Pusat Perubatan USM Bertam

Pusat Perubatan USM Bertam Pusat Perubatan USM Bertam menawarkan pelbagai perkhidmatan pelbagai kepakaran perubatan.

KURSUS PERAWATAN RETAK, PATAH DAN TERKEHEL ANJURAN UNIT KECEMASAN PPUSMB PERKUKUH KOMPETENSI STAFBERTAM, PULAU PINANG, 1...
29/09/2025

KURSUS PERAWATAN RETAK, PATAH DAN TERKEHEL ANJURAN UNIT KECEMASAN PPUSMB PERKUKUH KOMPETENSI STAF

BERTAM, PULAU PINANG, 11 September 2025 – Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) melalui Unit Kecemasan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Perawatan Retak, Patah dan Terkehel di Unit Kecemasan yang berlangsung selama sehari di Animal Research Centre (ARC), IPPT.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh dalam aspek teori dan praktikal berkaitan rawatan ortopedik, khususnya bagi pesakit yang disyaki mengalami patah tulang dan memerlukan penilaian segera bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Antara latihan yang diberi termasuklah Closed Manual Reduction (CMR), teknik splinting dan pemasangan Plaster of Paris (POP). Latihan ini disasarkan kepada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan serta warga kerja unit kecemasan bagi membantu pesakit mengekalkan tahap kesihatan muskuloskeletal yang optimum demi meningkatkan kualiti hidup.
Sesi pagi kursus menumpukan kepada pembelajaran teori bertempat di bilik seminar ARC manakala sesi petang memberi peluang kepada peserta mengikuti demonstrasi secara langsung di ruang rekreasi pelajar, Foyer ARC.

Objektif pembelajaran kursus ini merangkumi penguasaan teknik CMR untuk mengelakkan komplikasi berbahaya, penguasaan teknik splinting dan pemasangan POP selepas rawatan pegawai perubatan, seterusnya memastikan Unit Kecemasan PPUSMB dapat terus menyediakan rawatan segera kepada pesakit yang mengalami retak, patah, dan terkehel.

Kursus ini dibimbing oleh barisan pakar berpengalaman iaitu Dr. Mohd Faizal bin Jalil, Penyelaras Unit Kecemasan PPUSMB, IPPT merangkap Pengerusi Program. Turut hadir ialah dua penceramah jemputan dari Hospital Seberang Jaya iaitu Encik Mohamad Nazri bin Abu Hassan dan Encik Khairil bin Rosidee, Penolong Pegawai Perubatan yang memberi demonstrasi secara praktikal dalam prosedur Closed Manual Reduction (CMR) serta teknik pemasangan Plaster of Paris (POP).

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 22 peserta, serta sokongan padu daripada jawatankuasa pelaksana Unit Kecemasan PPUSMB, IPPT.

Ditulis oleh : Nurhazwani binti Awang Arif
Unit : Unit Kecemasan, PPUSMB

LAWATAN PELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN ILKKM BERTAM KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAMBERTAM, 25 September 2025 – Seramai 90 o...
26/09/2025

LAWATAN PELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN ILKKM BERTAM KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM

BERTAM, 25 September 2025 – Seramai 90 orang pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 1 Semester 2 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Bertam bersama dua orang pengajar telah mengadakan lawatan akademik ke Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB).

Program dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan oleh Puan Sharidah Shaari, mewakili Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan. Seterusnya, taklimat bertajuk Perawatan Kanser di PPUSMB telah disampaikan oleh Ketua Jururawat, Puan Suziela Wati Sulaiman, yang memberi gambaran menyeluruh mengenai rawatan komprehensif kanser yang ditawarkan di Pusat Perubatan USM Bertam.

Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke beberapa unit klinikal utama yang terlibat secara langsung dalam perawatan kanser dan perawatan rehabilitasi.

· Unit Rawatan Harian
· Klinik Pakar Perunding
· Klinik Onkologi (Radioterapi dan Brakiterapi)
· Unit Perubatan Nuklear & Wad Radioiodin
· Unit Rehabilitasi

Di setiap lokasi, peserta diberikan penerangan ringkas mengenai fungsi unit, kaedah rawatan kanser yang dijalankan serta peranan staf yang terlibat dan peranan jururawat dalam memberikan penjagaan menyeluruh kepada pesakit.

Lawatan dijalankan dalam dua sesi, iaitu kump**an pertama pada waktu pagi dan kump**an kedua pada waktu petang. Sepanjang program, pelajar menunjukkan minat yang mendalam dan penglibatan aktif, terutamanya ketika sesi soal jawab bersama staf di unit yang terlibat.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai perkhidmatan rawatan kanser di PPUSMB, malah turut memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap peranan penting koordinasi semua unit dan staf khususnya jururawat dalam perawatan dan penjagaan pesakit kanser.

Oleh : Suziela Wati Sulaiman

Unit : Kualiti Kejururawatan,PPUSMB

KOC PERUBATAN PPUSMB MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 PUSAT RUKUN TETANGGA MANJUNG POINT7 September...
11/09/2025

KOC PERUBATAN PPUSMB MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 PUSAT RUKUN TETANGGA MANJUNG POINT

7 September 2025 (Ahad) - Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun, Pusat Rukun Tetangga Manjung Point, Lumut telah menjemput Pasukan Perubatan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) terdiri daripada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk memeriahkan majlis dengan memberikan perkhidmatan pendidikan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

Majlis bermula dengan ucapan perasmian dan perlepasan peserta Fun Run oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dengan kehadiran YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Naib Canselor USM.

Penduduk yang hadir memanfaatkan peluang untuk lebih cakna berkaitan dengan kesihatan sendiri. Lebih daripada 100 orang penduduk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan pengiraan indeks j***m badan (body mass index, BMI). Aktiviti ini bertujuan mengesan awal penyakit tidak berjangkit serta memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Penduduk juga mengambil peluang untuk belajar menjalankan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dengan teknik yang betul. Demonstrasi PSP telah dikendalikan oleh jururawat menggunakan model payudara anatomi di dalam koc perubatan yang dibawakan khas oleh PPUSMB. Peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik yang betul untuk mengesan tanda awal kanser payudara. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal mengenai kanser payudara serta menggalakkan amalan PSP secara berkala sebagai langkah pengesanan awal. Suasana ceria dan interaktif membantu peserta memahami teknik yang betul dengan lebih berkesan. Sambutan yang baik diterima dan diharap dapat memberi kesan positif terhadap kesedaran kesihatan terutamanya wanita dalam kalangan peserta.

Moga impak daripada penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan keprihatinan penduduk terhadap status kesihatan mereka dan meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pengesanan awal penyakit.

Laporan disediakan oleh : Norhaliza Abd Hamid
Laporan disunting oleh: PM Dr Noor Khairiah A. Karim

Siri 10 & 11/2025 Ceramah Pendidikan KesihatanTARIKH :11 SEPTEMBER 2025 (KHAMIS)MASA : 2.30-4.30 petangTAJUK : SEMINAR K...
09/09/2025

Siri 10 & 11/2025 Ceramah Pendidikan Kesihatan

TARIKH :11 SEPTEMBER 2025 (KHAMIS)
MASA : 2.30-4.30 petang
TAJUK : SEMINAR KESIHATAN GLOBAL : TEMA 1 KESIHATAN REMAJA

TOPIK 1 : UNMASKING TEEN MENTAL HEALTH : A MALAYSIAN PSYCHIATRIC UPDATE
PENCERAMAH :
Mr Muhammad Amin b. Ahmad Zaki
Senior Lecturer
Faculty of Health Sciences,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Penang Branch,
Bertam Campus, Penang

TOPIK 2 : FOOD AND MOOD PEMAKANAN PINTAR, MINDA SIHAT
PENCERAMAH :
Dr Nurul ‘Ain bt. Azizan
Assistant Professor
School of Biosciences,
Faculty of Science and Engineering,
University of Nottingham Malaysia, Selangor

MODERATOR :
Dr Rohayu Hami
Medical Letcurer
Community Health Department
Advanced Medical and Dental Institute
Universiti Science Malaysia

PLATFORM :
https://shorturl.at/DKWHM (webex)

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA TABUNG HAJI KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM (PPUSMB) DAN INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU...
08/08/2025

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA TABUNG HAJI KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM (PPUSMB) DAN INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT)

Pulau Pinang, 7 Ogos 2025 – Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Lembaga Tabung Haji yang terdiri daripada wakil Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur dan Lembaga Tabung Haji Negeri Pulau Pinang.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input berkenaan perkhidmatan rawatan perubatan yang ditawarkan di PPUSMB, di samping membincangkan kerjasama strategik dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Lembaga Tabung Haji.

Delegasi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur diketuai oleh Puan Aishah binti Abdul Samad, Ketua Bahagian Operasi Modal Insan, bersama tiga pegawai kanan iaitu Puan Siti Fazlina binti Abdul Hamid (Ketua Cawangan Sistem dan Standardisasi), En. Abdul Rahman bin Yusof (Ketua Seksyen Saraan dan Kemudahan) dan En. Mohd Khairul Muzakir bin En. Mohd Jamel (Eksekutif Kemudahan – Perubatan).

Turut hadir dari Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang ialah En. Fisol Bin Nayan (Pengarah Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang), En. Mohd Safwan Bin Mohd Sidik (Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri) dan En. Muhamad Asyraf Bin Anuer (Ketua Pemasaran Negeri).

PPUSMB p**a diwakili oleh barisan kepimpinan klinikal yang diketuai PM Dr Noor Khairiah binti A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal PPUSMB, bersama ketua-ketua bahagian perkhidmatan PPUSMB merangkumi Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, Pergigian, Sokongan Klinikal dan Kejururawatan serta wakil daripada Seksyen Kewangan dan Usains Healthcare Sdn Bhd.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan delegasi di Lobi PPUSMB, disusuli sesi bergambar. Delegasi kemudiannya dibawa melawat fasiliti utama PPUSMB termasuk Klinik Pakar Perunding, Klinik Onkologi dan Radioterapi, Unit Perubatan Nuklear, Unit Kecemasan, Unit Perubatan Integratif, Klinik Pergigian dan Unit Senaman dan Rehabilitasi.

Sesi perbincangan rasmi antara pihak Lembaga Tabung Haji dan PPUSMB berlangsung di Bilik Seminar CRC (Cancer Research Centre) IPPT pada jam 10.30 pagi. Perbincangan meliputi taklimat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan PPUSMB serta pembentangan daripada Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang berhubung potensi kerjasama.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum delegasi berangkat p**ang pada jam 1.00 petang.

Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama strategik antara PPUSMB dan Lembaga Tabung Haji bagi memastikan warga Lembaga Tabung Haji mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti, dan mesra pelanggan.

Siri 9/2025 Ceramah Pendidikan KesihatanAnjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USMTajuk : “Mengenali Kanser Otot ...
05/08/2025

Siri 9/2025 Ceramah Pendidikan Kesihatan

Anjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USM

Tajuk : “Mengenali Kanser Otot Rangka : Rawatan Awal, Selamatkan Anggota”
Tarikh : 06.08.2025
Masa : 2.30 petang
Webex : https://shorturl.at/jMF0y

Penceramah :
Prof Madya Dr Nor Azman Mat Zin
nmz@usm.my
Pensyarah Perubatan
Jabatan Ortopedik
Pusat Pengajian Sains Perubatan PPSP
Kampus Kesihatan Hospital Pakar USM

Moderator :
Prof Madya Dr Abdul Nawfar Sadagatullah
nawfar@usm.my
Pensyarah Perubatan
Jabatan Ortopedik
Pusat Pengajian Sains Perubatan PPSP
Kampus Kesihatan Hospital Pakar USM

Siri 8/2025 Ceramah Pendidikan KesihatanAnjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USMTajuk : Memahami Dunia Anak ADH...
21/07/2025

Siri 8/2025 Ceramah Pendidikan Kesihatan

Anjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USM

Tajuk : Memahami Dunia Anak ADHD
Tarikh : 23/7/2025 (RABU)
Masa : 2.30-4.30 pm
Webex : https://encr.pw/VrAeU

Penceramah 1 : Dr. Nur Arzuar Bin Abdul Rahim
Pensyarah Perubatan/ Pakar Pediatrik
Jabatan Perubatan Klinikal

Penceramah 2 : Pn. Nurul Hidayah Mohd Sa`at
Pegawai Psikologi Klinikal
Pusat Perubatan USM

PPUSMB ANJURKAN KURSUS FIZIK PERUBATAN PRAKTIKAL DAN TEORITIS (PTPMC) 2025BERTAM, PULAU PINANG, 21&22 Jun 2025 – Pusat P...
30/06/2025

PPUSMB ANJURKAN KURSUS FIZIK PERUBATAN PRAKTIKAL DAN TEORITIS (PTPMC) 2025

BERTAM, PULAU PINANG, 21&22 Jun 2025 – Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) iaitu di bawah Unit Imejan, Onkologi dan Radioterapi, Unit Perubatan Nuklear serta Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan kursus yang dijalankan selama dua hari bertajuk Practical and Theoretical Medical Physics Course (PTPMC): Radiotherapy Linac Calibration bertempat di Unit Onkologi dan Radioterapi PPUSMB. Program ini turut mendapat kerjasama dari Abex Medical System Sdn. Bhd. dan Persatuan Fizik Perubatan Malaysia (MAMP).

Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh dalam aspek teori dan praktikal berkaitan fizik perubatan khususnya dalam kalibrasi LINAC (Linear Accelerator) untuk rawatan radioterapi.Kursus ini menyediakan pendekatan praktikal dan teori bersepadu untuk penentukaran linac radioterapi berasaskan prinsip dos yang diserap kepada piawaian air dengan menggunakan protokol TRS-398.

Hari pertama kursus yang berlangsung di Bilik Seminar Animal Research Centre (ARC), IPPT memberi fokus kepada sesi teori manakala hari kedua kursus yang diadakan di Unit Onkologi dan Radioterapi, PPUSMB melibatkan sesi demonstrasi secara langsung bertempat di bunker LINAC.

Antara objektif pembelajaran kursus ini termasuklah memahami asas teori dos terserap untuk kalibrasi air, menggunakan protokol dosimetri rujukan bagi sinar foton dan elektron LINAC, serta pemilihan dan aplikasi kebuk ionisasi bersama faktor pembetulan kualiti sinar (kQ). Peserta juga didedahkan dengan proses kalibrasi silang kebuk, tafsiran sijil kalibrasi, serta pendekatan mengurangkan ketidakpastian pengukuran dalam amalan klinikal.

Kursus ini dibimbing oleh barisan pakar berpengalaman iaitu Dr. Akbar Azzi dari Universitas Indonesia; Faridah AH Addicoat dari Launceston General Hospital, Tasmania; Mohd Taufik Dollah, Agensi Nuklear Malaysia dan Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin, Ketua Jabatan Pengimejan Bioperubatan IPPT selaku Pengerusi program.

Melalui program ini, dapat dilihat sebagai salah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan kepakaran ahli fizik perubatan serta memastikan rawatan radioterapi diberikan dengan ketepatan dan keselamatan maksimum kepada pesakit.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seramai 20 peserta dan disokong ahli jawatankuasa program daripada Unit Onkologi dan Radioterapi PPUSMB dan Jabatan Pengimejan Bioperubatan IPPT.

Teks disediakan oleh: Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Profesor Madya Dr. Noor Diyana Osman & Profesor Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Siri 7/2025 Ceramah Pendidikan KesihatanAnjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USMTajuk: Investigation of Motilit...
23/06/2025

Siri 7/2025 Ceramah Pendidikan Kesihatan

Anjuran Unit Pendidikan Kesihatan PPUSMB IPPT USM

Tajuk: Investigation of Motility Disorders using Nuclear Medicine Imaging
Tarikh: 25/6/2025
Masa: 2.30-4.30pm
Webex: https://l1nq.com/a3b6x

Penceramah: Dr Khadijah Abdul Hamid, Pensyarah Perubatan / Pakar Perubatan Nuklear
Jabatan Pengimejan Bioperubatan
PPUSMB IPPT USM

Moderator: Dr. Hazlin Hashim, Pensyarah Perubatan / Pakar Perubatan Nuklear
Jabatan Pengimejan Bioperubatan PPUSMB IPPT USM

PPUSMB, USM Perkasa Komuniti Melalui Perkhidmatan Kesihatan dan Kesedaran Bantuan Asas Hayat di Program MADANI Rakyat, 2...
14/06/2025

PPUSMB, USM Perkasa Komuniti Melalui Perkhidmatan Kesihatan dan Kesedaran Bantuan Asas Hayat di Program MADANI Rakyat, 2025 Perak

PERAK, 13 JUN 2025 — Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB), Universiti Sains Malaysia telah menunjukkan komitmen padu dalam memperkasa komuniti melalui penyertaan aktif dalam Program MADANI Rakyat yang berlangsung di Lumut Waterfront, Lumut, Perak.

Sebagai institusi perubatan yang berteraskan pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat, PPUSMB telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada pengunjung, sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam memperluas akses kepada penjagaan kesihatan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

🔹 Saringan Kesihatan – Pemeriksaan asas seperti tekanan darah, paras glukosa, indeks j***m badan (BMI), dan lain-lain bagi mengesan awal risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

🔹 Pendidikan Kesihatan – Penyampaian maklumat interaktif dan mesra komuniti mengenai penjagaan kesihatan harian, pemakanan seimbang, serta kepentingan pemeriksaan berkala.

🔹 Pameran Brakiterapi – Penerangan mengenai salah satu kaedah rawatan kanser iaitu brakiterapi, yang disampaikan oleh jururawat dari PPUSMB bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap rawatan moden dan keberkesanannya.

🔹 Demotrasi Bantuan Asas Hayat – Sesi interaktif yang mengajar orang awam teknik Resusitasi kardio pulmonari (CPR) dan bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan, sebagai langkah meningkatkan keupayaan komuniti bertindak dalam situasi kritikal.

Menurut Pn Law Kim Sooi dari PPUSMB, penyertaan dalam program ini bukan sahaja memperkukuhkan peranan universiti dalam khidmat sosial, tetapi juga memberi peluang kepada para pelajar dan tenaga kerja perubatan untuk berinteraksi terus dengan masyarakat secara holistik.

Program MADANI Rakyat yang dianjurkan kerajaan merupakan platform strategik untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara berpusat, dengan matlamat mendekatkan rakyat kepada pelbagai inisiatif pembangunan negara yang bersifat inklusif, mampan dan berteraskan nilai.

PPUSMB berterima kasih atas sambutan positif daripada warga Perak dan akan terus komited dalam menyokong agenda Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Pasukan Kejururawatan dari PPUSMB sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesihatan masyarakat setempat.

Penulis: Ermarina Kamaruddin
Editor: Divanee A/P Chandrasegr
Disemak oleh: Pn Law Kim Sooi

SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA PERINGKAT PPUSMB DISAMBUT MERIAHBERTAM, 16 Mei 2025 - Bagi menghargai jasa dan bakti jur...
16/05/2025

SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA PERINGKAT PPUSMB DISAMBUT MERIAH

BERTAM, 16 Mei 2025 - Bagi menghargai jasa dan bakti jururawat, Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) mengadakan Sambutan Hari Jururawat Sedunia bersama warga staf PPUSMB, Pusat Sejahtera dan Transkrian pada hari ini.

Sambutan Hari Jururawat ini diadakan di Lobi PPUSMB bermula pada jam 08.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Sharidah Shaari selaku Ketua Program Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat PPUSMB. Seterusnya, bacaan ikrar jururawat dan tayangan multimedia bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat ini. Kemuncak kepada sambutan ini adalah ucapan daripada Pengarah IPPT/PPUSMB, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin dan seterusnya pelancaran Dashboard Nursing Information System (NIS) serta pelancaran buku Polisi dan Prosedur Operasi Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan Edisi 2025.

Dalam ucapannya, beliau memberikan penekanan kepada para jururawat untuk terus berusaha dan meningkatkan perkhidmatan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pesakit di PPUSMB.

“Kita perlu memahami bahawa jururawat bukan hanya penjaga kesihatan fizikal, mereka adalah barisan utama yang menyambut pesakit, menjadi tempat pesakit meluahkan rasa dan yang berjuang bersama pesakit dalam detik-detik yang mencabar. Mereka adalah tulang belakang sistem kesihatan negara khasnya”, katanya.

Tema sambutan Hari Jururawat Sedunia pada tahun ini adalah ‘Our Nurses: Our Future. Caring For Nurses Strengthens Economies’ di mana sambutan ini secara rasminya akan disambut serentak di seluruh dunia pada 12 Mei pada setiap tahun.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian Anugerah Jururawat Cemerlang, penyampaian Sijil Penghargaan Pengarah (Akademik, Komuniti, Sukan, dan Penyelidikan) serta penyampaian QR code dan kek kepada setiap wad/unit/klinik di PPUSMB.

Hari Jururawat Sedunia seperti ini dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat di seluruh dunia yang telah menabur jasa dengan memberikan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit di samping memperingati Florence Nightingale selaku tokoh pengasas kejururawatan moden sempena hari kelahiran beliau pada 12 Mei.

Melalui majlis ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain terutamanya antara jururawat yang berbilang kaum dan agama, barisan kepimpinan universiti serta warga staf di PPUSMB.

Para tetamu juga turut disajikan dengan reruai jualan (booth jualan) yang menyajikan pelbagai jenis jualan makanan dan minuman seperti reruai aiskrim, bouquet, pastry, kopi gantung, rojak buah dan laksa, camera 360, dan aksesoris.

Hadir sama memeriahkan sambutan adalah Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Ahmad Zaimi; Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian, Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim; Timbalan Pengarah Pembangunan Projek Khas, Prof. Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor; Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, Prof. Madya Dr. Muhamad Yusri Musa; Ketua Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan jururawat, Puan Law Kim Sooi; Kakitangan Perubatan dan Pengurusan PPUSMB.

Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Pn Sharidah Shaari
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
16 Mei 2025

Jom Beramai-ramai Sertai Pertandingan Video TikTok Kreatif  Selamat pagi dan salam sejahtera,Bersempena dengan Hari Kesi...
17/04/2025

Jom Beramai-ramai Sertai Pertandingan Video TikTok Kreatif

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Bersempena dengan Hari Kesihatan Oral Sedunia ( ) anjuran Perkhidmatan Pergigian, PPUSMB yang telah dilancarkan pada 21/3/25 oleh Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Yang Berbahagia Prof Madya Dr Bakiah Shaharuddin, Unit Ortodontik & Deformiti Kraniofasial, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk menyertai Pertandingan Video TikTok Kreatif .

Tempoh pertandingan dilanjutkan!

📢 SILA LAYARI PAUTAN VIDEO DI BAWAH UNTUK MAKLUMAN LANJUT MENGENAI KATEGORI PEMENANG, HADIAH WANG TUNAI SERTA SYARAT PENYERTAAN.

https://www.canva.com/design/DAGiJ_pTZ60/hy3LVdtBgJCV9FPb0-edBA/watch?utm_content=DAGiJ_pTZ60&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=uniquelinks&utlId=he272009f55

Tunjukkan kreativiti anda dengan berkongsi pengalaman, pengetahuan anda tentang rawatan pendakap gigi (braces), tips penjagaan gigi, atau kisah menarik sepanjang perjalanan ortodontik anda! Gunakan hashtag & untuk penyertaan anda. Penyertaan terbuka kepada semua warga USM dan warga luar USM sama ada yang memakai pendakap gigi mahupun tidak.

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai sekarang dan muatnaik seberapa banyak video yang anda sukai di Tiktok untuk meningkatkan peluang anda memenangi hadiah wang tunai. Jadikan braces dan kesihatan oral sebagai inspirasi kreatif anda!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

“Team Orthodontics”
Unit Ortodontik & Deformiti Kraniofasial
Perkhidmatan Pergigian
PPUSMB
Telefon: 04-562 2288

Address

PPUSMB, Universiti Sains
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perubatan USM Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Perubatan USM Bertam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram