28/12/2021
Tadi sis kebetulan lalu di red zone kecemasan ternampak seorang lelaki lingkuan lewat 30-an yg sdg diberi bantuan CPR kerana sakit dada..mgikut isteri, suami beliau mengadu sakit dada sejak tengahri dihantar pulang kerumah oleh kawan2 dan petangnya langsung tidak sedarkan diri. Isteri bersama anak2 masih kecil😭
Tahukah anda serangan jantung adalah “silent killer” atau pembunuh senyap 💀
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di bawah segera ke hospital.
TOLONG JANGAN BERTANGGUH 🩸🩸🩸
✅ Sakit dada yang mengencang atau menekan.
✅ Sakit dada yang bertambah teruk ketika bekerja atau melakukan aktiviti.
✅ Sakit dada yang berkurangan dan hilang ketika rehat.
✅ Sakit yang merebak ke bahagian rahang, leher atau lengan (selalunya lengan kiri).
✅ Sakit ini boleh timbul di dalam beberapa minit sahaja.
✅ Sakit ini boleh disertai dengan kesesakan nafas, rasa loya, berpeluh dingin atau pengsan.
Pesakit yang lebih berumur, yang mengidap penyakit kencing manis (diabetis) atau wanita kadang kadang tidak mengalami simptom kesakitan tetapi mengalami sesak nafas, mual, pengsan dan keletihan yang melebih.
Credit : Dr Fiffya Nurul Wan