15/02/2025
Beetroot adalah antara plant medicine yang sangat bermanfaat bagi pesakit berkaitan kardiovaskular kerana kandungan nitrate semulajadi dalam beetroot akan ditukar kepada nitric oxide (NO) di dalam badan. Nitric oxide membantu melembutkan dan melebarkan salur darah sekaligus dapat menurunkan tekanan darah.
Selain itu, beetroot juga mengandungi betalain dan sebatian antioksida lain yang boleh mengurangkan keradangan serta tekanan oksidatif dalam badan. Jus beetroot juga biasanya digunakan untuk meningkatkan prestasi atlet kerana manfaat nitrate dalam membantu aliran darah serta oksigenasi otot.
Dalam bidang perubatan moden, nitric oxide digunakan sebagai rawatan kepada pesakit yang mengalami Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS),untuk meningkatkan aliran darah di dalam paru-paru dan membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah.
Beetroot boleh menjadi remedy yang baik untuk di amalkan. Akan tetapi ianya perlu diambil dengan cara yang betul kerana beetroot secara semulajadi mengandungi oxalate yang boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang terutama bagi individu yang mempunyai sejarah batu karang atau masalah buah pinggang. Risiko oxalate ini dapat dikurangkan dengan cara merebus beetroot atau menggabungkan dengan makanan yang kaya kalsium seperti yogurt atau keju.
Antara cadangan resepi Jus Beetroot bagi kesihatan jantung adalah seperti berikut;
Bahan-bahan;
โข 1 cawan beetroot (dipotong dadu)
โข 1 biji epal hijau (dipotong kecil)
โข 1 inci halia (dibuang kulit dan dihiris nipis)
โข ยฝ cawan air sejuk (tambah atau kurangkan mengikut kepekatan jus yang diingini)
โข 3 sudu madu dan sedikit perahan lemon
โข 3 sudu yogurt asli
Cara Penyediaan:
1. Masukkan beetroot, madu, yogurt, epal, dan halia ke dalam pengisar.
2. Tuangkan air sejuk.
3. Kisar sehingga halus dan sebati.
4. Boleh tapis jika ingin tekstur lebih halus.
5. Tambah perahan lemon untuk sedikit rasa masam dan segar.
Antara manfaat jus beetroot ini adalah;
โข Nitrat & Antioksidan: Beetroot membekalkan nitrat untuk sokongan tekanan darah yang sihat, manakala epal dan halia menyediakan antioksidan tambahan.
โข Rasa Seimbang: Epal memberi rasa manis semula jadi, halia menambah rasa pedas ringan, dan lemon menyeimbangkan rasa.
โข Sokongan Pencernaan: Halia adalah immune booster selain dapat juga membantu melegakan sistem pencernaan.
Kesimp**an
โข Beetroot boleh menjadi pilihan berkhasiat untuk membantu menurunkan tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung, terutamanya kerana kandungan nitrat dan antioksidannya.
โข Oxalate dalam beetroot mungkin menimbulkan risiko kepada sesetengah individu (terutama dengan masalah batu karang), jadi pengambilan dalam jumlah sederhana dan kaedah memasak atau kombinasi makanan yang sesuai boleh membantu mengurangkan kesan tersebut.
โข Jus Beetroot yang digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti epal dan halia bukan sahaja sedap, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.