29/03/2024
CHO(karbohidrat).
Tahu tak anda bukan kolesterol saja,tapi karbohidrat pon ada yg baik dan yg jahat..(taukan..😀).Contohnya nasi putih yg kita mkn tu contoh karbo ringkas yg 'not so good' lah berbanding brown rice yg selalu kita tak pedulikan😂.Ngaku ke tidak??😊
Soalan kuiz: Buahan yg manis tu simple atau complex carb?? Kt bwh sekali jwpnnya.nnti ada yg tak baca abis😅.
Jadi, Karbohidrat juga dikategorikan kpd Ringkas dan Kompleks.
ringkas adalah gula. Semua karbohidrat ringkas diperbuat daripada hanya satu atau dua molekul gula. Mereka adalah sumber yang paling cepat tenaga, kerana mereka sangat cepat dicerna.Jd ia mbuatkn kenyang kita tidak bertahan terlalu lama.Untuk kita kenal karb ringkas ni hujungnya ada 'ose..' eg dextrose,fruktose,maltose..(oohh..😅)jd cek label spt ini yg familiar dlm produk2 di psrn,ia adalah gula yg perlu kita kawal/elakkan.
Contoh sumber makanan karbohidrat ringkas ialah
gula, gula perang,sirap jagung,madu,sirap maple,jem,
Jeli,minuman buah-buahan, Minuman ringan,candy. Semua yg manis dan sedap2kan..
kompleks boleh dirujuk kepada kanji dan diperbuat daripada molekul gula bersama-sama seperti rantai atau bercabang seperti gegelung. Mereka sering kaya dengan serat, dengan itu berguna dlm mberi kenyang yg lama berbanding karbo ringkas. Karbohidrat kompleks biasanya ditemui dalam makanan serat tinggi dengan vitamin dan mineral.
Contoh sumber karbohidrat kompleks ialah sayur-sayuran hijau, bijirin penuh dan makanan yang dibuat dari mereka, seperti oatmeal, pasta, dan roti gandum,
sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek, jagung, dan labu,jenis kekacang dan lentil.
Oh baru kita tahu detailkan..ini sebahagian ilmu yg penting utk anda menjaga diet selain mengambil supplement di farmasi.
Jadi ada hikmahnya kenapa kita mkn buah2an tak boleh dibuang seratnya,sbb dlm buah2an itu ada karbo ringkas iaitu gula yg not so gud tapi ada serat dlm buah2 utk beri kesan kenyang yg lama sikit berbanding klu kita mkn buah dibuang seratnya..Fiber in fruits will slow the breakdown of sugar..!
Sharekan ya.
Farmasi Ariv Vision Telok Pulai Klang Sdn Bhd
Farmasi Ariv Andalas
Farmasi Ariv Bandar Putera
Farmasi Ariv Rantau Panjang
Farmasi Ariv Kampong Jawa