
22/06/2022
Bermainlah dengan anak -atau istilahnya have a playtime.
“Aahh.. buat apa nak main? Longgokkan aje mainan, pepandailah dia main sendiri”
Lepastu anak tantrum 25 jam sehari dan mulalah kita jadi hantu. Hahahaha
No no no!
Playtime is crucial. Super penting. Paling penting sebenarnya untuk penuhkan tangki emosi anak. Slowly kita akan nampak anak akan kurang tantrum dan lebih gembira kalau kita mula peruntukkan masa khas hanya untuk bermain dengan anak anak..
Kita selalu belajar yang anak ni ibarat kain putih. Sungguhh memang kain putih. Sampaikan nak bermain pun, kita yang kena pilih dan kita yang kena ajar. Anak anak ni takkan pandai meneroka tanpa bantuan mak ayah. Mainan ni hanya tools saja untuk mudahkan dunia eksplorasi anak anak..
10 KEBAIKAN BERMAIN DENGAN ANAK
1) Untuk tingkatkan kuasa dan tenaga otak anak anak
Ada kajian tau di barat yang mengatakan baby 0-3 yang dah ada playtime sendiri akan memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding kanak kanak yang baru mula bermain pada usia 3 tahun. Apatah lagi kalau bermula pada usia 4.5 tahunn.
2. Meningkatkan kreativiti
Bila anak diberi masa untuk bermain, pasti anak2 perlu berimaginasi dan mereka perbualan, dan aksi.. Cuba kita berikan anak dengan permainan olok olok seperti patung, kereta atau binatang yang mana, lihat bagaimana mereka kembangkan dunia mereka mereka. Lihat saja orang orang berjaya macam Thomas Adison, mereka bermula dengan imaginasi..
Nabi pun membiarkan anak anak meneroka dunia ingin tahu mereka, macam dicerikan dalam hadis tentang anak perempuan bermain tanda kenabian di belakang nabi, dan nabi meraikan anak kecil itu. Indah bukan?
3. Dapat bina kosakata baharu dan memperbaiki bahasa
Bermain olok olok sangat membantu memperbanyak kosakata anak anak. Dan anak juga s**a sebenarnya kalau kita perkenalkan dengan perkataan baru.
4. Menjadikan anak lebih gembira!
Seandainyapun kita tidak s**a anak menjadi manusia terpandai di bumi, kita tetap perlu prihatin kepada kegembiraan anak anak secara keseluruhan. Ada kajian yang menunjukkan punca kepada orang dewasa yang depresi ialah anak tidak menikmati waktu bermain mereka dengan gembira sewaktu mereka kecil!
5. Bantu anak Menangani stress
Siapa kata anak anak tiada tekanan😂. Kadang ada masalah dengan kawan, masalah dengan aktiviti sekolah dan kadang kadang isu kecil seperti kurang perhatian. Bermainlah supaya mereka dapat belajar cara menangani tekanan dengan baik. Supaya anak anak membesar menjadi orang yang kurang stress.
6. Menyumbang kepada kesihatan fizikal yang lebih baik
Main pun salahsatu bentuk exercise jugak kan? Patutlah anak yang s**a bermain kurus belaka😂. Tambah tambah anak yang s**a dengan aktiviti motor halus dan motor kasar. Motor motor ni apa p**a? Haa sila stadi😆
Anak yang s**a bermain, selain badan mereka fit, mereka juga mudah tidur. Dan memudahkan kita untuk tidur juga kan?😆
7. Membantu anak mahir bersosial
Bermain boleh memperbaiki skill sosial anak anak- terutama jika bermain secara interaktif dengan kanak kanak lain.. sebab tu, tak hairanlah anak anak yang terbiasa bermain di masjid secara bebas contohnya lebih mesra dan ramah dengan orang lain..
Kalau anak susah bersosial, bawak je ke open space yang ramai orang bermain. Bila mereka mula memperhati, itu langkah pertamavyang sangat bagus.
8. Membina keyakinan diri anak
Anak yang terbiasa tackle dmcabaran dan melalui dengan berjaya boleh membuatkan anak rasa seperti bintang rock dan melangkah dengan penuh yakin. Cabaran fizikal seperti memanjat batu contohnya, boleh improve conflict resolution skill anak anak..
Bermula dengan meraikan kejayaan kecil seperti berjaya membuka tudung botol, melompat dari tempat tinggi, membina lego atau menyusun mainan, akan membuatkan anak mula yakin bahawa mereka boleh menghadapi apa saja cabaran tanpa takut.
9. Bantu anak ekspresikan perasaan
Sama ada anak gembira, sedih, takut atau marah, bermain sesuatu permainan akan buatkan anak mudah mengekspresikan semua emosi tersebut. Bermain merupakan satu langkah yang tepat untuk mengajar anak mengekspresikan apa yang dia rasa dan apa yang dia fikirkan seterusnya mengajar anak anak cara untuk menghadapi semua perasaan tu dengan betul.
10.Bantu anak meneroka minat sendiri
Dengan bermain kita akan dapat mengetahui kecenderungan minat anak anak sama ada minat yang sekejap atau minat yang berterusan.
Macamana nak pilih mainan yang bagus untuk anak anak?
Carilah mainan yang dapat menghubungkan minda dan perasaan ingin tahu anak anak. In sha Allah anak anak akan lebih cepat berkembang.
Pada zaman sahabat hingga ke tabi’in, anak anak yang tak bermain pun akan dipaksa bermain. Jadi, tak hairanlah kenapa anak anak mereka menjadi pemuka pemuka yang berjaya kann?
Jemput follow telegram ummi untuk lebih perkongsian tentang dunia suri: https://t.me/surihatikeluarga