13/01/2026
Keladi Tikus TF Penawar Kanser
www.wasap.my/601156727540/TF
🔹Apakah Kanser Pangkal Hidung?
- Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/ nasofarinks*terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar)
🔹Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung
**pesakit mungkin mengalami salah satu, atau lebih tanda –tanda berikut:
1. Hidung berdarah
2. Hidung tersumbat
3. Hidung berair
4. Kurang pendengaran ( selalunya sebelah telinga sahaja)
5. Bunyi dengung di dalam telinga (tinitus)
6. Telinga tersumbat.
7. Bengkak di leher
8. Sakit kepala
9. Penglihatan menjadi dua – Diplopia
10. Kebas di bahagian muka
11. Kesukaran membuka mulut.
12. Kelopak mata atas tertutup
13. Suara menjadi serak
***Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
🔹Pencegahan
1. Elakkan dari memakan makanan yang berjeruk, masin seperti ikan, telur atau daging masin dalam kuantiti yang banyak.
2. Perlindungan yang betul dari tersedut asap/debu pada mereka yang bekerja di industri-industri yang berkenaan.
3. Vaksin untuk jangkitan EBV (masih di dalam peringkat percubaan)
4. Berhenti merokok
5. Berhenti dari pengambilan alkohol