14/04/2026
“Sama-sama kita berusaha di atas kapasiti masing-masing”
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENAJA & PENGINFAQ PERKAMPUNGAN RAMADHAN 1447H / 2026M 🌙✨
Syukur Alhamdulillah, Pengurusan dan Jawatankuasa Masjid Bandar Bukit Raja (MBBR) ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menjayakan program Perkampungan Ramadhan bagi tahun ini.
Ucapan terima kasih ini ditujukan khas kepada:
✅ Rakan Korporat & Agensi: (Sime Darby, Petronas, Bank Islam, MSU, MBI, EXIM Bank, dan semua logo yang terlibat).
✅ Komuniti Perumahan BBR: Seluruh penduduk dari zon Lotus, Violet, Impresa, sehinggalah ke Ayra yang telah menaja hidangan Iftar & Moreh.
Semoga sumbangan dan infaq yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, serta dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Moga ianya menjadi bekalan yang indah buat kita semua menuju ke akhirat kelak.
Jazakumullahu Khairan Kathira. 🤲