Klinik Aurora Sungai Udang Klang

Klinik Aurora Sungai Udang Klang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Aurora Sungai Udang Klang, Doctor, 5 (Ground Floor) Jalan Udang Kara 20A/KS3, Jalan Sungai Udang, Klang.

13/01/2026

Ruang Nursery Khas di Klinik Aurora 👶✨
Selesa, bersih, dan lengkap untuk menyusu 🤱 serta tukar lampin 🍼dengan mudah. Ibu & bayi pasti lebih tenang dan selesa setiap kali kunjungan ke klinik 💖🌿."

✨Terima kasih kerana mempercayai servis kami dan setia bersama kami di Klinik Aurora 🥰💝Kami di Klinik Aurora sentiasa me...
12/01/2026

✨Terima kasih kerana mempercayai servis kami dan setia bersama kami di Klinik Aurora 🥰💝

Kami di Klinik Aurora sentiasa memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda!

🩺✨ Medical Check-Up Package – Jaga Kesihatan Anda Hari Ini! ✨🩺Kesihatan adalah pelaburan terbaik. Dengan Medical Check-U...
12/01/2026

🩺✨ Medical Check-Up Package – Jaga Kesihatan Anda Hari Ini! ✨🩺

Kesihatan adalah pelaburan terbaik. Dengan Medical Check-Up Package kami, anda boleh mengesan masalah kesihatan lebih awal serta mendapatkan penilaian menyeluruh bersama doktor.

💡 Pakej tersedia mengikut keperluan anda:
• Blood test (Basic)
• Pelbagai imbasan (Abdominal, Pelvis, Breast, Thyroid)
• Pap Smear & konsultasi doktor
• Tempoh pemeriksaan seawal 1–2 jam sahaja

💰 Harga bermula dari RM290 sahaja
➕ Add-on tersedia: ECG & Premium Blood Screening

Ambil langkah awal untuk kesihatan yang lebih terjamin 💙

🤰✨ Jom Ketahui Risiko Sindrom Seawal Kehamilan ✨🤰Ujian NIPT (Non-Invasive Prenatal Test) membantu ibu hamil mengenal pas...
12/01/2026

🤰✨ Jom Ketahui Risiko Sindrom Seawal Kehamilan ✨🤰

Ujian NIPT (Non-Invasive Prenatal Test) membantu ibu hamil mengenal pasti risiko kelainan genetik bayi dengan ketepatan tinggi sehingga 97–99%.

💡 Kenapa NIPT penting?
• Boleh dilakukan seawal 10 minggu kehamilan
• Mengesan Sindrom Down, Edwards, Patau & kromosom seks
• Ujian darah ringkas, selamat untuk ibu & bayi

📌 Tersedia pilihan NIPT Basic, Plus & Advance mengikut keperluan anda.
Ambil langkah awal untuk ketenangan sepanjang kehamilan 💖

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Jumaat!Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari:www.klinikauro...
09/01/2026

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Jumaat!

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari:
www.klinikaurora.com.my

08/01/2026

🌧️ Waspada Musim Hujan 🌧️
Musim hujan telah tiba dan membawa pelbagai risiko kesihatan.

Air bertakung boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi

manakala cuaca yang sejuk dan lembap boleh mencetuskan selesema, influenza serta serangan asma.

Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran, menghapuskan air bertakung, menggunakan pelindung diri, serta mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.

Kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Kekal berwaspada dan jaga diri sepanjang musim hujan ini ☔💙

✨ Pentingnya Pap Smear Untuk Kesihatan Wanita ✨Seperti umum tahu, kebanyakan kes kanser serviks adalah sedikit atau hamp...
07/01/2026

✨ Pentingnya Pap Smear Untuk Kesihatan Wanita ✨

Seperti umum tahu, kebanyakan kes kanser serviks adalah sedikit atau hampir tiada simptom pada peringkat awal. Punca utama kanser serviks adalah jangkitan HPV (Human Papillomavirus). Dengan saringan berkala, kita boleh mengesan perubahan sel sebelum menjadi kanser.

💡 Kelebihan Pap Smear:
• Mengesan perubahan sel serviks sebelum menjadi kanser
• Memberi peluang untuk rawatan awal yang lebih berkesan
• Memberi ketenangan & keyakinan kepada wanita tentang kesihatan diri

📅 Wanita disarankan untuk buat saringan secara berkala, terutamanya yang berisiko tinggi.
Mulakan langkah bijak untuk kesihatan serviks anda hari ini! 💖

06/01/2026

Checkup bayi jadi mudah di Klinik Aurora 👶✨
Prosedur senang, ruang selesa, doktor mesra — semua untuk
keselesaan si kecil!

01/01/2026

INFLUENZA: BUKAN SELESEMA BIASA 🤧🦠

Bila badan tiba-tiba lemah, badan panas dan nafas rasa berat, ramai tak tahu ini bukan ‘selsema biasa’. Influenza tak nampak, tapi cukup kuat untuk lumpuhkan seluruh tubuh seharian 🤧🦠. Ada hari masih gagah lawan 💪, ada hari hanya mampu baring sambil menggigil dan keletihan ❤️‍🩹. Ini bukan manja, ini realiti.

Jangan tunggu hingga melarat, datang ke Klinik Aurora untuk rawatan segera 🌙✨


Sistem Imun Kanak-Kanak Lemah? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu 🧸Kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana sistem imun mereka mas...
31/12/2025

Sistem Imun Kanak-Kanak Lemah? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu 🧸

Kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan.

🚨 Tanda-tanda sistem imun lemah:
• Kerap demam atau selsema
• Mudah letih dan kurang aktif
• Luka mengambil masa lama untuk sembuh
• Sakit berulang dalam tempoh singkat

💡 Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
✔️ Pastikan imunisasi anak lengkap
✔️ Sediakan pemakanan seimbang
✔️ Pastikan anak tidur mencukupi
✔️ Galakkan aktiviti fizikal setiap hari

Imun yang kuat membantu anak membesar dengan lebih sihat dan aktif 💙

Address

5 (Ground Floor) Jalan Udang Kara 20A/KS3, Jalan Sungai Udang
Klang
41250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Aurora Sungai Udang Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Aurora Sungai Udang Klang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram