Terapi Alternatif Wak Onel

Terapi Alternatif Wak Onel Terapi Alternatif Wak Onel, Gabungan Terapi Purba & TCM

Kombucha prebiotic baik
13/06/2022

Kombucha prebiotic baik

Prebiotics and probioticsProbiotics are bacteria that live in your body naturally and help your intestines break down food. Probiotics that are the same or very similar to the ones that your body makes can be taken to supplement healthy digestion. In recent years, a new class of supplements called p...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُpernah terjumpa barang2 lama, seperti keris, cincin, kalung yang dik...
16/04/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
pernah terjumpa barang2 lama, seperti keris, cincin, kalung yang dikhuatiri keadaan nya?
kadang2 juga ada terjumpa bungkusan kain kuning, minyak dalam bungkusan yg mencurigakan, seperti barangan sihir?
takut nak sentuh atau pegang barang tersebut? atau nak buang?
ikut langkah begini
1- ambil wuduk
2- sebelum menyentuh atau mengambil barang tersebut lafaz kn shahadah 1x dan selawat 3x kepada رَسُول ٱللَّٰه ﷺ
3- menyentuh dengan niat membuang barang yang kotor.
4- buang di kawasan yang jauh daripada laluan manusia atau simpan di dalam bekas sementara menguruskn nya
5- cuci tangan dengan air dan garam dengan niat membersihkn diri daripada kekotoran

wak nak ingat kan dan pesan kepada sedulur2 wak disini,
1- barang2 ini tidak berkuasa, yg berkuasa hanya Allah عزّ وجلّ‎
2- jangan anggap barang ini keramat, kerana musibah dan ujian dtg drpd Allah, untuk menguji keimanan kita, didalam lingkungan kemampuan kita
3- solat 5 waktu jaga
4- banyakkan berzikir لا إله إلا الله محمد رسول الله
5- berpuasa sunat isnin khamis
6- mengaji quran dan sentiasa perbaiki bacaan tilawah

sekiranya terasa badan tak sihat atau kurang bertenaga, khuatir diri seperti disihir atau ada gangguan,
berbekam lah supaya dibuang sihir2 tersebut.

amalkan sunnah yang رَسُول ٱللَّٰه ﷺ lakukan ketika beliau sendiri di sihir ketika itu.

Daripada Anas bin Malik, bahawa رَسُول ٱللَّٰه ﷺ bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
“Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.
Riwayat al-Tirmizi, Hadith 1199

Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa رَسُول ٱللَّٰه ﷺ SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
“ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda رَسُول ٱللَّٰه ﷺ berbekam ketika Baginda رَسُول ٱللَّٰه ﷺ berpuasa”.
Riwayat al-Bukhari, Hadith 1802

http://tiny.cc/WakOnel

Terapi Alternatif Wak Onelالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُWak nak sedekahkan air 'Cendawan Mekah' ke...
04/09/2020

Terapi Alternatif Wak Onel
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wak nak sedekahkan air 'Cendawan Mekah' kepada Saudara2 Wak yang wak sayang. Sila hubungi Wak untuk pengambilan, hanya perlu bawa balang kaca seperti dalam gambar untuk pengambilan yer, hari Ahad 9pg hingga 4ptg shj. Jumlah terhad.
Perkhidmatan yang ditawarkan
(Bekam + akupuntur + urut) RM180
https://wa.me/message/2XTG4XFSK66SC1
https://www.facebook.com/WakOnel/
0103081979

Dipukau ketika berniagaالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُWak tergerak berkongsi tajuk ini kerana rasa-...
10/07/2020

Dipukau ketika berniaga
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wak tergerak berkongsi tajuk ini kerana rasa-rasanya sudah menjadi semakin kerap Wak dengar ada peniaga dan pekerja menyerahkan wang kaunter jualan, pekerja kaunter terima barang serahkan wang kepada pemberi dan lain-lain lagi kes seumpanya. kerugian akan mengakibatkan kerugian wang, harta benda dan MARUAH!

Kaedah yang digunakan pemukau
kaedah yang digunakan oleh pemukau ialah seperti;

1) Menepuk bahu atau menyetuh badan mangsa dan meniup hembusan
2) Mencium bau bauan, mangsa yang tercium bau seperti asap yang ditiupkan ke arahnya oleh pemukau seperti asap rokok yang telah masukkan ilmu pukauan
3) Meminuman minum minuman tertentu samada sedar atau tidak sedar
4) Mencalit atau menyentuh minyak kepada mangsa
5) Menggunakan mata dengan memandang wajah mangsa melibatkan penggunaan jin, sihir. Pemukau akan menggunakan kekuatan `ain sehingga boleh menundukkan mangsa atau memukau seseorang

Saranan Wak,
1- Mulakan segala perbuatan dengan membaca Bismillah, akhiri dengan Alhamdullillah, sekiranya menghafal ayat Quran, amalkan selalu

2- bawa teman sekiranya berurusan dengan orang yang tidak dikenali, saya perasan ada yang buat delivery terutamannya wanita, sorang-sorang untuk hantar barang, kalau tidak dapat teman, sekurang kurang nya update lokasi dan status kepada kawan atau tokey yang menyuruh hantar

3) Sentiasa waspada dengan orang yang datang menjual atau membeli barang, niat kita memang hendak menjual, tapi dikaburi dengan tindakan tanpa sedar kita, sentiasa waspada(alert)

4) Apabila kawan disyak menjadi mangsa pukauan, segera azan di kedua-dua belah telinga mangsa, baca surah fatihah, ayat kursi dan 3 qul.

5) Tindakan lanjut ialah membawa mangsa pukauan untuk diruqyah oleh peruqyah yang mahir dan membentenginya agar kes serupa itu tidak berulang.

Wak ada buka kelas "Kursus Asas Rawatan Islam"
khas kepada yang mahu belajar benteng diri, keluarga dan harta benda dan Ilmu Hikmah dan Insya Allah untuk hindar Pukau, sila klink link bawah untuk soalan lanjut

https://wa.me/message/2XTG4XFSK66SC1
https://www.facebook.com/WakOnel/
0103081979

10/07/2020

BAHAYANYA SIHIR PUKAU

Pukau adalah sejenis sihir yang jarang disedari oleh mangsa namun ia sangat menakutkan. Ini kerana pukau boleh mengakibatkan seseorang mangsa hilang pertimbangan, fikiran terkeliru atau tidak keruan, seakan-akan separuh sedar dan minda menjadi tidak stabil. Sihir ini boleh dilakukan ke atas individu tertentu atau sekelompok orang. Pukau dilakukan kerana beberapa tujuan dengan beberapa cara atau kaedah tertentu. Pemukau akan mencari mangsa berdasarkan beberapa ciri tertentu. Pemukauan boleh terjadi dalam tempuh yang singkat iaitu antara beberapa minit atau beberapa jam dan kesannya akan hilang tidak lama selepas itu bergantung bagaimana tindakan diambil termasuk oleh pemukau sendiri. Ini menunjukkan kesan pukau akan berlaku dalam tempuh yang dikehendaki, tidak sepertimana kesan sihir biasa yang boleh terjadi hingga berpuluh tahun lamanya.

Aktiviti pukau tidaklah bertujuan untuk mencetuskan penyakit tertentu dan mangsa pukau p**a jarang berakhir dengan kerasukan walaupun turut melibatkan penggunaan jin. Meskipun pukau tidak membawa kemudaratan di segi fizikal, namun ia boleh mendatangkan kerugian pada harta benda, kehormatan, harga diri dan sebagainya. Pukau diamalkan dalam hampir semua peradaban manusia samada kaum Melayu, Cina , India, Siam, etnik pribumi, orang asli dan lain-lain. Tulisan ini tidak menyentuh aspek pukauan yang tidak melibatkan penggunaan jin seperti seseorang artis memukau peminatnya dalam sebuah konsert, atau promotor produk yang memukau orang ramai menerusi percakapannya sehingga pembeli berebut-rebut mendapatkan produk yang dipasarkannya. Demikian juga seorang penceramah yang sering memukau audien sehingga orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang ceramah. Atau pemain bolasepak yang sering memukau penonton dengan tandukan atau sepakan cantik ketika menyumbat bola dalam situasi sukar. Walaupun tidak melibatkan pengunaan jin, namun pukauan tersebut boleh menyebabkan penyakit `ain.

Pencerahan ini dibuat untuk mengajak orang ramai agar sentiasa melindungi diri dari terkena pukauan dan sekiranya terjadi hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu menurut kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Berdasarkan kes-kes yang pernah dilaporkan, sukau boleh terkena kepada sesiapa sahaja samada seseorang itu sedang tidur atau sedang jaga, samada ketika bersendirian atau berkump**an, di rumah, tempat kerja atau di tempat awam. Menerusi kerja-kerja pukauan, seseorang pemukau yang bertindak bersendirian atau secara berkump**an akan mengenalpasti mangsa terlebih dahulu dan apakah tujuan pukau itu dibuat.

Kes yang banyak terjadi ialah mangsa kehilangan wang ringgit, barang kemas atau barang berharga lain. Mangsa tidak dipaksa atau berlaku unsur-unsur ugutan atau paksaan dan penyerahan barang-barang tersebut seperti dilakukan secara sukarela. Justeru itu kes pemukauan yang disifatkan sebagai penipuan ini sukar untuk dibuktikan, kerana tiada bukti ianya sebagai mangsa rompakan, samun atau ragut. Contoh kes ialah seperti berlaku di bank atau di mesin ATM apabila seseorang tidak sedar dia mengeluarkan wang yang banyak sepertimana diarahkan oleh seseorang. Adakalanya mangsa mengeluarkan wang di kaunter untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Setelah itu wang akan diserahkan kepada pemukau dan pemukau akan segera beredar dari situ. Begitu juga kes pemukau yang kononnya menjual barang-barang berharga seperti barang antic, barang Kemal dan batu cincin dan pertama dengan hanrga amat rendah. Bakal pembeli akan dipukau dan setelah urusniaga selesai dan barang serta wang berpindah milik, maka pemukau akan tergesa-gesa meninggalkan tempat tersebut.

Begitu juga kes pukau kediaman yang dihuni oleh samada seorang atau ramai orang. Pukau jenis ini biasanya dilakukan dalam dua bentuk atau situasi. Pertama mangsa akan tertidur atau ditidurkan terlebih dahulu sebelum pemukau memasuki kediaman untuk mengambil apa-apa barang berharga yang diingini. Adakalanya pemukau sempat makan dan minum serta membuang najis (bergantung pada syarat-syarat pukauan). Dalam situasi ini biasanya mangsa tidak diganggu atau dicederai atau dikenakan apa-apa bentuk kekerasan. Penghuni akan hanya menyedari kediaman dicerobohi apabila tersedar atau selepas pemukau beredar dan ini mungkin mengambil masa beberapa minit atau kurang satu jam. Dalam situasi kedua, penghuni semuanya sedar kediaman mereka dimasuki individu tertentu, namun kesan pukauan menyebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa tindakan, baik menerusi percakapan, perbuatan atau pergerakan. Penghuni seolah-olah menjadi seperti orang lumpuh, tidak bermaya dan bisu. Penghuni dapat menyaksikan apa-apa sahaja yang berlaku di depan mata tanpa boleh bertndak apa-apa, sekadar mampu mengebil-ngebil mata sahaja. Sepertimana situasi pertama, dalam situasi ini pemukau akan mengambil apa-apa barang bernilai yang dihajati dan akan beredar dari kediaman dalam tempoh masa yang singkat sebelum kesan pukauan hilang.

Selain kerugian harta benda, mangsa pukau juga boleh mengakibatkan dirinya ternoda, khususnya wanita akan kehilangan maruah dan harga diri kerana ketika itu dia tidak berupaya menggunakan akal dan minda secara waras dan apa yang berlaku seolah-olah dengan kerelaannya sendiri. Pemukau akan mencari mangsa hanya untuk mencari keseronokan dan sekirannya sempat mengambil apa-apa barang berharga, itu adalah bonus untuknya. Biasanya pemukau dan mangsa tidak mengenali antara satu sama lain dan tiada sebarang pertalian keluarga. Pemukau akan mendapatkan mangsa dalam situasi dan waktu yang tepat dan ketika itulah pemukau tidak akan melepaskan peluang. Pemukau dan mangsa akan mula menjalinkan perhubungan dan perkenalan dan ketika itulah pukauan dilakukan sehingga mangsa tidak sedarkan diri sehingglah terjadi seperti yang biasa terjadi. Kesan pukauan ini boleh berlaku antara beberapa jam sehingga beberapa hari sehinggalah mangsa sedar dan mendapati dirinya menjadi mangsa sihir pukau.

Pukauan jenis lain boleh terjadi dalam banyak urusan hidup manusia termasuk urusan pekerjaan dan perniagaan. Adalah lebih serius sekiranya sihir pukau turut melibatkan sihir jenis lain seperti pelalau, pemanis, pemikat dan sihir al-Junun. Pukau dilakukan oleh pengamal ilmu sihir atau ilmu hitam dengan bantuan tukang sikir dan bersepakat dengan jin jahat atau syaitan. Selain terdapat beberapa media sihir yang digunakan, antara kaedah yang digunakan oleh pemukau ialah seperti;

a) Mencium (masymum) iaitu mangsa akan disuruh mencium sesuatu bauan yang dimanterakan, atau mencium asap yang ditiupkan ke arahnya oleh pemukau seperti asap rokok yang telah dimanterakan.

b) menerusi minuman (masyrub) di mana mangsa diperdayakan sehingga dia minum minuman tertentu yang disediakan oleh pemukau.

c) Mencalit atau meleset sejenis minyak atau cecair tertentu yang telah dimantera.

d) Menepuk bahu atau belakang seseorang mangsa setelah menjampi dan ditiup pada tapak tangan.

e) Menggunakan deria pandangan mata jahat (`ain) yang disengajakan oleh pemukau. Kadang-kadang penyakit `ain tidak dikategorikan sebagai sihir kerana ia berlaku tanpa disertai niat, namun `ain jenis ini terang-terang melibatkan penggunaan jin, iaitu sihir. Pemukau akan menggunakan kekuatan `ain sehingga boleh menundukkan mangsa atau memukau seseorang.

Saya tidak bercadang untuk menyebut apakah jampi mentera yang digunakan dan apakah syarat serta pantang larang yang pemukau kena patuhi. Bagaimanapun cukuplah jika saya syorkan agar kita berhati-hati apabila didatangi atau dihampiri oleh individu tertentu yang tidak dikenali dan memakai benda pelik seperti benda antik, memakai cincin yang banyak di jari-jarinya, beragam jenis dan besar-besar p**a saiznya. Begitu juga yang dikesan sering membaca jampi mantera yang tidak difahami ketika berhadapan atau berusan dengannya. Terdapat juga pokok tertentu yang ranting dan daunnya bila dibakar dengan disertai jampi tertentu, lalu diasapkan ke suatu ruangan, maka seluruh ahli keluarga boleh dipukau dan tidak sedarkan diri beberapa ketika. Daun pokok ini sering digunakan apabila pukauan dibuat di kampung dan desa di mana tumbuhan tersebut senang diperolehi (saya tidak bercadang menyebut nama spesis pokok itu di sini). Justeru zaman sudah berubah, maka pemukau juga menukar kaedah yang lebih canggih dan tidak mudah disedari oleh mangsa. Antara langkah mengelakkan pukauan dan tindakan selanjutnya ialah seperti berikut:

a) Sentiasa membaca doa perlindungan ketika hendak keluar rumah terutama ketika hendak mengunjungi tempat ramai orang atau tempat yang kurang biasa dikunjungi.

b) Seboleh-bolehnya ditemani oleh seseorang yang dipercayai apabila perlu berurusan dengan seseorang individu yang tidak atau kurang dikenali atas apa-apa tujuan sekalipun.

c) Berhati-hati apabila berurusan dengan seseorang berkaitan kewangan atau urusan perbankan atau perniagaan dan sentiasa meminta perlindungan Allah swt dari sebarang kemudaratan.

d) Berhati-hati apabila didekati atau dihampiri oleh seseorang untuk menawarkan bantuan, menjual produk atau bertanyakan sesuatu sekiranya orang itu nampak mencurigakan.

e) Apabila seseorang disyakki menjadi mangsa pukauan, maka temannya hendaklah segera azan di kedua-dua belah telinga mangsa, disusuli dengan bacaan fatihah, ayat kursi dan 3 qul.

f) Tindakan lanjut ialah membawa mangsa pukauan untuk diruqyah oleh peruqyah yang mahir dan membentenginya agar kes serupa itu tidak berulang.

Kesimp**annya, sihir pukauan walaupun tidak mendatangkan mudarat secara langsung dari sudut kesihatan fizikal, namun ia boleh mengundang masalah lain akibat kerugian dan kehilangan marwah diri. Mangsa menjadi trauma dan mungkin juga fobia, geram, dendam, hilang pertimbagan, depresi dan tidak lagi dapat mempercayai seseorang walaupun dia rakan karib atau ahli keluarga terdekat.

SEKIAN.

(Nota: Pencerahan tersebut adalah berdasarkan rumusan sebahagian pengalaman berkaitan kes-kes sihir pukau yang diterima daripada mangsa pukau dan dikendalikan menerusi ruqyah syar`iyyah).

Nukilan,
Dr Abdullah Yusof (abdy@gpmm)
Exco Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
14.6.2020 jam 11.00 pm.

10/07/2020

MODUS OPERANDI JIN MEMASUKI TUBUH MANUSIA

MUQADDIMAH

Ramai yang masih tertanya-tanya kerana terkeliru bagaimana jin itu dikatakan boleh memasuki tubuh badan manusia. Apakah ini hanya mitos, khayalan atau memang ianya hakikat. Terdapat juga dari kalangan orang yang berilmu beranggapan jin dan syaitan hanya berupaya mengganggu manusia menerusi bisikan di telinga sahaja seperti menimbulkan was-was (Surah al-Nas). Sebenarnya terdapat 10 dalil dari ayat al-Qur’an dan 7 dalil lagi dari al-Hadith Nabi saw yang menerangkan hal ini. Ini tidak termasuk pandangan para ulamak menerusi kitab-kitab mereka berhubung hal ini. Berdasarkan dalil-dalil tersebut (saya tidak dapat menyenaraikan kesemuanya di sini) , maka tiada keraguan sedikitpun bahawa makhluk jahat seperti jin, syaitan, iblis dan sebagainya berupaya melakukan gangguan. Jin memasuki jasad manusia dengan pelbagai cara termasuk menjadikan seseorang itu hilang akal (gila atau al-Junun) dan mencetulkan pembunuhan (al-Qatl) ke atas seseorang.

Persoalan timbul bagaimana caranya jin-jin tersebut memasuki jasad manusia dan bagaimana p**a laluan keluarnya. Hadith-hadith dan penegasan ulama’ sendiri menunjukkan terdapat beberapa laluan utama jin memasuki tubuh badan manusia. Sekurang-kurang terdapat empat (4) saluran yang biasanya menjadi laluan utama dan kesemuanya adalah bersifat berongga. Dari situ diqiaskan bahawa hampir semua rongga tubuh badan manusia berpotensi menjadi laluan masuk jin Namun demikian, tidak semestinya jin keluar menerusi laluan yang sama. Bagaimana hal ini boleh berlaku?. Berdasarkan pengalaman ramai perawat yang sering berurusan dengan dunia jin, dan pengakuan jin sendiri, maka dapatlah dinyatakan seperti berikut;

❖ Tidak semua jin itu mahir dan berpengalaman memasuki badan manusia. Jika sempat memasuki badan manusia atau ketika itu turut-serta bersama jin lain, tidak semestinya semudah itu juga dia boleh mencari jalan keluar.

❖ Apakah p**a faktor-faktor yang menyebabkan jin memasuki badan manusia. Adakah kerana faktor dalaman atau faktor luaran. Adakah akibat sihir atau gangguan jin biasa atau lain-lain.

❖ Dalam badan manusia, di lokasi mana p**a jin duduk, berada atau menghuni dan kalau bergerak, bagaimana pergerakan itu berlaku.

❖ Isu jin yang bukan masuk secara tetap (permanent), bahkan mendatangi seseorang sekali sekala jika perlu, atas dakwaan memantau atau melindungi (biasanya jin saka).

❖ Kalau jin keluar, adakah berlaku secara sukarela atau dengan kehendaknya sendiri atau kerana tindakan peruqyah membaca ayat-ayat pengusir, pembakar atau pemusnah jin barulah dia keluar.

❖ Begitu juga jika ada jin yang tersesat memasuki badan manusia. Atau kerana jin tertentu sukakan atau cintakan jin lain yang berada dalam tubuh seseorang lalu memasukinya tanpa bertujuan mengganggu orang itu.

❖ Kes bermacam-macam jenis atau spesis jin dan iblis dengan pelbagai tujuan berada dalam badan manusia serentak pada satu-satu masa, bahkan ada yang berkelahi sesama mereka mungkin kerana berebut tempat tinggal atau lokasi keberadaan.

❖ Bagi jin yang membiak dalam tubuh manusia, tentu dia tiada pengalaman masuk dan keluar dari tubuh manusia.

❖ Perawat lazimnya bukan sahaja mengusir jin dari tubuh pesakit, malah ada yang menggunakan teknik membakar, membunuh, memancung, memasak (pasak), memasung (pasung) dan pelbagai teknik yang dilakukan. Bagaimana hal-hal tersebut dilakukan sedangkan semuanya meruqyah.

Hal-hal sedemikian memerlukan ruang perbincangan yang lebih terperinci.

KEBERADAAN JIN DALAM TUBUH MANUSIA

Keberadaan jin dalam tubuh manusia boleh terjadi berdasarkan hadith-hadith sahih seperti berikut:
Dari Safiyyah binti Huyay, Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan (berlari) dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah mengalir dalam tubuhnya” (H.R. Muslim).

Berhubung keberadaan jin dalam tubuh manusia, Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Majmu` al-Fatawa (24/276), berkata: “Para ulama ahli sunnah wal jama’ah bersepakat, bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh dan badan manusia.

Ini bertepatan dengan firman Allah swt (maksudnya): Orang-orang yang makan (mengambil) riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran tekanan penyakit gila. (Q.S. Al-Baqarah:275).

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal pernah bertanya kepada bapanya, Ahmad bin Hanbal:

Sesungguhnya orang-orang berkata bahawa jin tidak boleh masuk badan orang-orang yang kerasukan Lalu Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Anakku, mereka berkata bohong. Mereka hanya berkata dengan ucapannya sendiri”

Ibnu Taimiyyah juga pernah menyebut: Perkataan ini (jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia) adalah perkataan yang masyhur.

Orang yang kemasukan jin (kesurupan) tidak akan merasakan sakit ketika dipukul, kata-katanya akan merapu. Orang yang kemasukan jin ini akan menampakkan banyak keanehan, mulai dari bicara dan gerakannya. Seolah-olah yang berkata dan bergerak itu adalah orang tersebut (orang yang kerasukan), padahal hakikatnya adalah jenis lain, bukan manusia (sebenarnya jin).

Selanjutnya, Ibn Taymiyyah dalam Majmu` al-Fatawa nya mengatakan: Tidak ada seorangpun ulama yang mengingkari bahawa jin dapat memasuki tubuh manusia yang lalai dari mengingat Allah. Barangsiapa yang mengingkari hal ini dan mengatakan bahawa syara’ tidak mengakui hal demikian, maka sesungguhnya dia telah mendustai syara` itu sendiri. Tidak ada dalam mana-mana dalil syara` yang menolak hal itu (tidak ada dalil satu pun yang mengingakari bahawa jin dapat masuk ke tubuh manusia yang kesurupan). Mereka yang mengingkari hal ini hanyalah sekelompok kecil dari golongan Mu’tazilah termasuk Imam Al-Jubai dan Abu Bakar al-Razi.

BAGAIMANA JIN MEMASUKI TUBUH MANUSIA?

Kemasukan jin (kesurupan) adalah berbeza dengan kerasukan. Kesurupan tidak semestinya menunjukkan tanda-tanda kerasukan, namun bila terjadi kerasukan, maka sudah pasti adanya kesurupan (kemasukan) jin ke dalam diri seseorang. Antara modus operandi yang pop**ar kemasukan jin ialah menerusi penglibatan tukang sihir yang bersekongkol dengan jin jahat menerusi penggunaan buhul atau media sihir. Allah swt berfirman (maksudnya):

“(aku berlindung) dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (Q.S. Al-Falaq:3-4).

Ternyata antara modus operandi masuknya jin ke dalam tubuh manusia ialah melalui ritual tertentu para tukang sihir atau dukun pemuja syaitan. Mantera syaitan dibaca kemudian dihembuskan kepada manusia baik secara langsung mahupun melalui medium buhul sihir seperti patung yang diperbuat dari ikatan-ikatan kain. Serentak itu, jin akan diarahkan mengikuti hembusan itu memasuki target yang telah ditetapkan oleh tukang sihir untuk mengenai seseorang yang kemudiannya menjadi mangsa sihir.

Antara cara lain yang ampuh ialah dengan memperolehi beberapa helaian rambut atau barangan peribadi milik individu seperti pakaian dalam yang menjadi target sebelum ritual dilakukan, selain maklumat atau info tertentu individu tersebut. Jin adalah makhluk yang memiliki deria dan mengesan gelombang yang paling kuat dan dengan itu jin dapat mengetahui dengan pasti lokasi sebenar individu tersebut berada. Teknik ini juga dikenali sebagai masymum (perciuman), sebab itu kita dinasihatkan berhati-hati dengan barangan peribadi atau pakaian yang mempunyai bekas pakai khususnya yang belum dibasuh, agar tidak diambil oleh orang yang diragui niatnya. Jika anjing pengesan sebagai contoh, dapat menghidu jejak penjenayah yang bersembunyi atau melarikan diri, begitu jugalah halnya dengan kemampuan jin, malah keupayaannya jauh mengatasi makhluk-makhluk lain dalam hal ini (dengan izin Allah).

Antara laluan masuk yang sering terjadi ialah seperti disebut dalam hadith-hadith Nabi saw adalah seperti berikut:

a) JIN MASUK MELALUI MULUT
Jin boleh memasuki tubuh badan manusia melalui mulut. Justeru itu kita dinasihatkan sentiasa menutup mulut sekiranya tiada sebarang keperluan untuk membuka atau menganga.

Abu Said r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kalian menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya(tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (H.R. Muslim).

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya harus mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari syaitan, kerananya tahanlah sedapat mungkin. Apabila dia menguap terus keluar suara “haaa”, maka syaitan akan tertawa” (H.R. al-Bukhari).

b) JIN MASUK MELALUI KUKU
Antara laluan lain kemasukan jin ialah menerusi celahan kuku manusia, baik kuku jari tangan mahupun kuku jari kaki. Bukan saja kuku hendaklah sentiasa dipotong kemas, malah dijaga kebersihannya sepanjang waktu. Dalilnya ialah sabda Nabi saw (maksudnya):

Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendekkanlah) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang. (H.R. Ahmad).

c) JIN MASUK MELALUI HIDUNG
Laluan kemasukan jin seterusnya ialah melalui hidung atau lubang hidung. Ini antara hikmat kenapa ketika mengambil wuduk, antara sunatnya ialah menghirup atau menghisap air ke hidung (istinsyaq). Berhubung hal ini, dalilnya ialah seperti hadith berikut (maksudnya):

Bahawa Nabi s.a.w.. bersabda: Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istintsar) tiga kali, kerana syaitan itu menginap di batang hidungnya. (H.R. Muslim).

d) JIN MEMASUKI TELINGA
Berikutnya ialah laluan keempat iaitu menerusi telinga. Dalilnya ialah seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah yang berkata (maksudnya):
“Disebutkan di sisi Nabi bahawa ada seorang laki-laki yang selalu tidur sampai ke pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu beliau bersabda: Syaitan telah kencing di telinganya ((H.R. Muslim).

Berdasarkan beberapa modus operandi di atas, terdapat beberapa poin rongga yang menjadi laluan masuk jin seperti mata dan kemaluan. Jin juga menjadikan bahagian kepala atau ubun-ubun sebagai poin utama laluan masuk. Berhubung laluan keluar, boleh dikatakan semua laluan masuk boleh menjadi laluan keluar jin. Selain itu terdapat kes di mana jin terpaksa keluar dalam keadaan terdesak, atau kerana tiada pengalaman sebelum ini atau kerana diarahkan oleh perawat. Maka jin boleh keluar dengan meredah mana-mana bahagian tubuh pesakit termasuk menerusi peha, tengkuk, telapak kaki, jari-jari kaki dan tangan, belakang, leher dan lain-lain. Antara tanda-tanda jin keluar menerusi laluan tersebut ialah terdapat tanda-tanda lebam atau cakaran pada kulit tubuh pesakit.

Kesulitan berlaku apabila ada jin yang ingin keluar, namun tidak berupaya kerana mungkin dia sudah lemah akibat usianya terlalu tua, atau sakit kerana dibelasah teruk oleh peruqyah dengan ayat-ayat al-Qur’an atau diugut oleh jin-jin lain yang berada di luar tubuh pesakit. Kemungkinan lain ialah kerana jin tersebut telah dipasung sebelumnya oleh perawat lain dan jika tidak dibuka ikatan dengan ruqyah ayat-ayat pembuka maka jin tersebut akan terperangkap untuk tempoh yang entah sampai bila.

Kesimp**annya, pencerahan ringkas ini dimulakan dengan dalil-dalil tentang keupayaan jin membuat gangguan ke atas manusia, kemasukan atau keberadaannya dalam tubuh manusia dengan pelbagai modus operandi serta isu-isu yang berkaitan. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua baik para perawat mahupun masyarakat awam. Pesakit hendaklah sentiasa memohon kepada Allah swt agar tubuhnya tidak dijadikan laluan atau transit oleh mana-mana jin untuk melakukan apa-apa tujuan sekalipun. Perawat p**a hendaklah sentiasa mematuhi etika perawatan, menggunakan kaedah dan teknik yang tidak menyalahi syarak dan sentiasa meletakkan keyakinan bahawa hanya Allah swt penyembuh sebenar kerana manusia Cuma berikhtiar.

Sepertimana yang diketahui, jin adalah makhluk Allah swt yang diciptakan bersama-sama manusia untuk mengabdikan diri kepadaNya, namun ramai yang engkar, tidak mentaatiNya bahkan melakukan pelbagai dosa dan kerosakan di atas muka bumi ini. Jika ada kesempatan dakwahilah dia dan ajaklah dia kepada Islam. Semoga Allah swt memberi hidayah, taufiq dan inayahnya kepada kita semua sebagai hambaNya.

SEKIAN.
Nukilan,
Dr Abdullah Yusof (abdy@GPMM)
Exco Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
20.6.2020 jam 3.20 pm.

19/06/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Perkhidmatan terapi yang ditawarkan
Pakej Terapi RM100 sila Whatssap untuk ketahui Lanjut
Terapi Alternatif WakOnel - http://tiny.cc/WakOne

Address

19, Jalan Solok Berkat
Klang
41050

Telephone

60103081979

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Alternatif Wak Onel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram