Klinik Impiana MEDIK

Sebuah fasilitis kesihatan primer persendirian bertempat di Impiana Square, Bandar Seri Impian, Kluang, Johor yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pelbagai kepada komuniti setempat dan luar kawasan dengan visi kelestarian kesihatan sejagat.

08/05/2026

SALAM JUMAAT
Perbaiki dirimu, maka orangpun akan memperbaiki diri mereka untukmu. (Abu Bakar As-Shiddiq r.a)
KLINIK BUKA 8AM-10PM

HAPPY LABOUR DAY πŸ˜ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 KLINIK IMPIANA MEDIK π’π„πŒππ„ππ€ HARI PEKERJA 𝐏𝐀𝐃𝐀 01/05/2026 (JUMAAT).πƒπˆππ”πŠπ€ π’π„πŒπ”π‹π€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 ...
30/04/2026

HAPPY LABOUR DAY 😁
ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 KLINIK IMPIANA MEDIK
π’π„πŒππ„ππ€ HARI PEKERJA 𝐏𝐀𝐃𝐀 01/05/2026 (JUMAAT).
πƒπˆππ”πŠπ€ π’π„πŒπ”π‹π€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 03/05/2026 (AHAD) (8.00 PAGI)



CEGAH INFLUENZAVaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasa...
30/04/2026

CEGAH INFLUENZA
Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan dikeluarkan oleh WHO bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.




27/04/2026

GOOD MORNING
β€œYesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself.” (Rumi)

JANGKITAN ROTAVIRUSanak anda citrit-birit, muntah, demam. kemungkinan dia mengalami jangkitan usus rotavirus yang biasa ...
22/04/2026

JANGKITAN ROTAVIRUS
anak anda citrit-birit, muntah, demam. kemungkinan dia mengalami jangkitan usus rotavirus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.

Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut 😫jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Satu kajian pada 2016 menjangkakan bahawa rotavirus menyebabkan 27 kematian, 31,000 kemasukan ke hospital dan 41,000 pesakit luar di Malaysia setiap tahun.😰

APA ITU ROTAVIRUS?
Terdapat 9 spesies rotavirus, iaitu Rotavirus A, B, C, D, F, G, H, I dan J.
Rotavirus A ialah spesies yang paling mudah ditemui dan menyebabkan majoriti (>90%) jangkitan rotavirus dalam manusia.
Dijangka bahawa setiap kanak-kanak akan dijangkiti oleh rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum umur 5 tahun.

APAKAH GEJALA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?
Gejala dehidrasi seperti letih/lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.

APAKAH JENIS RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN?
Jika serius, menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena). Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus.

Tiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi(kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

APAKAH LANGKAH MENGELAKKAN VIRUS INI?
Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .

VAKSINASI
Vaksinasi tambahan Rotavirus untuk bayi sebelum umur 20 minggu. (Keberkesanan lebih 90%). Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.




JOM lakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui keadaan kesihatan anda .Boleh datang secara WALK IN dari hari AHAD -JUMAAT...
16/04/2026

JOM lakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui keadaan kesihatan anda .
Boleh datang secara WALK IN dari hari AHAD -JUMAAT sebelum jam 12 tengahari. perlu berpuasa sekurang2nya 6 jam terlebih dahulu. Kami buka Klinik seawal jam 8.00 PAGI.



Good morning. We hope the war will end. It isn't enough to talk about peace. One must believe in it. And it isn't enough...
16/04/2026

Good morning. We hope the war will end. It isn't enough to talk about peace. One must believe in it. And it isn't enough to believe in it. One must work at it. CLINIC OPEN 8AM-10PM❀️

Good moning. CLINIC OPEN 8AM - 10 PMπŸ₯°
06/04/2026

Good moning. CLINIC OPEN 8AM - 10 PMπŸ₯°

CHICKEN POX (CACAR AIR)Cacar air atau lebih dikenali sebagai chickenpox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus varice...
03/04/2026

CHICKEN POX (CACAR AIR)
Cacar air atau lebih dikenali sebagai chickenpox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus varicella zoster. Penyakit ini senang berjangkit dan menyebabkan gejala ruam yang gatal dan berair di badan.
Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan pada kebanyakan pesakit ianya tidak membahayakan nyawa. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

IANYA MEREBAK
β€’ Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
β€’ Dengan menyentuh atau bernafas masuk β€œpartikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

TANDA-TANDA
Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.
o Demam yang sederhana
o Ruam yang bermula dengan bintik-bintik merah dan menjadi lepuh dengan mengandungi cecair di dalamnya
o Ruam ini kemudiannya menjadi kering dan berkuping
o Ruam yang gatal ini terjadi dalam berbagai-bagai fasa pada sesuatu masa – bintik-bintik merah di satu kawasan dan ruam berair di kawasan lain. Kebanyakannya di kawasan muka dan badan

TINDAKAN IBU BAPA
o Kawal suhu badan anak dengan ubat demam.
o Ubat losyen calamine untuk mengurangkan rasa gatal. jangan pecahkan ruam berair.
o Ajar anak supaya tidak menggaru ruam yang gatal kerana boleh menyebabkan jangkitan.
o Potong kukunya atau pakaikannya sarung tangan untuk mengurangkan jangkitan lain yang diakibatkan anak menggaru kulitnya.
o Lihat ruam tiap-tiap hari dan awasi suhu badan anak.
Jauhkan anak daripada kanak-kanak lain sehingga kuping hilang.

RUJUKAN KEPADA DOKTOR
o Ruam dijangkiti kuman – merah dan bernanah
o Demam tinggi berterusan selepas ruam menjadi berkuping
o Demam tinggi dengan sakit kepala serta muntah, anak keliru dan sawan
o Kegatalan yang tidak kurang walaupun setelah disapu losyen calamine boleh diubati dengan ubat gatal yang didapatkan daripada doktor
o Kadang-kadang doktor akan memberi ubat jenis anti viral untuk pesakit tertentu. Bincanglah perkara ini dengan doktor anda



01/04/2026

GOOD MORNING
"Success isn't about how your life looks to others. It's about how it feels to you."
TAHNIAH SPM 2025

BERJAGA - JAGA MENGHADAPI CUACA PANASGEJALA CUACA PANAS MELAMPAU-Sakit kepala-Keletihan-Hilang Tumpuan-Pening-lemah otot...
25/03/2026

BERJAGA - JAGA MENGHADAPI CUACA PANAS

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU
-Sakit kepala
-Keletihan
-Hilang Tumpuan
-Pening
-lemah otot atau kekejangan
-Mual dan muntah

CEGAH KOMPLIKASI HABA DENGAN
-Minum air kosong dengan banyak, jangan tunggu hingga dahaga
-hadkan aktiviti luar
-kerap berehat
-mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh anda
-pakai pakaian ringan bewarna terang dan longgar
-pakai topi atau payung yang besar.


Address

NO. 14 , Jalan SERI IMPIAN 8/1A , IMPIANA Square , BANDAR SERI IMPIAN
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6077719210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Impiana MEDIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Impiana MEDIK:

Share