27/01/2026
Pernah tak perasan…
Orang kerja shift malam ni jarang merungut.
Mereka cuma senyum, buat kerja, balik diam-diam.
Sebab dari luar, orang nampak:
“Eh, kau kerja je kan. Dah memang tugas.”
Tapi badan mereka simpan cerita lain.
Bila orang lain baring dan lena,
mereka paksa mata berjaga.
Bila matahari naik,
badan p**a dipaksa tidur dalam bising dan terang.
Hari lepas hari, tubuh cuba ikut jam yang bukan milik dia.
Lama-lama, penat tu jadi lain macam.
Bukan penat sebab kerja berat,
tapi penat sebab badan tak sempat pulih.
Ramai petugas shift malam bukan sekadar lawan mengantuk.
Mereka lawan lapar yang datang pelik-pelik.
Lawan emosi yang turun naik tanpa sebab jelas.
Lawan badan yang rasa tegang walaupun tak buat apa-apa berat.
Dan dalam semua tu…
mereka masih kena ramah.
Masih kena fokus.
Masih kena jaga orang lain.
Jururawat.
Doktor oncall.
Pengawal keselamatan.
Polis.
Bomba.
Cleaner.
Operator.
Pemandu ambulans.
Kalau anda tengah baca ni lepas habis shift,
jujur cakap — anda dah buat lebih dari yang orang nampak.
Rehatlah.
Badan anda perlukan lebih dari sekadar tidur.
Dan untuk kita yang tidur lena malam ni,
bila jumpa mereka,
jadi manusia yang memudahkan.
Nada suara, sabar sikit, senyum sikit — itu pun dah cukup besar.
Untuk yang kerja malam, jaga badan bukan kemewahan.
Ia satu keperluan supaya badan boleh terus bertahan.
📌 Kalau nak Khidmat Urutan (Slot Booking Sahaja)
👉 WhatsApp: 013-310 6248
📍 Weekdays: Brickfields, KL
📍 Weekend: Meru, Klang
Atau boleh terus booking slot di link berikut: https://wa.me/message/CKWEKDGPQCVGH1