Derma Darah Keningau

Derma Darah Keningau Selain daripada itu, ianya juga memberi pendidikan kepada bakal penderma darah yang ingin menderma darah.

Pusat Transfusi Darah yang terletak di Hospital Besar Keningau, Sabah adalah sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah di peringkat Daerah Keningau. Antara perkhidmatan yang diberi adalah bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Darah dan komponen, serta latihan amali kepada pelajar-pelajar KKM dan kolej-kolej perubatan.

Team mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Desa Kim Loong Palm Oil Sdn. Bhd. pada hari Khamis 7hb Mei 2026 untuk kempen ...
06/05/2026

Team mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Desa Kim Loong Palm Oil Sdn. Bhd. pada hari Khamis 7hb Mei 2026 untuk kempen derma darah.

Kaunter Derma Darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau akan ditutup pada sebelah pagi dan dijangka dibuka semula pada jam 2 petang seperti biasa.



Mari meriahkan kempen derma darah bersama finalis UNK Keningau & Bingkor 2026 di Tamu Ground Keningau.Jom derma darah!"D...
03/05/2026

Mari meriahkan kempen derma darah bersama finalis UNK Keningau & Bingkor 2026 di Tamu Ground Keningau.

Jom derma darah!

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Kempen derma darah diteruskan lagi pada hari ini di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini...
02/05/2026

Kempen derma darah diteruskan lagi pada hari ini di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini.

Jom datang derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Sedang menanti kehadiran para penderma. Jom derma darah.Terima kasih atas penganjuran kempen derma darah oleh pihak peng...
01/05/2026

Sedang menanti kehadiran para penderma. Jom derma darah.

Terima kasih atas penganjuran kempen derma darah oleh pihak pengurusan Masjid Al-Taqwa. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penderma yang sempat hadir untuk menderma.

Isi aktiviti hujung minggu anda dengan menderma darah. Temui kami di kempen-kempen bergerak seperti yang tertera dalam j...
30/04/2026

Isi aktiviti hujung minggu anda dengan menderma darah. Temui kami di kempen-kempen bergerak seperti yang tertera dalam jadual.

Team mobile akan turun bertugas di Sook dan Nabawan hujung minggu ini. Warga Sook dan Nabawan, ambil peluang ini. Jom derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Jumaat, 1 Mei 2026, bersempena dengan Hari Pekerja, Team Mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Masjid Al-Taqwa Keningau....
30/04/2026

Jumaat, 1 Mei 2026, bersempena dengan Hari Pekerja, Team Mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Masjid Al-Taqwa Keningau. Yang berkesempatan, jom datang menderma untuk menyelamatkan nyawa.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Sedang berlangsung; jom derma darah!Tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau atas penganjuran kempen derma dara...
28/04/2026

Sedang berlangsung; jom derma darah!

Tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau atas penganjuran kempen derma darah yang mendapat sambutan baik dari kakitangan dan orang awam.

Terima kasih kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur kempen derma darah pada hari ini;Katedral St. Francis Xavier KeningauGereja...
26/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur kempen derma darah pada hari ini;

Katedral St. Francis Xavier Keningau
Gereja St. Yohanes Penginjil, Panui Keningau

atas penyediaan tempat dan kemudahan untuk kempen derma darah dijalankan.

Terima kasih kepada komuniti setempat yang turut memberi sokongan kepada kempen hari ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Sedang berlangsung sekarang; kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini....
25/04/2026

Sedang berlangsung sekarang; kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini.

Kepada yang berkelapangan, jom derma darah di sini.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Address

Pusat Transfusi Darah, Aras 2 Hospital Keningau, Peti Surat 11
Keningau
89007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Derma Darah Keningau:

Share