27/01/2026
Tengah sedap menjamu selera sambil bersila di lantai, tiba-tiba nak bangun... Kaki rasa "hilang".
Bila dipaksa pijak, datang satu serangan rasa menyucuk-nyucuk. Beribu-ribu ekor "semut" seolah-olah sedang berkawad di dalam betis anda.
Dalam hati terdetik: "Alamak, saluran darah aku tersumbat ke? Kolesterol tinggi ke?"
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Tenang. Jangan diagnos diri sendiri kena strok lagi. Fenomena ini dipanggil "Temporary Paresthesia". Mari kita luruskan salah faham (Mitos vs Sains):
1. Mitos: "Darah tak jalan, sebab tu kebas." Fakta Sebenar: Ia lebih kepada ISU SARAF (Wiring), bukan sekadar paip darah.
Apabila anda mencangkung atau bersila, berat badan anda menekan saraf utama di belakang lutut (Peroneal Nerve).
Bayangkan wayar telefon yang dipijak. Isyarat dari kaki ke otak terputus (Cut off). Otak anda "buta" seketika, tak tahu kaki tu wujud atau tidak.
2. Kenapa rasa "Semut-Semut" bila bangun? Ini bukan darah meluru masuk.
Ini adalah tanda SARAF SEDANG REBOOT.
Bila anda luruskan kaki, tekanan hilang. Saraf kembali "hidup" dan menghantar isyarat secara mendadak dan bercelaru ke otak. Rasa menyucuk itu sebenarnya adalah isyarat: "Halo bos! Kami dah online balik!".
BILA ANDA PERLU RISAU? (The Red Flags)
Kebas biasa akan hilang dalam 2-3 minit. Tapi, jumpa doktor segera jika:
A. Claudication (Arteri Sempit) Anda rasa sakit kejang di betis semasa BERJALAN, dan sakit itu hilang bila BERHENTI rehat. Ini tanda Peripheral Artery Disease (Saluran darah kaki tersumbat kolesterol/kapur).
B. Diabetic Neuropathy (Kencing Manis) Rasa kebas atau pijak pasir itu KEKAL 24 jam, walaupun tengah baring tidur. Ini tanda gula dah rosakkan saraf kekal.
Jadi kepada sahabat yang bertanya tadi:
Jika ia hilang lepas berdiri, tahniah. Paip darah anda okay. Cuma lain kali, ubah posisi duduk setiap 15 minit ya. Kesian saraf tu kena lenyek.
sumber