Puncak Optometry Klang

Puncak Optometry Klang Sebuah pusat optometri yang komited & fokus menyelesaikan masalah berkaitan penglihatan dengan menaw

Menyediakan khidmat nasihat berkaitan penglihatan dan kesihatan mata secara profesional . Kami turut menawarkan pelbagai pilihan bingkai dan kanta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami juga berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang optometri .Berkelulusan Sarjana Muda Sain (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2002.

Terima kasih atas sokongan semua para pelanggan kami yang sentiasa sokong kami sepanjang keberadaan kami di sini . Terim...
30/03/2025

Terima kasih atas sokongan semua para pelanggan kami yang sentiasa sokong kami sepanjang keberadaan kami di sini .

Terima kasih semua 🙂

02/03/2025

Salam Ramadan

Selamat menjalani pesta ibadah.
Semoga tahun ini menjadi Ramadan terbaik buat semua .

Aamiin Ya Rabb

Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai Cermin Mata?Ramai ibubapa risau nak bagi anak kecil pakai spek dengan pelbagai alasan.Alas...
05/12/2024

Kenapa Anak Kecil Perlu Pakai Cermin Mata?

Ramai ibubapa risau nak bagi anak kecil pakai spek dengan pelbagai alasan.

Alasan biasa ibubapa:

“Power sikit je, tak payah kot.”

“Kesian, kecik-kecik dah pakai spek.”

“Tunggu besar sikitlah.”

Tapi sebenarnya, biar anak tak pakai spek boleh buat masalah mata dia jadi lebih teruk!

Kenapa Penting Pakai Spek Awal?

1. Cegah Rabun Naik Cepat
Kalau dibiarkan, rabun anak boleh makin teruk sebab mata terpaksa bekerja lebih keras.

2. Bantu Anak Belajar dengan Jelas
Mata yang jelas penting supaya anak boleh fokus dalam kelas dan tak ketinggalan pelajaran.

3. Elak Masalah Mata Lain
Lambat rawat, anak berisiko kena lazy eye atau juling yang susah untuk kembali pulih.

Jangan bertangguh ibu ayah, bantu mereka untuk melihat dengan lebih sempurna.
Segera dapatkan pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah .

Penglihatan yang bagus untuk potensi kejayaan yang cemerlang.

Puncak Optometry Klang
Teluk Pulai ,Klang.

Anak Cepat Letih Bila Membaca ? Pernah nampak anak-anak nampak lesu bila membaca buku atau buat kerja sekolah ? Kalau ya...
02/12/2024

Anak Cepat Letih Bila Membaca ?

Pernah nampak anak-anak nampak lesu bila membaca buku atau buat kerja sekolah ? Kalau ya, itu mungkin bukan sekadar penat. Ada kemungkinan mereka alami masalah fokus dekat—isu penglihatan yang sering terlepas pandang jika pemeriksaan mata dijalankan oleh selain optometris .

Anak-anak jarang mengadu sebab mereka tak tahu nak jelaskan apa yang mereka rasa.
Tapi sebagai ibu bapa, kita boleh perhatikan:

1. Cepat letih bila tengok buku atau skrin.

2. Kerap gosok mata seolah cuba melegakan rasa tak selesa.

3. Sakit kepala selepas membaca atau buat kerja jarak dekat.

4. Pandangan kabur sementara bila alih fokus dari dekat ke jauh.

Kenapa Masalah Ni Penting ?

Kalau dibiarkan, masalah fokus dekat boleh ganggu pelajaran anak. Mereka mungkin rasa sukar nak fokus, cepat hilang motivasi atau kurang yakin bila tak boleh ikut rentak belajar rakan sebaya.

Apa Ibu Bapa Boleh Buat ?

1. Periksa Mata Anak – Pastikan mereka jalani pemeriksaan mata terperinci oleh optometris bertauliah dan bukan sekadar uji rabun biasa.

2. Rehatkan Mata – Ajar anak ikut kaedah 20-20-20: setiap 20 minit, tengok sesuatu yang 20 kaki jauh selama 20 saat.

3. Pantau Aktiviti Dekat – Kurangkan waktu skrin dan beri galakan untuk rehat yang cukup.

Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya jaga kesihatan anak-anak, tapi juga bantu mereka capai potensi penuh demi kejayaan yang mendatang .

Puncak Optometry Klang
Teluk Pulai , Klang .

Mata dan Diabetes: 8 Fakta Penting untuk jaga penglihatanBagi penghidap diabetes, mata mudah terjejas jika tidak dijaga....
23/10/2024

Mata dan Diabetes:
8 Fakta Penting untuk jaga penglihatan

Bagi penghidap diabetes, mata mudah terjejas jika tidak dijaga.
Jom ketahui 8 fakta penting tentang mata dan diabetes!

1. Diabetes Boleh Sebabkan Kebutaan
Diabetes boleh merosakkan retina mata (Diabetic Retinopathy atau DR) dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kebutaan.

2. Tiada Simptom Awal
DR sering tiada tanda jelas pada awalnya. Jika anda nampak kabur, tompok hitam, atau objek melayang dalam pandangan, segera periksa mata!

3. Pemeriksaan Mata Setiap Tahun
Penghidap diabetes wajib buat pemeriksaan mata setiap tahun untuk kesan masalah awal dan cegah komplikasi.

4. Kawalan Gula Boleh Perlahan Penyakit
Walaupun kawalan gula yang baik tidak menjamin anda bebas dari DR, ia boleh melambatkan perkembangan penyakit.

5. Risiko Glaukoma Lebih Tinggi
Penghidap diabetes ada 40% lebih risiko dapat glaukoma, penyakit yang boleh rosakkan saraf mata.

6. Katarak Lebih Cepat Berlaku
Diabetes boleh percepatkan pembentukan katarak, menyebabkan pandangan jadi kabur lebih awal.

7. Retina Boleh Rosak
Gula darah tinggi melemahkan saluran darah di mata, menyebabkan kebocoran dan merosakkan retina, yang boleh mengakibatkan kebutaan.

8. Rawatan Laser Boleh Cegah Kerosakan Teruk
Rawatan laser boleh kurangkan saluran darah yang rosak dan melambatkan kerosakan pada mata.

Kesimp**an: Jangan abaikan mata anda. Periksa mata setiap tahun dan kawal gula dengan baik untuk elak komplikasi.
Jaga mata, jaga penglihatan.

PROMOSI ULANGTAHUN 2024PUNCAK OPTOMETRI KLANGJom dapatkan tawaran hebat kami mulai sekarang sehingga 15 NOV 20241. Bingk...
20/10/2024

PROMOSI ULANGTAHUN 2024

PUNCAK OPTOMETRI KLANG

Jom dapatkan tawaran hebat kami mulai sekarang sehingga 15 NOV 2024

1. Bingkai + Kanta = RM55

2. Bingkai + Kanta Photogray = RM130

3. Promosi CL aneka warna,
Buy 1 FREE 1!

✨ Diskaun bingkai berjenama terpilih sehingga 70%

Terdapat banyak pilihan bingkai terkini & kanta pelbagai kualiti dengan harga berpatutan .

Kami juga turut menawarkan khidmat PERCUMA untuk :

➡️ Saringan rabun
➡️ Saringan katarak
➡️ Servis , cuci & tukar nosepad spek

PERCUMA !

Jemput datang beramai-ramai
🙂🙂🙂

# # # # # # # # # # # # # #

Waktu perniagaan kami Buka setiap hari
10 pagi - 7 ptg.

Sekiranya ada keperluan untuk luar waktu ditetapkan, boleh hubungi kami untuk tetapan temujanji.

# # # # # # # # # # # #

Info lanjut boleh hubungi kami :
www.wasap.my/601123284595/PromoUlangtahun2024

Puncak Optometry Klang
🏤 (Sebelah Klinik Siti & Kedai Makan Kak Sima , Simpang 4 Teluk Pulai)
Tel : 011 2328 4595

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67. Malaysia Madani Jiwa Merdeka.Dari kami, Puncak Optometry Klang .p/s : Kami...
30/08/2024

Selamat Menyambut
Hari Kebangsaan yang ke-67.
Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

Dari kami,
Puncak Optometry Klang .

p/s : Kami buka seperti biasa 10pagi-7mlm.
Jemputlah datang ☺️

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu As...
06/07/2024

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.

🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Salam Maal Hijrah 1446H

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Puncak Optometry Klang setinggi-tinggi tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia S...
03/06/2024

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Puncak Optometry Klang setinggi-tinggi tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari ini.

p/s : Kami beroperasi seperti biasa dari jam 10pagi-7mlm. Jemput lah hadir. ☺️

Selamat Hari Guru Semoga warga Guru dikurniakan kesihatan berpanjangan, sentiasa dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua...
16/05/2024

Selamat Hari Guru

Semoga warga Guru dikurniakan kesihatan berpanjangan, sentiasa dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. ☺️

Puncak Optometry Klang
Teluk Pulai , Klang .

Address

Klang

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Telephone

+601123284595

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puncak Optometry Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Puncak Optometry Klang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram