04/11/2025
Disihir dengan tuala wanita milik mangsa.
Satu keluarga telah diserang berkali-kali oleh penyihir menyebabkan kehidupan keluarga ini terganggu.. hubungan kekeluargaan retak,apa saja yg dilakukan samada bekerja atau berniaga seringkali menemui kegagalan..bila bekerja majikan tidak suka...dan diberhentikan tanpa sebab. Bila berniaga barang perniagaan terganggu dgn lalat...tapak perniagaan tidak dapat dilihat oleh pelanggan..
Kesihatan sering merosot... begitulah kehidupan selama 20 tahun.. berubat di merata tempat dan pelbagai jenis kaedah rawatan, begitulah yg dialami oleh keluarga ini.
Admin telah cuba bantu sejak dari awal... menyelesaikan satu-persatu masalah keluarga ini.. buang amalan bathil yg diberikan oleh dukun sebelum ini utk diamal oleh mereka.
Admin tidak menyalahkan keluarga ini kerana mereka tidak mengenali jenis rawatan yg betul atau salah..dari gangguan jin khadam amalan hingga jin yg diberikan sebagai penjaga dan akhir sekali jin sihir yg telah diarahkan mengganggu keluarga ini.
Masa? Memang mengambil masa yg lama untuk selesaikan.. kali ini admin telah bergelut dengan jin jenis penyihir dan sudah tentu lah jin ni dari jenis yg kafir . Disembah oleh tuannya untuk menyihir mangsa..
Setelah mengambil masa 3 jam meruqyah.. akhirnya jin penyihir dan penyihir ini tumpas dengan izin Allah swt.
Sy sangat mengagumi kesabaran keluarga ini...diatas ujian menimpa...
Tugas seorang perawat bukanlah mudah... Tapi kerana amanah yang dipikul..kami lakukan apa yg termampu dan selebihnya berserah kepada Allah swt selesaikan.