Fittaqwa Health Centre

Fittaqwa Health Centre I AM COACH LINDA A WELLNESS COACH HELPING PEOPLE TO LOSE WEIGHT, GAIN AND MAINTAIN WEIGHT

The best nutrition for my body❤️Done iftar 5.8.2025Alhamdulillah
05/08/2025

The best nutrition for my body❤️
Done iftar 5.8.2025
Alhamdulillah

18/06/2025

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI
Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"
Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):
1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat
2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat
3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat
5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.
Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.
Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.
Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.
Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat p**ak mati.
Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS

16/06/2025

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir f***j amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan s**a makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat s**ar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

27/05/2025

SEBAB UTAMA JADI GEMUK

1. Makan berlebihan kalori dari keperluan harian

2. Kurang aktiviti fizikal

3. Kerap makan makanan segera dan bergoreng

4. Tinggi pengambilan gula & minuman manis

5. Pengambilan makanan waktu malam

6. Makan ketika emosi tidak stabil (emosi makan)

7. Faktor genetik dan keturunan

8. Hormon tidak seimbang (contoh: tiroid rendah)

9. Tidur tidak cukup

10. Pengambilan ubat tertentu (contoh: steroid)

---

RISIKO & KESAN KESIHATAN OBESITI

11. Tekanan darah tinggi

12. Kencing manis (Diabetes Type 2)

13. Kolesterol tinggi

14. Serangan jantung

15. Strok (angin ahmar)

16. Sakit sendi lutut dan pinggang

17. Masalah tidur (Sleep Apnea)

18. Hati berlemak (Fatty liver)

19. Batu karang hempedu

20. Kanser (contoh: payudara, usus, rahim)

---

KESAN PSIKOLOGI & SOSIAL

21. Hilang keyakinan diri

22. Diejek atau dibuli

23. Sukar mencari pasangan

24. Stres dan kemurungan

25. Mudah marah atau murung

26. Isolasi sosial (kurang bersosial)

27. Rasa rendah diri

28. Gangguan imej badan

29. Sukar bersenam akibat berat

30. Ketagihan makanan manis

---

RISIKO GAYA HIDUP

31. Cepat penat walau buat kerja ringan

32. Sukar bergerak aktif atau bers**an

33. Pakaian susah cari saiz

34. Perbelanjaan tinggi untuk ubat dan rawatan

35. Sukar mengandung (untuk wanita)

36. Kualiti tidur merosot

37. Kurang produktiviti di tempat kerja

38. Cepat letih memandu / berjalan

39. Sering mengeluh sakit badan

40. Berpeluh berlebihan

---

CARA MENGATASI OBESITI

41. Kawal saiz hidangan makanan

42. Kurangkan gula & minuman manis

43. Amalkan senaman ringan setiap hari (30 minit)

44. Elak makan lewat malam

45. Pilih makanan tinggi serat & rendah kalori

46. Minum air kosong secukupnya

47. Tidur sekurang-kurangnya 7–8 jam

48. Kira kalori makanan harian (guna aplikasi)

49. Makan ikut waktu tetap, jangan melangkau sarapan

50. Dapatkan sokongan pakar (doktor/dietitian)

24/05/2025
22/05/2025

Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.

Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah p**a buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Kredit Muhammad Abdul Wahab

10/05/2025

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun tidak mengapa. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, in sha ALLAH hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga..

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.

Kredit: Tuan Ameer Hamzah

29/04/2025

RESIPI AIR KURMA CINA

Bahan-bahan:

Kurma merah
Kurma hitam
Goji berries
Longan kering
Rose buds
Gula batu (jika s**a manis)

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh semua bahan dan toskan.

2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air.

3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air.

Antara Manfaat Air Rebusan Kurma Cina

Air ini bukan sahaja untuk buangkan angin dalam badan dan memberi tenaga, ia juga boleh tambah susu badan. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ini. Berikut adalah antara kelebihan yang lain:

Sangat bagus untuk tingkatkan daya memori otak
Mencegah isu kardiovaskular
Membunuh sel kanser
Mampu melancarkan pergerakan di dalam usus kecil dan besar
Mengawal paras glukosa
Mampu menyelesaikan masalah insomnia
Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Syazwani

28/04/2025

Apabila badan manusia lapar, ia akan memakan dirinya sendiri, menghapuskan semua sel yang sakit dan menua.

Apabila perut anda berbunyi, tubuh badan anda bukan sekadar mengidam makanan—ia mengaktifkan salah satu proses penyembuhan paling kuat yang diketahui oleh sains. Ia dipanggil autofagi, yang secara harfiah bermaksud “memakan diri sendiri.” Tetapi jangan risau, ini bukan perkara buruk. Malah, ia adalah mekanisme detoks selular semula jadi di mana badan anda memecah dan mengitar semula komponen yang rosak atau menua dalam sel-sel anda. Anggaplah ia seperti “pembersihan musim bunga” untuk bahagian dalam tubuh anda. Apabila anda berpuasa selama beberapa jam—terutamanya selepas 14–16 jam—paras insulin dalam badan menurun. Ini mencetuskan sel-sel anda untuk beralih daripada mencerna makanan kepada membersihkan kekacauan dalaman mereka. Mereka mula memecah mitokondria yang tidak berfungsi, protein yang terlipat dengan salah, dan toksin, menjadikannya bahan yang boleh digunakan atau membersihkannya sepenuhnya. Hasilnya? Anda mendapat sel-sel yang lebih segar, lebih cekap, dan berpotensi mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan diabetes jenis 2.

Ini bukanlah idea kesihatan yang tidak terkenal—ia disokong oleh penyelidikan yang serius. Dr. Yoshinori Ohsumi bahkan memenangi Hadiah Nobel pada tahun 2016 untuk penemuan bagaimana autofagi berfungsi. Kajian menunjukkan bahawa tikus yang melalui kitaran berpuasa hidup lebih lama, menua dengan lebih perlahan, dan mempunyai tanda-tanda penyakit yang lebih sedikit. Beberapa kajian manusia juga mencadangkan bahawa amalan seperti berpuasa berselang-seli—tidak makan selama 16 jam dan makan semua makanan dalam jendela 8 jam—boleh memperbaiki kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan prestasi kognitif. Bahkan puasa 24 jam, yang dilakukan secara berkala, boleh meningkatkan pembersihan selular secara signifikan. Apa yang lebih menakjubkan ialah badan anda menggunakan semula produk hasil pecahan daripada autofagi. Asid amino, asid lemak, dan gula yang dipecah dikitar semula untuk membina sel-sel baru atau memberi tenaga kepada tubuh anda—bermaksud tiada yang dibazirkan.

Lapar, dalam kes ini, bukanlah masalah—ia adalah penyelesaian. Dalam dunia di mana makanan sentiasa ada, tubuh kita jarang berpeluang untuk mengaktifkan proses-proses purba ini. Nenek moyang kita secara semula jadi berpuasa apabila makanan s**ar didapati, dan badan mereka beradaptasi untuk berkembang maju pada masa-masa tersebut. Berpuasa bukan tentang kelaparan—ia adalah tentang memberi tubuh anda rehat daripada pencernaan yang berterusan supaya ia boleh memberi tumpuan kepada pembaikan. Sudah tentu, ini bukan untuk semua orang. Wanita hamil, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, atau mereka yang mengambil ubat tertentu harus berunding dengan doktor terlebih dahulu. Tetapi bagi kebanyakan orang dewasa yang sihat, jendela berpuasa yang pendek boleh menjadi cara yang selamat dan sangat berkesan untuk menyokong kesihatan jangka panjang. Ia seperti menekan butang tetapan semula pada tahap selular.

Jadi, lain kali anda merasa sedikit lapar, jangan tergesa-gesa untuk mengambil snek. Biarkan badan anda melakukan apa yang ia direka untuk lakukan—membersihkan, membaiki, dan meremajakan dari dalam ke luar. Lapar, dalam dos yang betul, mungkin merupakan ubat semula jadi yang paling kita lupakan.

Rujukan:

Ohsumi, Y. (2014). Historical landmarks of autophagy research. Cell Research, 24(1), 9–23.
Mattson, M. P., Longo, V. D., & Harvie, M. (2017). Impact of intermittent fasting on health and disease processes. Ageing Research Reviews, 39, 46–58.
Panda, S. (2016). Circadian physiology of metabolism. Science, 354(6315), 1008–1015.
Levine, B., & Kroemer, G. (2019). Biological functions of autophagy genes: a disease perspective. Cell, 176(1-2), 11–42.
Menzies, F. M., Fleming, A., & Rubinsztein, D. C. (2015). Compromised autophagy and neurodegenerative diseases. Nature Reviews Neuroscience, 16(6), 345–357.
Longo, V. D., & Panda, S. (2016). Fasting, circadian rhythms, and time-restricted feeding in healthy lifespan. Cell Metabolism, 23(6), 1048–1059.
Yang, L., Li, P., Fu, S., Calay, E. S., & Hotamisligil, G. S. (2010). Defective hepatic autophagy in obesity promotes ER stress and causes insulin resistance. Cell Metabolism, 11(6), 467–478.
Madeo, F., Zimmermann, A., Maiuri, M. C., & Kroemer, G. (2015). Essential role for autophagy in life span extension. Journal of Clinical Investigation, 125(1), 85–93.

Address

Tingkat 1 Pusat Perniagaan Pokok Sena
Kepala Batas
13200

Telephone

+60124006588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fittaqwa Health Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram