Rawatan Alternatif Mizan Al-Harraz

Rawatan Alternatif Mizan Al-Harraz kami menyediakan khidmat rawatan gangguan
sihir, saka, santau, pagar rumah, pagar kedai...

Hadir seminar perubatan islam.
17/07/2025

Hadir seminar perubatan islam.

26/06/2025

Jom selawat semoga dikurniakanrezki yg melimpah ruah Aamiinn2

*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم* *Ya Allah pada hari Isnin 26 Zulhijjah 1446...,**Jadikanlah AWA...
23/06/2025

*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم*

*Ya Allah pada hari Isnin 26 Zulhijjah 1446...,*
*Jadikanlah AWAL hari ini*
*dibuka pintu* *KETAKWAAN,*
*pintu KEBERKATAN*
*di* *PERTENGAHAN* *hari ini di PERMUDAHKAN*
*segala* *URUSAN*
*dgn* *KESABARAN,* *KE'AFIATAN*
*dan* *KEKUATAN.....* *dan*
*AKHIRI hari ini dgn penuh KEJAYAAN,*
*KERAHMATAN dan KEBAIKAN....*

*Yْa Allah, ampunkan dosa2 kami keduaibubapa dan ahli keluarga kami, hulurkan pertolongan kepada saudara kami yang ditimpa musibah, hindari kami daripada wabak penyakit,kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi,* *khususnya bagi diri kami,keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.*

*Ya Rahman..Ya Rahim..,kami pohonkan bekalan keimanan dalam pelayaran hidup kami , bagi mereka yg sakit , berikan lah kesembuhan ,* *sementara yang meninggal dunia, tempatkan roh mereka* *bersama roh para Nabi , sidiqqin, syuhada' dan solihin..💐*

*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ*

22/06/2025

Siapa ada pengalaman mimpi mcm ni.. Lps beberapa hari kesihatan mula merosot. Bila pergi doctor semuanya ok... Komen jika ada..

02/06/2025

Alhamdulillah bersyukur dengan izin Allah dapat lh kami menambah ilmu dalam bidang rawatan Al Fashdu yang sudah tentunya salah satu rawatan sunnah... Selain ruqyah pesakit juga blh berbekam dan juga al fashdu... Kami akan menambah baik perkhidmatan dimasa akan datang mungkin dalam bidang saraf dan tulang in shaa Allah.. Terima kasih pada Akademi Pembangunan Integratif Malaysia kerana telah memberi peluang pd kami serta rakyat malaysia khususnya untuk menambah ilmu pengetahuan dlm bidang rawatan alternatif yang kini memerlukan pengiktirafan demi menjaga kualiti perawat-perawat alternatif..

30/05/2025

Jin-jin islam ini lh yang digelar bunian.. Ada diantara Mereka ini juga rajin datang ke majlis2 ilmu... Klu sorang2 solat dalam masjid rasa seperti ada makmum yg mengikuti boleh saje jelaskn sedikit bacaan kerana ada diantara mereka ini ikut menjadi makmum... Jangan cabut lari sudahlh 😁😁

20/05/2025

Ada masanya kita kena berlembut ada masanya kita kena bertegas...jin sihir yg dihantar untuk mengganggu tuan kedai serta pekerjanya.. Ini semua sbb motif cemburu tgk kejayaan org lain.. Bila tidak yakin dgn rezki Allah maka tungkang sihir berlumba menuju kesyirikan...

15/05/2025

Kadang-kadang bila merawat ni mcm2 karenah bila pesakit kerasukan 😁😁😁..

Jin apalah agaknya 😊😊😊

Dalam beradab tidak salah menyanjungi atau memulia org Alim atau guru.. Tp jangan taksub sehingga berlebihan.Dikala mere...
14/05/2025

Dalam beradab tidak salah menyanjungi atau memulia org Alim atau guru.. Tp jangan taksub sehingga berlebihan.Dikala mereka membuat kesalahan maka tegurlah mereka sebagai ingatan bersama... Teringat kata-kata dari salah seorang guru saya... "BELIAU BERKATA SEORANG MURID YANG BAIK AKAN MENEGUR KESILAPAN GURUNYA.. MANAKALA GURU YANG BAIK AKAN MENERIMA TEGURAN ITU DENGAN BERLAPANG DADA".....sesungguhnya kita manusia pendosa pasti tidak lari dari kesilapan..Allahumma solli ala Muhammad..

➡️ Memerlukan khidmat rawatan perubatan islam gangguan :➡️Saka ✅➡️Sihir ✅➡️Santau ✅➡️boleh wasap kami... www.wasap.my/60...
11/05/2025

➡️ Memerlukan khidmat rawatan perubatan islam gangguan :

➡️Saka ✅
➡️Sihir ✅
➡️Santau ✅

➡️boleh wasap kami...

www.wasap.my/601117758701/rawatansihirsakasantau

➡️ Menyingkap Rahsia Saka Dan Keturunan ✅

Definasi Saka:Saka adalah jin yang telah berada di dalam tubuh yang sudah sekian lama hingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya terjadi dalam keadaan dia sedar atau pun tidak kerana ianya diwarisi daripada keturunanya yang terdahulu. Mungkin ianya daripada ibu, bapa, datuk, nenek atau mereka yang sebelumnya lagi.Saka ini wujud disebabkan datuk-nenek (keturunan yang sebelumnya) mempelajari atau mengamalkan ilmu-ilmu tertentu yang membabitkan jin. Jin-jin ini diperturunkan kepada keturunan berikutnya samada secara langsung atau tidak dan boleh juga atas pilihan jin itu sendiri.Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, polong dan lain-lainnya memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Walaupun dikenali dengan pelbagai nama, hakikatnya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali sebagai jin dan syaitan.Dalil:Persahabatan manusia dan jin dalam bentuk ‘khadam’ telah dinyatakan di dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t.:“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” – surah al-Jin ayat:6Jin yang dijadikan kahdam itu akhirnya menjadi saka yang diperturunkan kepada keturunan dari kalangan anak-cucu (mereka yang ada pertalian darah). Ini disebabkan oleh perjanjian di antara pengamal ilmu tersebut dengan pihak jin. Adalah lebih malang lagi jin tersebut juga boleh berpindah kepada mereka yang ada hubungan rapat dengan keluarga pemilik saka walaupun bukan dari pertalian darah. Ini boleh terjadi kepada anak angkat atau menantu atau boleh juga berlaku ke atas teman atau sahabat.Pertalian jin Dan Saka:Terdapat pertalian yang di antara jin dan saka. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan (pusaka) itulah yang dinamakan saka.Dari Abu Tha’labah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:Ertinya: “Jin itu mempunyai 3 jenis: Satu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu lagi jenis yang berpindah-randah.”Jin yang berpindah-randah diklasifikasikan sebagai jenis yang menjadi saka disebabkan jin jenis ini boleh berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.Ciri-ciri orang memiliki saka:Secara umumnya orang memiliki saka mempunyai kebolehan mengubat orang sakit yang disebabkan jin tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:Kebanyakan mereka mempunyai mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang mempunyai tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-Jilani, Syeikh Bahaudin an-Naqsyabandi, Syeikh abu Hasan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cuma jin yang datang dari saka.Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah.Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak difahami.Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek-moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia memcari perumah/pembela yang baru dari kalangan anak-cucu tuannya yang telah meninggal dunia tersebut.

➡️ Proses Perpindahan Saka✅

Berikut adalah kronologi bagaimana saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:Apabila pemilik jasa itu mati; jasadnya mati setelah roh keluar dari jasad. Namun jin yang mendampingi pemilik saka itu tidak mati kerana umur jin lebih panjang berbanding dengan umur manusia.Apabila jasad pemilik saka telah dikembumikan, jin pendamping tersebut bebas dan berada di dalam keadaan seperti layang-layang terputus talinya. Lalu jin tersebut berkeliaran di atas muka bumi mencari rumah tumpangan yang baru.Kemudian saka tersebut berpindah kepada anak-cucu pemilik saka tersebut sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut berpindah kepada anak-cucu yang mengamalkan jampi-jampi yang diajar oleh pemilik saka tersebut.Saka itu juga boleh berpindah kepada anak-cucu yang menyimpan barang-barang peninggalan si mati. Ada juga kes yang berlaku di mana saka tersebut berpindah kepada penyimpan barangan tersebut walaupun penyimpan itu buka dari darah daging simati (pemilik saka).Orang yang amat berpotensi mewarisi saka tersebut adalah mereka yang tinggal bersama semasa hayat pemilik saka atau orang menjadi harapan keluarga atau orang yang diharapkan sipemilik saka untuk mewarisi saka tersebut.Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:Anak-cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.Anak-cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar hukum agama.Anak-cucu yang sering meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.Adakalanya anak-cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sanagat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.Anak-cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya kerana lebih memudahkan jin bertapak di dalam badan mangsanya.Anak-cucu yang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek-moyang mereka. Apabila mereka mewarisi saka ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.Anak-cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang melanggar syariat Allah s.w.t.

28/03/2025

Semoga jadi renungan bersama...

Address

Kempas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Alternatif Mizan Al-Harraz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan Alternatif Mizan Al-Harraz:

Share