28/01/2026
🇬🇧 Hot Flush
🇺🇸 Hot Flash
Hot Flush 🤝 Hot Flash
Kedua-duanya adalah simptom atau fenomena yang sama, cuma ejaan dan sebutan berbeza bergantung kepada asal istilah tersebut.
Ia menggambarkan satu sinaran (flash) bahang panas yang naik ke muka (flush) dan bahagian atas dada, yang sering diikuti dengan berpeluh.
Ada 3 tahap untuk menggambarkan hot flush:
1. “Mild” atau Hot Flush ringan: apabila wanita berasa bahang panas tanpa berpeluh, dan beliau boleh meneruskan apa-apa aktiviti yang sedang dilakukan pada masa itu.
2. “Moderate” atau Hot Flush pertengahan: apabila rasa bahang panas dan berpeluh, tetapi wanita itu masih boleh meneruskan dan menyelesaikan aktiviti yang sedang beliau lakukan.
3. “Severe” atau Hot Flush teruk: apabila wanita terganggu dan terpaksa berhenti melakukan apa-apa aktiviti yang sedang beliau lakukan disebabkan bahang panas dan berpeluh.
Secara purata, wanita Asia menderita akibat Hot Flush selama 5 tahun sekitar menopaus, malah ada yang lebih lama.
Rawatan yang paling berkesan adalah Menopause Hormone Therapy (MHT). Jangan menderita keseorangan ya. Dapatkan nasihat dari pakar 💜