02/11/2020
Sejarah penemuan sarang burung walit :
1. Mengikut sejarah tentang makanan kesihatan yang tercatat didalam Buku Perubatan Cina Klasik, air liur burung walit ini telah diimport dari Asia Tenggara ke China lebih daripada 500 tahun dahulu.
2. Dicatatkan bahawa orang pertama di dunia yang makan sarang burung walit ini adalah Laksamana Cheng Ho dari Dinasti Ming.
3. Mengikut lagenda, pada abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya berlayar melintasi laut Asia Tenggara. Malangnya, ketika di dalam pelayaran tersebut mereka terkandas di sebuah pulau Melayu (tanah Malaya) setelah dihempas ombak dan ribut petir.
4. Semasa mereka tersadai di sebuah pulau Melayu tersebut, bekalan makanan tak ada. Tetapi mereka bernasib baik, menemui sarang burung di tepi sebuah tebing lalu dijadikan sebagai alas perut.
5. Di pendekkan cerita, selepas makan sarang burung tersebut, di dapati badan mereka lebih bertenaga dan kesihatan juga bertambah baik setelah hampir beberapa lama tak jamah makanan.
6. Akhirnya setelah ribut dan petir reda, mereka sambung semula pelayaran untuk kembali ke China dengan membawa sarang burung sebagai buah tangan untuk maharaja.
7. Bermula daripada kisah itulah dikatakan sarang burung telah digunakan secara tradisinya oleh kerabat Cina untuk mengekalkan kesihatan dan juga kecantikan mereka.
8.Dari karya klasik he**in, Lin Dai Yu kepada Permaisuri Dowager Tsu His serta pengembara terkenal Kaisar Qian Long dari Dinasti Ching menyatakan bahawa mereka mengambil sarang burung walit setiap hari untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.
9. Malahan, dikatakan Permaisuri Dowager Tsu His telah mengambil 7 jenis sarang burung sebagai sarapan pagi untuk kekalkan kecantikan dan kesihatan beliau.
10. Di akhir kerajaan Ming (1405-1433 AD) dan di awal kerajaan Dinasti Ching (1644-1911 AD), manfaat sarang burung terhadap kesihatan manusia telah di dokumentasi dengan penuh teliti setelah ianya telah diiktiraf secara meluas bahawa sarang burung walit merupakan salah satu daripada 4 jenis tonik makanan yang hebat.
11. Di dalam perubatan lama Tsao Feng Yuan, di nyatakan bahawa sarang burung walit disenaraikan sebagai makanan kesihatan yang mujarab dan dapat memelihara kesihatan paru-paru.
12. Di sebabkan sarang burung sangat terhad untuk dimiliki ketika itu, maka ia menjadi sebagai barang yang berprestij tinggi serta simbol kekayaan dan kuasa kepada yang memiliki sarang burung.
13. Semasa era keemasan zaman Dinasti Ming, keistimewaan untuk makan sarang burung hanya untuk Maharaja dan pegawai istana sahaja. Namun setelah kerajaan Dinasti Ming berakhir, baru lah sarang burung ini telah diperkenal kepada orang awam.
Begitulah lebih kurang bagaimana khasiat sarang burung ini ditemui..
Jika ada fakta yang kurang tepat mengenainya, saya minta maaf ya...
Wallahu’alam.