DIARI DAPUR Thermomix AziahZaidi

DIARI DAPUR Thermomix AziahZaidi Dr Noraziah adalah Pakar Perubatan Keluarga yang berpengalaman dan berkhidmat di KKM selama 19 tahun.

Sekarang ni macam trend pulak, misi mencari tiram/oysters yg dikongsi oleh pelbagai rakyat jelata. Berselera benar mengh...
16/09/2022

Sekarang ni macam trend pulak, misi mencari tiram/oysters yg dikongsi oleh pelbagai rakyat jelata. Berselera benar menghadap tiram mentah yang bukan calang calang harganya juga. Namun, sedara sedara, kena cakna tentang kemudharatan yang boleh berlaku disebabkan selera kita yang macam orang mengidam ni.

Memakan tiram mentah atau undercooked, boleh menyebabkan anda terdedah kepada keracunan kepada bakteria vibrio dan juga apa apa jangkitan bawaan air.
Bakteria vibrio ini, hidup di kawasan pesisiran laut / pantai di tempat tiram ini diternak atau didapati. Bakteria ini membiak di dalam tisu tiram ye, bukan melekat lekat di cengkerang.

Maka, apabila anda makan tiram ini secara mentah, bakteria ini akan menyebabkan anda mengalami cirit birit, muntah-muntah, demam dan boleh membawa kematian(sepsis) jika tidak dirawat dengan pantas.
Kenapa bakteria ini membiak dengan jayanya? Ini disebabkan suhu air antara pertemuan air sungai dan laut yang suam terutama waktu panas. Walaubagaimanapun, pada suhu suhu biasapun, bakteria vibrio ini boleh hidup membiak.

Tiram yang telah dicemari oleh vibrio species ini, tidak berbeza rupa paras, tidak berubah bau dan bentuk paras. Sama je seperti tiram yang tidak dicemari.

Jika anda golongan seperti warga emas, pesakit kencing manis, pesakit hati dan cancer, pesakit HIV, mengambil ubat untuk stabilkan asid perut dan penerima terapi immunosuppressant, sila jauhkan memakan makanan tiram mentah ini. Jika teringin juga, sila masak dengan SOP yang ketat iaitu masak/kukus sehingga kulit cengkerangnya terbuka sendiri dan masak lagi dalam 3-5 minit lagi.(kalau ada lagi tiram tak terbuka walau dah dimasak, sila buang ye,tiram tersebut)

Perahan lemon atau sos tidak membunuh bakteria vibrio tetapi hanya menambah rasa sedap sahaja kepada tiram tersebut. Itu yang makan bertambah tambah ye!

Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.

Pendek kata, jangan makan tiram yang mentah demi kesejahteraan hidup bersama 😀 Banyak lagi menu tiram masak penuh seperti tiram bakar, tiram rebus, tiram sambal, tiram masak kicap, tiram masak tiga rasa dan sos tiram.

Kredit gambar:PHM

Jangan tengok apa yang ada di tangan orang, nanti kita dengki. Tengok apa yang ada di tangan kota, insyaallah kita akan ...
14/09/2022

Jangan tengok apa yang ada di tangan orang, nanti kita dengki. Tengok apa yang ada di tangan kota, insyaallah kita akan lebih bersyukur.

-Bonda Nor-

Lama tak buat brownies..tetiba❤️

Rindu dengan kuih klate ni. Nama apa ye? Saya tahu makan je. Salam Jumaat semua.
09/09/2022

Rindu dengan kuih klate ni. Nama apa ye? Saya tahu makan je. Salam Jumaat semua.

Mini Burnt cheese kek..Khas buat yang acah acah nak diet tapi banyak nau yg diidamnya(saya ler tu) Buat lah , senang gil...
08/09/2022

Mini Burnt cheese kek..Khas buat yang acah acah nak diet tapi banyak nau yg diidamnya(saya ler tu) Buat lah , senang giler tapi bahan yang simple.
Cream cheese, gula skit, tepung skit, telur, blend blend, bakar dan hias. Senang kan?❤️



Meeting sambil minum Nescafe ais ikat tepi. Jangan ikut saya, tapi, says boleh diberi excuse sebab mengidam sejak pulang...
02/08/2022

Meeting sambil minum Nescafe ais ikat tepi. Jangan ikut saya, tapi, says boleh diberi excuse sebab mengidam sejak pulang dari haramain. Harga murah meriah tak macam di sana. Syukur.

Melabur dengan memiliki thermomix, satu perlaburan yg berbaloi. Iye ke berbaloi? Jom pakat tanya dengan saya, saya bagit...
26/06/2022

Melabur dengan memiliki thermomix, satu perlaburan yg berbaloi. Iye ke berbaloi? Jom pakat tanya dengan saya, saya bagitahu kenapa berbaloi baloi.

Berminat dengan Thermomix? Tanya saya:
https://ThermomixadvisorAziahzaidi.wasap.my/

Semua barang keperluan pakat naik bulan depan. Makanan siap dimasakpun, secara automatik dan logiknya juga akan naik..Ke...
24/06/2022

Semua barang keperluan pakat naik bulan depan. Makanan siap dimasakpun, secara automatik dan logiknya juga akan naik..Kena buat perancangan, melabur membeli thermomix, jimat minyak,jimat elektrik, kurang makan luar. Kesimpulannya, guna thermomix, insyaallah,banyak jimat. Tak percaya? Tanya saya, Thermomix Advisor anda.
Sekarang ada promo best sangat tau!

Klik link ni ya kalau nak tanya-tanya:

https://ThermomixadvisorAziahzaidi.wasap.my/



Chocolate Rolls buat jamuan raya anak esok..Sambil meeting,sambil hadap roti ni . Resepi Cinnamon rolls tp saya ganti co...
24/05/2022

Chocolate Rolls buat jamuan raya anak esok..Sambil meeting,sambil hadap roti ni . Resepi Cinnamon rolls tp saya ganti coklat sebab anak anak sure x s**a rasa rempah. Alhamdulillah,siap untuk Khadijah jamu rakan-rakan. Berminat dgn si Thermomix? Tanya saya
https://ThermomixadvisorAziahzaidi.wasap.my/

Jemput mai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya    Bagitahu, anda DIJEMPUT OLEH DR AZIAH.
20/05/2022

Jemput mai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Bagitahu, anda DIJEMPUT OLEH DR AZIAH.

Jemput hadir ke jamuan rumah terbuka    Banyak hadiah,mana tahu anda bertuah.Bagitahu, AAYA DIJEMPUT OLEH DR AZIAH.
20/05/2022

Jemput hadir ke jamuan rumah terbuka Banyak hadiah,mana tahu anda bertuah.Bagitahu, AAYA DIJEMPUT OLEH DR AZIAH.

Address

NO 14, GF , Jalan PANTAI EMAS 1, TAMAN PANTAI EMAS
Klebang Besar
75200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DIARI DAPUR Thermomix AziahZaidi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to DIARI DAPUR Thermomix AziahZaidi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

PELENGKAP GAYA MUSLIMAH

TUDUNG LABUH YANG BERGAYA ANGGUN BUAT UKHTI