03/11/2021
Preeclampsia
PRE-ECLAMPSIA
Salah satu komplikasi kehamilan yang berlaku selepas usia kandungan 20 minggu yang memberi kesan kepada tekanan darah dan sistem organ.
Pre-eclampsia ini jika tidak dirawat segera akan membawa kepada Eclampsia yang mengakibatkan sawan dan boleh membahayakan nyawa ibu & bayi.
Siapa yang berisiko?
1) Wanita mengandung berusia >40 tahun
2) Berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
3) Kandungan pertama
4) Jarak dengan kandungan sebelumnya melebihi 10 tahun
5) Mempunyai masalah perubatan kronik (Hypertension, Diabetes, Buah pinggang, Autoimmune)
Apakah gejala Pre-Eclampsia?
✅ Tekanan darah melebihi >140/90 bersama protein di dalam sampel kencing
✅ Bengkak kaki atau muka
✅ Sakit kepala yang kuat
✅ Kabur penglihatan secara tiba-tiba
✅ Pedih ulu hati
✅ Loya & muntah
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu❗️
Klinik Azalea Bandar Bukit Raja
📞 011-54141500