Bondariz Pengilang Makanan Sihat

Bondariz Pengilang Makanan Sihat We sell snacks and food of healthier options for your little one. Our products can be consumed by al

28/03/2022

๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐ฉ๐ข ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐›๐š๐ฒ๐ข ๐Ÿ”๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง+ ๐Ÿ˜

28/03/2022

"๐Ÿด ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—”"

Terdapat 3 peringkat kehamilan dalam tempoh wanita hamil iaitu trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Trimester pertama adalah tempoh di mana janin masih baru dan terdedah kepada risiko keguguran kerana pada masa itu janin belum terbentuk sepenuhnya.

Sebagai bakal ibu, anda pasti tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada bayi anda, oleh itu, penting bagi wanita untuk mengetahui apakah cara-cara untuk menjaga kehamilan sewaktu trimester pertama agar tidak terjadi keguguran. Antara tips menjaga kandungan trimester pertama adalah seperti berikut:

1. HINDARI STRESS:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Pada awal kehamilan, tentu saja, banyak perubahan yang berlaku dalam tubuh wanita, baik secara fizikal atau hormon. Kebanyakan wanita hamil mengalami penurunan berat badan secara drastik. Ini adalah normal, kerana badan Ibu masih dalam proses penyesuaian, ditambah penurunan selera makan yang dicetuskan oleh rasa mual dan muntah atau lebih dikenali sebagai โ€˜morning sicknessโ€™.

Berat badan akan kembali normal atau meningkat seiring dengan usia kehamilan, Oleh hal yang demikian, , ramai wanita hamil mengalami stress akibat perubahan fizikal di dalam badan. Penting bagi ibu hamil untuk mengatasi gangguan stress ini kerana stress yang berlebihan sewaktu mengandung akan mengakibatkan ibu terdedah kepada risiko keguguran.

Untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada kandungan, ibu haruslah belajar cara untuk menangani stress. Nikmatilah saat kehamilan dengan tenang dan gembira. Cuba untuk berkongsi masalah atau beban yang dihadapi dengan suami atau dengan orang-orang yang rapat dan dipercayai, nescaya stress yang dialami akan sedikit berkurangan.

2. REHAT YANG CUKUP:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Keletihan yang ibu rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu ibu supaya โ€œjangan terlalu aktifโ€. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang ibu tidak mampu lakukan, namun ia memberi manfaat kepada ibu dan bayi.

Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya bersandar atau baring selama 30 minit atau lebih. Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.

Ibu mengandung haruslah mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelak daripada berlakunya beberapa masalah, antaranya adalah berlakunya keletihan yang melampau dan menyebabkan ibu menjadi stress apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil yang perlu diuruskan. Ibu akan mengalami pening atau pitam.Ianya sering terjadi berpunca daripada perubahan system tubuh ibu hamil.

3. MAKAN SECARA SIHAT:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Sebenarnya ibu mengandung tidak perlu โ€œmakan untuk dua orangโ€ ketika sedang hamil, atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan untuk ibu. Keperluan tenaga ibu tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir iaitu (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu sewaktu mengandung, tetapi makanan tersebut boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).
Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak).

Sertakan juga kandungan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan makanan berasaskan tenusu setiap hari. Harus diingatkan, jangan abaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.

4. ATASI โ€˜MORNING SICKNESSโ€™:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Hampir setiap wanita mengandung akan mengalami rasa mual dan muntah atau lebih dikenali sebagai โ€˜morning sicknessโ€™. Ada yang mengalami mual dan muntah yang teruk dan ada juga yang biasa sahaja. Ianya bergantung kepada keadaan setiap wanita hamil.

Peningkatan paras estrogen pada awal kehamilan yang menyebabkan tahap asid perut bertambah. Akibatnya, ianya menyebabkan ibu rasa mual dan diiringi dengan muntah.

Untuk mengatasi ketidakselesaan tersebut, ibu boleh mengatasinya berdasarkan kebiasaan ibu selama ini. Contohnya jika ibu lebih s**a dengan makanan ringan seperti biskut, sebaiknya sentiasa sediakan biskut di rumah atau di dalam beg ketika sedang dalam perjalanan.

Selain itu juga, buah-buahan juga dapat mengurangkan rasa mual dan muntah. Yang penting ialah, jangan biarkan perut Ibu kosong.

5. BERHATI-HATI DENGAN KEBERSIHAN MAKANAN:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Adalah lebih baik untuk ibu mengandung menjauhi makanan tertentu semasa hamil. Hal ini kerana ia dapat membawa risiko buruk kepada kesihatan bayi.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separuh masak.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, berpunca daripada keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Elakkan pengambilan makan ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan Toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dengan sebaiknya dari sebarang tanah atau kotoran sebelum memasaknya.

6. PENGAMBILAN ASID FOLIK:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

7. RUJUK DOKTOR:

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Jika ada perkara yang mengganggu semasa kandungan trimester pertama, segerakan beritahu kepada doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian. Bersikap terbuka dengan doktor anda tentang perubahan yang berlaku semasa kehamilan dan perkara-perkara yang anda prihatin dengan keadaan ini.

Pemeriksaan yang kerap boleh membantu anda mengekalkan kesihatan bayi kerana anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan.

Kredit: mamapride

Assalamualaikum
20/03/2022

Assalamualaikum

Meh sini Bonda nak kongsi ...nilah biskut kegemaran ibu2๐Ÿ˜ yang dah pernah beli dgn Bonda..Kenapa paling favorite?? ...ke...
17/03/2022

Meh sini Bonda nak kongsi ...nilah biskut kegemaran ibu2๐Ÿ˜ yang dah pernah beli dgn Bonda..

Kenapa paling favorite?? ...kerana bentuknya yg unik mcm donut mudah untuk anak pegang ,sesuai untuk bayi fasa tumbuh gigi dan gatal2 gusi๐Ÿค—

Belum cuba...belum tahu..๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹yg bestnya sangat mudah untuk anak yang dah mula pandai menggigit..dan biskut ini tidak mudah patah tau...hisap2 lama2 cair dalam mulut๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ



16/03/2022
16/03/2022

"๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ, ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—›๐—ข๐— ๐—˜๐— ๐—”๐——๐—˜ ๐—•๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—ง ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—”๐——๐—ฌ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—–๐—ž"

Berita baik ! Buat pemilik kedai bayi & kanak2..Bonda menyediakan readystok biskut homemade ๐Ÿค—yang freshly bake tau!..

Dengan bahan2 premium terkandung dalam biskut AARIZ COOKIES ni ..memang sedap dan berkhasiat tau!๐Ÿ˜‹๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸsesuai buat mommys yang xsempat nak buat biskut homemade sendiri..

Untuk belian boleh terus ke

WHATSAPP:๐Ÿ‘‡
http://www.wasap.my/60162395881/aarizcookies
http://www.wasap.my/60162395881/aarizcookies
http://www.wasap.my/60162395881/aarizcookies




14/03/2022

Hai mommys! Ni Bonda nak share popsicle resepi khas buat si manja 7& 8 bulan ๐Ÿ˜

13/03/2022

๐Ÿ“ ๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ ๐’๐ž๐ก๐š๐ญ, ๐ˆ๐›๐ฎ ๐‡๐š๐ฆ๐ข๐ฅ ๐–๐š๐ฃ๐ข๐› ๐“๐š๐ก๐ฎ!

Saat hamil muda, ibu hamil kerap mengalami berbagai keluhan. Keluhan tersebut umumnya terjadi karena tubuh menyesuaikan dengan perubahan hormon yang terjadi saat hamil.

Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu ketika menjalani kehamilan yang sehat di usia trimester pertama. Menjaga kesihatan kehamilan penting untuk menghindari gangguan yang dapat terjadi pada ibu maupun bayi dalam kandungan.
Berikut adalah beberapa cara praktis untuk menjaga kehamilan muda yang boleh anda praktikkan.

1. Perbanyak minum air putih:
Perbanyakkan minum air putih saat menjalani kehamilan menjadi salah satu kewajipan yang perlu ibu lakukan untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan. Umumnya, ibu hamil perlu minum air putih sebanyak 8-10 gelas dalam satu hari.

Hal ini disebabkan kerana tubuh memerlukan cairan lebih untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

2. Hindari pengambilan yang mengandung polutan:
Selama hamil, pastikan anda mengambil makanan sihat dan bergizi demi mendukung perkembangan janin. Pasalnya,ada beberapa makanan yang punya kandungan parasit.
Jenis makanan yang baiknya dihindari itu adalah hati, ikan dengan kadar merkuri tinggi, serta produk susu tidak dipasteurisasi.

3. Istirahat cukup:
Penuhi istirahat saat ibu menjalani kehamilan di trimester pertama. Umumnya, rasa senang atau bahkan mual yang dialami ibu menyebabkan ibu alami gangguan tidur di trimester pertama.

4. Pastikan makanan matang sempurna:
Pastikan makanan yang ingin diambil itu sudah matang sempurna supaya terhindar dari infeksi bakteri. Daging setengah matang atau mentah bisa mengandung bakteri Salmonella dan parasit toksoplasmosis yang memicu keguguran serta kerusakan otak janin.

5. Lakukan gaya hidup sihat:
Melakukan gaya hidup sihat saat menjalani kehamilan dapat membantu ibu untuk menjaga kesihatannya maupun bayi dalam kandungan. Tidak menjadi salahnya ibu hamil melakukan olahraga ringan secara rutin.

Kredit: momsmoney.id

"๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—จ ๐—ง๐—”๐—ž๐——๐—˜ ๐—ฆ๐—ก๐—˜๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—ก๐—”๐—ž?"..๐ŸฅบJangan risau Bonda dah buat khas biskut kelapa ni untuk mummy b...
13/03/2022

"๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—จ ๐—ง๐—”๐—ž๐——๐—˜ ๐—ฆ๐—ก๐—˜๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—ก๐—”๐—ž?"..๐Ÿฅบ

Jangan risau Bonda dah buat khas biskut kelapa ni untuk mummy boleh dibancuh dengan air atau susu tau...best tak best?? ๐Ÿฅฐ Mudah dah kerja mummy..

Dapatkan tempahan SEGERA!



Address

Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

0162395881

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bondariz Pengilang Makanan Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bondariz Pengilang Makanan Sihat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram