Tuahvet

Tuahvet Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tuahvet, NO 25 Jalan DAGANGAN 10, Kepala Batas.

202001020074(1376394-V)🐈 Your cat is healthy & happy in our care ⭐️ 4.9 rating , treated >80k cats, 🏆
Human Resources Minister Award- SME Employer (HRD Award 2025)

01/05/2026

POV: Si bulus tak s**a dirakam!

Kadang kita nak rakam untuk kenangan tapi ada si bulus yang tak s**a dirakam, betul tak? 😹

Cuba komen perangai si bulus anda di bawah 👇🏼

30/04/2026

Tuahvet Ronda ke mana lagi?!

Hint: Cepat tengok poster kami sebelum ini 🤫

Tuahvet Ronda! 🐾🎉 VET SPORT 2026🗓 8 & 9 Mei 2026📍 Universiti Malaysia KelantanPelajar UMK, tunggu kami tau 🤫 ✨
30/04/2026

Tuahvet Ronda! 🐾

🎉 VET SPORT 2026
🗓 8 & 9 Mei 2026
📍 Universiti Malaysia Kelantan

Pelajar UMK, tunggu kami tau 🤫 ✨

30/04/2026

"Doktor, saya baru jumpa stray cat. Kesian saya tengok dia macam sporo. Boleh sembuh tak doktor?"

Oren dibawa ke Tuahvet Kulim dalam keadaan yang sangat teruk, dengan luka ulser pada bahagian muka, telinga, kaki dan ekor. Oren juga mengalami bersin berterusan disertai lelehan hidung serta mata berwarna kehijauan 🐾

Pemeriksaan lanjut melalui mikroskopik mengesahkan kehadiran yis Sporothrix. Ujian darah p**a menunjukkan bahawa badan Oren sedang melawan jangkitan yang serius, dengan tanda keradangan yang tinggi serta anemia.

Keadaan ini bukan sesuatu yang ringan. Rawatan sporotrichosis memerlukan tempoh yang panjang, rawatan yang konsisten serta komitmen yang tinggi daripada penjaga. Dalam situasi ini, pemilik membuat keputusan untuk meneruskan rawatan penuh di Tuahvet Kulim demi memberikan peluang kepada Oren untuk sembuh ❤️

Kes seperti ini sering menguji emosi dan kesabaran. Perkembangan mungkin tidak sentiasa konsisten, namun usaha yang berterusan amat penting.

Bagi cat parents yang berdepan dengan situasi yang sama, kekuatan emosi dan kesabaran sangat diperlukan. Jangan berputus asa kerana dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang rapi, masih ada harapan untuk kucing kembali sihat 🤍

Ini 3 sebab sebenar kenapa anda perlu mendaftar VIP Tuahvet!Nak jaga kucing dengan lebih bijak sambil jimat? Ini peluang...
30/04/2026

Ini 3 sebab sebenar kenapa anda perlu mendaftar VIP Tuahvet!

Nak jaga kucing dengan lebih bijak sambil jimat? Ini peluang anda 👇
✨ Dapat Welcome Points terus, 20 mata sebagai permulaan
✨ Setiap RM1 yang anda belanja = 1 point
✨ Nikmati pelbagai reward menarik seperti Birthday Reward & Wednesday Special 🎁

Dengan hanya RM10 yuran pendaftaran tahunan, anda dah boleh unlock semua benefit eksklusif ini 💛

Lebih jimat, lebih banyak reward. Semua untuk kesihatan si bulus kesayangan anda 🐾

Daftar sekarang & mula kumpul point setiap kali datang ke Tuahvet! 🚀

30/04/2026

“Doktor, kucing saya dah makin berumur. Saya risau ada benda saya terlepas. Apa tips paling penting untuk jaga dia supaya kekal sihat dan selesa?”

Doktor senyum, sambil perhatikan si bulus yang dah mula banyak diam di dalam carrier.
“Bila kucing dah masuk fasa senior, biasanya umur 7 tahun ke atas… badan dia sebenarnya dah mula berubah walaupun luar nampak okay.”

Pemilik si bulus juga mula fokus.

“Organ dalaman macam buah pinggang dan hati dah tak sekuat dulu. Metabolisme pun jadi perlahan, sebab tu ada kucing makin kurus… atau ada juga yang makin gemuk walaupun makan sama je.”

Doktor sambung lagi,
“Sendi pun boleh jadi makin lemah itu yang kita nampak dia kurang melompat, kurang aktif. Kadang bukan malas… tapi dah tak selesa.”

Pemilik tu pandang kucing dia, seolah-olah baru faham sesuatu.

“Lagi satu, perubahan kecil macam selera makan turun, minum lebih banyak, atau tidur lebih lama semua ni boleh jadi tanda awal penyakit kronik kalau tak dipantau.”

Doktor tarik nafas sekejap sebelum sambung,
“Sebab tu penting untuk buat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun, bagi kita detect awal apa-apa masalah sebelum jadi serius.”

Suasana jadi sedikit senyap.

Kemudian doktor senyum semula,
“Jangan risau Puan, di Tuahvet kami ada Pakej Kucin Tua yang direka khas untuk cat parents yang risau dengan kesihatan kucing senior di usia emas mereka. Dalam pakej ni, kita fokus pada pemeriksaan menyeluruh termasuk darah, fungsi organ, dan penilaian kesihatan keseluruhan supaya kita tak terlepas benda-benda penting.”

Pemilik tu angguk perlahan, kali ini dengan rasa lebih yakin.

Rupanya, jaga kucing senior bukan sekadar bagi makan dan tempat tidur… tapi faham perubahan dia, dan bertindak sebelum terlambat 🐾

28/04/2026

Cat parents, tolong jawabkan soalan si bulus ni cepat 🤫

Berita baik untuk cat parents, tempahan boarding raya Aidiladha kini dibuka! 🙀

Tempat terhad! Pastikan mereka mendapat penjagaan terbaik sementara anda menikmati Raya bersama keluarga 🚗

🐾 Boarding Cuti Raya Haji di Tuahvet Kini Dibuka! 🐾Buat persediaan awal untuk p**ang beraya sempena Aidiladha nanti! Jan...
28/04/2026

🐾 Boarding Cuti Raya Haji di Tuahvet Kini Dibuka! 🐾

Buat persediaan awal untuk p**ang beraya sempena Aidiladha nanti! Jangan lupa, si bulus juga perlukan tempat yang selesa semasa anda p**ang ke kampung 🏡

Boarding di Tuahvet dilengkapi dengan ruang berhawa dingin, makanan & minuman terjaga, serta persekitaran bersih dan selamat untuk keselesaan si bulus anda 😻✨

Tempat adalah terhad! Pastikan mereka mendapat penjagaan terbaik sementara anda menikmati Raya Haji bersama keluarga tercinta 🚗

Tempahan dibuka bermula hari ini selagi masih ada kekosongan di semua cawangan Tuahvet!

Hubungi team kami dan klik linktr.ee/tuahvet sekarang untuk tempahan 📩

28/04/2026

⚠️ PERHATIAN! Paracetamol BERBAHAYA untuk Kucing! ⚠️

Paracetamol boleh menjadi racun bagi si bulus anda. Dos yang sedikit mampu menyebabkan kerosakan hati serta komplikasi kesihatan yang serius. Jangan beri ubat kepada anak bulus anda tanpa nasihat dari doktor veterinar! 🚫🐾

Jom dengar penjelasan lanjut dari Dr. Syazani tentang isu ini!

28/04/2026

Kucing anda tiba-tiba diam dan tak ceria macam biasa? 🚨 Jangan anggap itu perkara biasa kerana ini mungkin tanda dia sedang demam.

Kucing memang pandai “sorok” sakit, jadi bila anda mula nampak perubahan, biasanya badan dia dah mula struggle ⚠️ Perhatikan kalau dia jadi kurang aktif, tak lalu makan, hidung terasa panas atau kering, atau nafas nampak lebih laju dan kadang menggigil.

Nampak macam perkara biasa, tapi sebenarnya badan dia tengah lawan jangkitan 😿 Lagi cepat anda perasan, lagi cepat dia boleh dapat rawatan yang sepatutnya.

Kalau ada walaupun satu tanda jangan tunggu lagi. Bawa terus ke klinik untuk pemeriksaan 🐾

Tahukah anda? Apabila usia si bulus mencecah 7 tahun, mereka sebenarnya sudah dikira sebagai senior cat! 😺Pada tahap ini...
26/04/2026

Tahukah anda? Apabila usia si bulus mencecah 7 tahun, mereka sebenarnya sudah dikira sebagai senior cat! 😺

Pada tahap ini, perubahan kesihatan sering berlaku perlahan-lahan iaitu kurang aktif, berat badan menurun, atau mula cerewet makan. Semua ini tanda tubuhnya perlukan perhatian lebih.

Dengan Pakej Kucin Twa, Tuahvet sediakan check-up lengkap dan khas untuk si bulus berumur. Termasuk ujian darah, konsultasi, pemakanan, dan pemeriksaan fizikal penuh oleh doktor veterinar kami.

Address

NO 25 Jalan DAGANGAN 10
Kepala Batas

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Friday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00

Telephone

+6045766616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuahvet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tuahvet:

Share