-Khamis (9AM-5PM)

Tutup pada waktu rehat/lunch hour (1PM-2PM)‼️

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi kami di talian
☎️ 019 233 3292
📍Azzahra Eye Centre,
Wisma Iky Naga, Lot K711 & K713,
Tingkat Bawah Bangunan 3 Tingkat,
Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman Terengganu
(Sebaris Agro Bank Kemaman)

Address

Azzahra Eye Center, K711 & K713, Tingkat Bawah Wisma IKY Naga, Jalan Sulaimani
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192333292

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azzahra Eye Specialist Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Azzahra Eye Specialist Centre:

Share