Program Korban Angkasa Pulau Pinang

Program Korban Angkasa Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Korban Angkasa Pulau Pinang, Bertam , Pulau Pinang, Kepala Batas.

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerusi Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSO...
04/05/2025

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menerusi Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) giat menambah bekalan lembu korban untuk diagihkan pada Hari Raya Aidiladha akan datang.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, KONSORMAS juga mengambil langkah proaktif membuat pajakan Ladang Satelit Nasional di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu.

Katanya, pajakan ladang seluas 8.09 hektar itu sudah diluluskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu bagi memastikan bekalan lembu mencukupi.

"KONSORMAS akan membantu koperasi asas mendapatkan bekalan lembu korban atau lembu daging pada kadar murah serta berkualiti.

"Ia juga sudah sudah menjalankan perkhidmatan 'Quick Win' bagi membekal dan mengedar lembu korban kepada koperasi fidlot seluruh negara yang berminat pada 2018 dan 2019.

"Pada 2018 lalu, hanya sebuah Koperasi Kariah Masjid (KKM) turut serta dan ia membabitkan 30 ekor lembu korban bernilai RM116,636," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Ladang Ternakan milik KONSORMAS di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Bakri Sawir.

Menurutnya, pada tahun lalu, sebanyak 11 KKM membekalkan 501 ekor lembu korban bernilai hampir RM2 juta.

Katanya, sehingga kini, KONSORMAS sudah membekalkan sejumlah 675 ekor lembu korban kepada koperasi di zon utara, zon tengah dan selatan.

"Setiap KKM yang sudah berdaftar perlu mempunyai daya usaha untuk menjayakan koperasi masing-masing bagi membangunkan ekonomi setempat.

"Kejayaan KKM secara tidak langsung memberi peluang untuk memajukan kariah masjid selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya.

Assalamualaikum... YBhg. Dato'/Tuan/Puan,*Peringatan Mesra 📌**9 Hari Lagi Sebelum Tarikh Tutup Penyertaan*Marilah Rebut ...
04/05/2025

Assalamualaikum...

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

*Peringatan Mesra 📌*

*9 Hari Lagi Sebelum Tarikh Tutup Penyertaan*

Marilah Rebut Peluang Jana Pendapatan Masjid/Koperasi Dengan Mendapatkan Rebat Yang Ditawarkan Oleh ANGKASA Dengan Pembelian Lembu Qurban.

*Harga yg kami tawarkan adalah RM 5,600 untuk seekor lembu dgn berat 300kg.*

*Tiada kos penambahan seperti permit, tali atau pengankutan.*

*Jumlah rebat adalah seperti berikut :*

- 5 ekor dan keatas - RM 300/Ekor
- 10 ekor dan keatas - RM 400/Ekor
- 15 ekor dan keatas - RM 500/Ekor

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.
b/p Dato' Pengerusi JPAN PPinang

Sila Hubungi No Pengawai Dibawah

Admin Encik Syariman Alias

https://www.wasap.my/601121404989/ibadahkorban
https://www.wasap.my/601121404989/ibadahkorban
https://www.wasap.my/601121404989/ibadahkorban

*Program Korban Perdana Badan Perhubungan Angkasa Negeri Pulau Pinang Tahun 2025**Qurban Sebagai Tanda Kesyukuran*فَصَلّ...
03/05/2025

*Program Korban Perdana Badan Perhubungan Angkasa Negeri Pulau Pinang Tahun 2025*

*Qurban Sebagai Tanda Kesyukuran*

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan (sebagai bersyukur).

Surah al-Kauthar (2)

Hadis Riwayat Ibn Majah & Ahmad,
"Sesiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan Qurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami."

➖➖➖➖➖➖➖
*Perkhidmatan Qurban yang Telus, Dipercayai*

sentiasa menitikberatkan kepentingan peserta dari segi informasi terkini serta proses yang dijalankan untuk setiap pelaksanaan Qurban yang kami lakukan untuk anda.

➖➖➖➖➖➖➖

*Lagi sebab kenapa perlu pilih ANGKASA PULAU PINANG*

🔅 *Telus dan berpengalaman* Berpengalaman menguruskan qurban dengan lebih 100 sembelihan telah dilaksanakan.

🔅 *Boleh dibuat secara Online di Hujung Jari Mudah dan berpatutan.* Semuanya di hujung jari sahaja, bermula dengan pendaftaran, pemilihan haiwan sembelihan sehinggalah selesainya ibadah qurban.

🔅 *Agihan Daging* Daging qurban akan diagihkan kepada yang betul-betul memerlukan. Menjadi amal kebajikan meraikan para asnaf dan fakir miskin di dalam dan luar negara.

🔅 *Bukti Penyertaan* Peserta akan diberikan e-sijil penyertaan. Manakala gambar dan video sembelihan boleh dilihat secara terus di tapak

🔅 *Yakin Dan Dipercayai* Telah ramai peserta menjalankan qurban bersama kami dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

➖➖➖➖➖➖➖➖

Ibadah Qurban

👇👇👇👇👇👇
https://myqurbani.my/ibadah-qurban-menurut-pandangan-islam/

➖➖➖➖➖➖➖➖

Pembahagian daging Qurban

👇👇👇👇👇👇👇
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban/3623-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-23-pembahagian-yang-afdhal-bagi-daging-korban

➖➖➖➖➖➖➖➖
Tentang kami
👇👇👇👇👇👇👇
https://www.facebook.com/share/1FuC4TtU78/

➖➖➖➖➖➖➖➖

Link untuk peserta Qurban
👇👇👇👇👇👇👇👇

➖➖➖➖➖➖➖➖
Maklumat Pegawai untuk dibubungi

👇👇👇👇👇👇👇👇

Admin En.Syariman Alias
https://www.wasap.my/601121404989/ibadahkorban

Address

Bertam , Pulau Pinang
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Korban Angkasa Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Program Korban Angkasa Pulau Pinang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram