D'lynn Terapi Sunnah

D'lynn Terapi Sunnah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D'lynn Terapi Sunnah, No 35 Tingkat 1, Jalan Usahawan 4, Pusat Perniagaan Dato' Kailan, Kepala Batas.

Pagi ni ada seseorang mengadu tentang merasa ada kelainan pada percakapan dan cara beliau menelan makanan. Sis secara pe...
18/10/2023

Pagi ni ada seseorang mengadu tentang merasa ada kelainan pada percakapan dan cara beliau menelan makanan.

Sis secara peribadi memang risau bila tubuh sudah bagi tanda seperti yang beliau ceritakan. Kerana ciri-ciri ini sangat terkait dengan kelemahan di Jantung.

Berdasarkan pengalaman, individu yang hadapi tanda seperti ini berpotensi untuk serangan stroke sebelah kiri dan akan ada kes**aran ketika menelan dan bercakap. Jika tidak dirawat atau mengubah apa yang boleh di ubah hanya masa yang menentukan keadaan tubuh kemudian hari.

Ayat di atas semacam mengancam atau menumbuhkan bibit kerisauan namun itulah hakikat. Tubuh tidak saja-saja berubah seperti itu atau ini melainkan sedang berusaha memberi petunjuk kepada kita untuk berubah kearah yang lebih sihat dan seimbang.

Seimbangkan urusan seharian. Seimbangkan urusan makanan. Seimbangkan urusan emosi.

Jika sangat sibuk, cubalah perlahankan aktiviti. Jika makan makanan banyak lemak atau berlebihan makan, cubalah cari makanan tepat dan seimbang untuk diri. Jika merasa kelelahan dan emosi mula terumbang ambing, fikirkanlah cara untuk menggembirakan semula diri.

Rawatan perlu buat untuk menyeimbangkan semula aliran darah ke jantung, stabilkan semula Qi dalam tubuh. Namun selebihnya, usaha dari tuan tubuh untuk menganalisis masalah diri dan cari jalan terbaik untuk kawal sebelum terlambat.

Semoga dapat manfaat.

AssalamualaikumWarga KL, Selangor, Putrajaya dan sekitarnya. InsyaAllah saya akan turun ke area sana 2 hari untuk rawata...
31/07/2023

Assalamualaikum

Warga KL, Selangor, Putrajaya dan sekitarnya. InsyaAllah saya akan turun ke area sana 2 hari untuk rawatan. Jika ada yang berminat untuk mencuba mana-mana rawatan kami boleh pm @ whatsapp saya untuk temujanji. Terima kasih. 🤗

Www.wasap.my/601120557178

Kami buat promosi untuk 1 minggu bermula 13.10.2022 sehingga 20.10.22.Jika tarikh ni tak available untuk anda tapi anda ...
13/10/2022

Kami buat promosi untuk 1 minggu bermula 13.10.2022 sehingga 20.10.22.

Jika tarikh ni tak available untuk anda tapi anda berminat, boleh lock&book tarikh lain dengan deposit per person.

Dengan ini anda masih boleh menikmati rawatan dengan harga promosi.

Untuk temujanji whatsapp 01120557178.

Terima kasih

Assalamualaikum sahabat dlynn. Kami ingin memaklumkan bahawa kami kini meneruskan rawatan secara mobile (rumah ke rumah)...
07/02/2022

Assalamualaikum sahabat dlynn.

Kami ingin memaklumkan bahawa kami kini meneruskan rawatan secara mobile (rumah ke rumah) dan telah menutup pusat terapi bermula September 2021.

Pandemik Covid 19 benar-benar mencabar dan setelah melalui suatu tempoh s**ar, kami berkeputusan untuk melepaskan pusat terapi yang kami bangunkan lebih dari 9 tahun ini.

Namun ingin kami highlight kan sekali lagi bahawa perkhidmatan seperti urutan, acupuncture, bekam, reflexology dan lain-lain masih dijalankan seperti biasa cuma secara mobile.

Anda yang berminat mendapatkan khidmat rawatan kami boleh terus menghubungi untuk tempahan temujanji.

Www.wasap.my/601120557178
Www.wasap.my/60182246369

Harap maaf atas kesulitan yang terjadi.

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Promosi Bekam Syawal datang lagi🥰Cepat rebut promosi ini, datang berdua bayar dengan satu harga menarik.Set temujanji an...
18/05/2021

Promosi Bekam Syawal datang lagi🥰

Cepat rebut promosi ini, datang berdua bayar dengan satu harga menarik.

Set temujanji anda di

www.wasap.my/601120557178

15/12/2020

1-7hb January 2021 tim D'lynn terapi sunnah akan berada di KL & Selangor. Jika berminat bolehlah menempah awal slot rawatan dari sekarang ya😊🤗

Dah terbiasa mata ni s**a sangat memerhati tiap-tiap inci pesakit sis. Selesai rawatan, terkeluar soalan. "kak s**ar tid...
02/12/2020

Dah terbiasa mata ni s**a sangat memerhati tiap-tiap inci pesakit sis. Selesai rawatan, terkeluar soalan. "kak s**ar tidur malam ka?"

Beliau tak jawab segera. Senyum simpul baru dibalas.

"ya.. Sejak akhir-akhir ni semenjak pkp jadi susah tidur sampai pukul 3 atau 4 pagi baru terlena."

"susah nak membuang ka?" soal lagi.
"eh... Betul. Susah sangat sampai kena makan ubat baru membuang. Macammana tau ni?" ketawa kecil kami berdua, malu dia bila rahsia diri terbongkar.

Lalu sis pun terangkanlah base on pemerhatian sis pada wajah beliau.

Kemudian bila nak balik, sis pandang sekilas rumahnya yang tersusun rapi. Baik di ruang tamu dan dapur pinggan tersusun ikut saiz.

"kak kalau tak selesai kerja mesti tak boleh berhentikan?" beliau kerut dahi nak lebih kepastian.

"maksud saya, selagi tak habis kerja tak senang duduk, kena jugak selesaikan semua baru lega." baru dia ketawa besar dan angguk.

"macammana tau ni?" beliau menyoal sekali lagi.

"tak boleh tidur malam (insomia), tak boleh melawas, was-was dan overthinking gejala itu ada pada pesakit OCD."

"kak memang OCD, sebab itu bila balkis cerita pasal sakit OCD tu, kak fikir dalam hati, eh... Ini macam aku saja. Tapi kak segan nak bagitau, rupanya boleh detect ya." akui beliau sambil ketawa.

Masuk yang ini, dalam minggu ini tiga orang dah yang sis jumpa bercerita soal OCD. Ratio kalau minggu tu rawat stroke boleh kata lepas satu satu pesakit stroke datang. Bila minggu tu dapat kes buah pinggang satu satu berturut kes hampir sama datang. Kebetulannya seperti itu.

Memang susun atur Allah planning macam tu ka atau macammana wallahuA'lam. Apa pun, setiap kali pesakit datang, kami faham dia datang bawa ilmu. Kerap mereka datang, keraplah sis dapat ilmu. Jadi sis alu-alukan yang mana sis boleh bantu.

Pengalaman merawat pesakit ANXIETY DISORDER. Beberapa hari lepas, dapat pesakit baru anxiety. Dah pernah ada cubaan bunu...
26/10/2020

Pengalaman merawat pesakit ANXIETY DISORDER.

Beberapa hari lepas, dapat pesakit baru anxiety. Dah pernah ada cubaan bunuh diri dan b*k lagi perkara negatif lain. Semoga Allah melindungi dia dan beri kesabaran pada ahli keluarga untuk sokong dan tidak tinggalkan dia.

Sambil buat rawatan, sambil dengar luahan hati dia. Banyak yang diceritakan buat kita insaf dan bersyukur. Betapa tamparan hebat dari sejarah silamnya telah merosakkan ketenangan jiwa dan kejernihan rasa dalam hati dia.

Datang dengan tubuh yang menunduk dan tangan yang di genggam dan kuis kuis jari, nampak tidak ada keyakinan dan saat pulang dia mampu senyum dan rasa mahu berubah.

Kami lakukan rawatan perbidanan dan acupuncture untuk rawat tubuh, emosi dan hormonnya.

Sempat berpesan padanya. "insyaAllah kak akan usaha bantu untuk pulihkan semula badan dengan merawat organ dalam adik supaya kuat dan bertenaga semula. Ini part akak, tapi adik pun kena main peranan. Ingat pesan akak untuk jaga makan, fikir yang positif dan memaafkan diri sendiri dan orang lain. "

" kak, macammana saya nak maafkan orang lain. "
"... InsyaAllah bina perlahan-lahan hubungan. Jangan paksa diri. Jangan fikir lagi macammana nak maafkan oranh, yang utama belajar maafkan diri sendiri dan sayangkan diri kita dulu. Kejadian mahu bunuh diri itu, sebenarnya kita siksa hidup kita. Adik... Kita berhak untuk bahagia. Cipta bahagia kita dengan memaafkan diri. Perlahan-lahan lepaskan perasaan marah jauh-jauh dan belajar melihat dunia dengan cara yang lebih indah. "

" baik kak. Tapi macammana.. "
" insyaAllah... Bila sihat tubuh adik, adik tau apa yang adik perlu uruskan nanti. " dia angguk.

" saya selesa dengan kak sebab kak mendengar tak membangkang saya. "

" ya... Allah pertemukan kita ada sebab. Kalau adik tak rasa orsng sayang kita, itu tak mengapa. Tapi ini... Kasih sayang Allah yang maha mendengar doa-doa adik. Akhirnya, selepas beberapa tahun Allah izinkan kita jumpa. Ini tanda kasih Allah pada adik. Tengoklah, Allah ada saja dengan kita, dia yang aturkan pertemuan ini. Jadi adik kena yakin dan lawan sakit tu ya. "

Dia angguk dan senyum. Nampak ada sisi bahagia bila kita memahami dia. Orang ini perlukan sokongan moral. Dia budak bijak yang sudah tahu berfikir. Kita cuma perlu buka mindanya untuk lihat jalan dan tapi solusi biar dia yang cari.

Kita bukannya ajar, kita bagi dia berfikir. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang baik dan diizinkan sembuh dengan kasih sayang serta rahmat Allah yang maha berkuasa.

Kepada keluarganya, bersabarlah sedikit hari lagi sinar bahagia bakal memihak pada kita semula.

Sedang merawat seorang pesakit untuk pemulihan stroke sesi ke 12, beliau juga ada sejarah anxiety disorder dan dalam per...
17/09/2020

Sedang merawat seorang pesakit untuk pemulihan stroke sesi ke 12, beliau juga ada sejarah anxiety disorder dan dalam peringkat pemulihan juga.

Antara point wajib untuk pesakit anxiety disorder.
- pericardium 6 (PC6)

Similar to PC 3 but more for Chronic Heart symptoms from Qi stagnation.
Opens and relaxes the chest, chest tightness, asthma, angina, palpitations.
Insomnia a/or other spirit disorders of an excess or deficient nature, mania, nervousness, stress, poor memory.
Nausea, seasickness, motion sickness, vomiting, epigastric pain.
Carpal Tunnel Syndrome.

- Heart 7
Tonify deficiencies of the HT Qi, Blood, Yin and Yang.
Emotional issues, especially those with related sleep or thinking manifestations - insomnia, muddled thinking.
Heart and Phlegm fire leading to insomnia, anxiety, mania.
Physical responses to emotional stimuli - anxiety w/palpitations, nausea w/panic a/or fear.
Heart palpitations from any etiology as well as irregular heart beat, pounding heart, angina.

Bila anxiety ni biasanya kita akan rasa denyut jantung laju dan kerap jadi serangan panik. So, ini point untuk membantu tenteramkan denyut jantung kembali harmoni.

Tenang dan rehat semula tubuh. Sesuai sangat untuk yang s**ar tidur malam.

Sakit ni biasanya tak jadi tiba-tiba. Sebab sifat tubuh, ambil masa untuk membina sesuatu didalamnya. Jika banyak input ...
06/09/2020

Sakit ni biasanya tak jadi tiba-tiba. Sebab sifat tubuh, ambil masa untuk membina sesuatu didalamnya. Jika banyak input negatif (tak menjaga pemakanan, tak jaga rutin tidur dan berehat, tak jaga emosi dan kawalan stress) maka kesan negatif iaitu penyakit akan dibina sedikit demi sedikit, perlahan-lahan melemahkan fungsi organ.

Jika inputnya yang positif (amalan gaya hidup yang sihat dan kawalan stress yang berjaya) maka kesan positif itu juga akan dibina dan kekal cergas bertenaga kerana kita tidak memaksa organ melakukan extra tugas.

Maksudnya disini, jika tiba-tiba kita sakit perlulah kesabaran untuk merawatnya. Seperti mana proses membina penyakit itu juga makan masa, begitulah juga merawat sakit juga ada proses dan mengambil masa.

Rawatan perlulah konsisten, displin berkala. Untuk membina kekuatan semula pada organ yang lemah ada prosesnya.

Anxiety disorder, stroke, OCD, thyroid, darah tinggi, kencing manis, lenguh sengal badan, frozen shoulder, migraine dan penyakit-penyakit lain lagi semuanya perlu kesabaran dalam merawat.

Kami biasa set-up kan rawatan berjadual. Kalau mampu konsisten, insyaAllah akan ada kesan kesembuhan dengan izin Allah.

Antara rawatan yang kami jalankan adalah acupuncture, bekam, urutan badan atau reflexologi. Ada kala buat 1 atau 2 rawatan atau gabungan rawatan-rawatan di atas. Semuanya tengok kepada kondisi tubuh atau masalah tubuh pesakit.

Boleh hubungi untuk pertanyaan atau temujanji.
Www.wasap.my/601120557178

06/09/2020

Address

No 35 Tingkat 1, Jalan Usahawan 4, Pusat Perniagaan Dato' Kailan
Kepala Batas
13200

Telephone

01120557178

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'lynn Terapi Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram