
07/08/2025
Bayangkan anak anda seorang pahlawan kecil.
Dulu dia dah diberi perisai. Tapi sekarang, serangan makin kuat.
Musuh datang dari pelbagai arah.
Jadi perlu beri satu perisai tambahan.
Agar dia lebih bersedia. Agar dia tak rebah bila virus datang tanpa amaran.
Ya, virus campak (measles) sedang merebak.
Ada kanak-kanak masuk ICU, ada yang sawan, ada yang tak sempat diselamatkan.
Dan kali ini, satu dos tambahan diberikan..
Bukan sebab vaksin sebelum ini tak cukup.
Tapi sebab sekarang, ancaman sedang meningkat
“Tiba-tiba dapat panggilan dari klinik…”
“Jururawat minta datang ke klinik”
Mereka akan beritahu kes campak naik hampir dua kali ganda. Tahun lepas, ada 3 kematian kanak-kanak. Mereka tak sempat dilindungi.
Mereka tak pernah divaksin.
📌 Itulah vaksin MR melindungi dari Measles (Campak) dan Rubella.
“Tapi saya risau kesan vaksin…”
Jangan risau.
Vaksin ini sama seperti yang anak pernah terima sebelum ini.Kalau sebelum ini tiada apa-apa yang buruk berlaku,
InshaAllah kali ini pun begitu.
Hanya sedikit demam ringan, mungkin lesu sebentar. Tapi perlindungannya cukup besar.
📌 Sasaran:
Anak-anak 6 hingga 59 bulan, lahir 1 Ogos 2020 – 31 Januari 2025
Kita cuma nak satu benda
“Anak aku selamat. Aku dah buat apa yang aku mampu.”
📍Vaksin ini percuma,
📲 Buat janji temu di MySejahtera atau terus walk-in ke klinik kesihatan.
Kerana kali ini, kita tak tunggu virus datang lagi, Kita lindungi tambahan.